14 Mac 2013

Utusan Padam Rencana Memfitnah Chegubard Selepas Notis Saman Diserahkan


Rencana Utusan fitnah Chegubard lesap

Dua hari lalu, Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan, Cikgu Bard atau Badrul Hisham Shahrin telah menyerahkan notis beberapa tuntutan saman kepada Utusan Malaysia.

Melalui peguamnya Sazali & Lim, notis telah diserahkan dan telah diakui terima oleh pihak Utusan.

Berikutan itu, paparan rencana Utusan Online bertajuk "Medan Perah Duit Rakyat" tulisan Mohd Asron Mustapha yang menjadi bukti fitnah jahat terhadap Chegubard telah lesap.

"Ia disedari hari ini sekitar jam 12 tengahari tadi dan sehingga kenyataan ini ditulis, rencana tersebut tiada di paparan," kata Norazizi Abd Aziz, Penyelaras SAMM Kebangsaan.


Kali terakhir rencana itu dilihat masih terpapar ialah semalam.

Walaubagaimanapun alamat url pautan asal
"http://www.utusan.com.my/utusan/rencana/20130114/re_01/medan-perah-duit-rakyat" masih wujud.

Cuma apa yang tinggal hanya tulisan tertera "Broken Link".

"Apakah tindakkan Utusan Online memadamkan rencana di dalam isi pautan tersebut menjadi petunjuk bahawa Utusan telah akur dengan notis yang dikeluarkan oleh pihak guaman chegubard?" soal beliau dalm kenyataannya.

Penarikkan rencana berunsur fitnah tersebut dari portal Utusan Online adalah merupakan salah satu dari empat tuntutan gantirugi yang dikemuka oleh Chegubard.

Buat masa ini, pihak SAMM dan Chegubard masih lagi menunggu permohonan maaf secara terbuka sepertimana yang dituntut. -HD


Chegu Bard tuntut gantirugi RM5 juta dari Utusan

Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin telah bertindak menuntut gantirugi berbentuk pampasan dari Utusan Malaysia hari ini dengan jumlah RM5 juta di atas fitnah yang telah dilemparkan.

Notis tuntutan telah dikeluarkan oleh kumpulan peguam Sazali & Lim, dihantar ke pejabat Utusan di Cheras pada jam 3 petang tadi. Notis tersebut juga telah diakui terima oleh wakil ketua pengarang.

Ketika notis ini dihantar, saudara Md Sani Md Shah dan juga saudara Yaser Sheikh Abdul Rahman tidak dibenarkan masuk ke pejabat utusan dan hanya berlegar di luar. Setelah beberapa kali berbincang dengan pengurusan, akhirnya wakil utusan yang juga dikatakan setiausaha kepada Ketua Pengarang setuju untuk cop dan tandatangan akuan terima.

Utusan Malaysia sebelum ini telah menyiarkan sebuah rencana bertarikh 14.01.2013 di atas tajuk “Medan Perah Duit Rakyat”. Rencana tersebut disiarkan di dalam portal Utusan Online yang boleh diakses di alamat berikut;

http://www.utusan.com.my/utusan/rencana/20130114/re_01/medan-perah-duit-rakyat



Kandungan rencana tersebut khususnya di perenggan ke 13 telah menyebut;

“Apa yang menimbulkan persoalan ialah CheguBard (Badrul Hisham Shaharin) sebelum itu telah membuat pengumuman pada awal majlis bahawa kutipan derma pada malam menjelang Himpunan Shamsidar ialah RM30,000.”



Petikan dari rencana seperti di atas bukan sahaja tidak benar, merupakan manipulasi dan putar belit serta terjumlah kepada fitnah jahat kepada Chegubard dan juga SAMM.

Justeru, antara yang gantirugi dan pampasan yang dituntut kepada utusan adalah seperti berikut;

1. Membayar gantirugi dan pampasan sejumlah RM 5,000,000 (Ringgit Malaysia: Lima Juta) sahaja.
2. Permohonan maaf tanpa ‘reservation’ daripada pihak Utusan dan permohonan maaf ini hendaklah disiar secara bertulis dalam akhbar Utusan Malaysia versi cetak dan juga Utusan Online muka hadapan tiga hari berturut-turut
3. Utusan adalah dilarang dari menulis dan/atau menyiarkan tulisan yang sama yang berbentuk fitnah kepada Chegubard dan SAMM.
4. Rencana tersebut hendaklah ditarik balik dari portal tersebut.



Notis juga menyebut dua penama iaitu Ketua Pengarang Utusan sebagai penama pertama dan juga Mohd Asron Mustapha yang juga penulis rencana sebagai penama kedua.

Azrizal Tahir
Pengarah Kewangan SAMM



4 ulasan:

gen-Y berkata...

masih boleh baca bro walau broken link..hihi.

http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:gT-IOG5KLX0J:ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130114/re_01/Medan-perah-duit-rakyat+http://www.utusan.com.my/utusan/rencana/20130114/re_01/medan-perah-duit-rakyat&cd=2&hl=en&ct=clnk&gl=my

Tanpa Nama berkata...

suruh jugak saman utusan...sebab najis fitnah ni walaupun dicuci tetap masih berbau...suruh utusan mintak maaf dan akui kesilapan. da disiarkan selama 6 bulan...untuk ilangkan bau

Tanpa Nama berkata...

Itu telur sudah masuk dalam.....

Tanpa Nama berkata...

makan tu simpan elok elok tapi kalau muntah busuuuuuk