14 Mac 2013

[BONGKAR] Najib Ada 3 Nama! Kesahihan Angkat Sumpah Najib Dipersoalkan.


Mengapa sumpah jawatan PM Najib secara rahsia?

Bekas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman, Datuk Mat Zain Ibrahim meggesa Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa menjelaskan tiga perkara yang menyebabkan beliau menyoal sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Dalam sepucuk surat terbuka kepada Ali, Mat Zain menjelaskan tiga perkara tersebut iaitu kesahihan sumpah jawatan Najib sebagai Perdana Menteri yang dibuat secara rahsia, nama Najib yang berlainan dan status kerajaan yang memerintah selepas 8 Mac 2013.

“Najib telah mengangkat sumpah jawatan, taat setia dan sumpah simpan rahsia menggunakan bentuk sumpah yang lain daripada yang ditetapkan dalam Jadual Ke-6 Perlembagaan.

“Di sini lah timbul persoalan sama ada Najib layak menjalankan fungsi-fungsi jawatan Perdana Menteri memandangkan sumpah beliau tidak mengikut perlembagaan.


“Jika dalam lain-lain perkara, Najib bertegas untuk mengikut perlembagaan, mengapakah pula dalam perkara penting, iaitu mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia beliau enggan mengikut bentuk sumpah yang telah ditetapkan semenjak wujudnya perlembagaan itu?

“Jika semua Menteri dan Timbalan Menteri boleh lakukan,mengapa tidak beliau?

“Secara peribadi saya menyatakan bahawa sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia yang diikrarkan oleh Najib pada April 2009 tidak memenuhi ketetapan perlembagaan. Oleh demikian beliau tidak layak atau berkuasa menjalankan apa-apa fungsi jawatan Perdana Menteri atau melaksanakan kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan dan undang-undang lain kepada seorang Perdana Menteri,” kata Mat Zain dalam surat tersebut.

Najib ada 3 nama

Mat Zain turut menyoal kewujudan tiga nama Perdana Menteri ekoran tindakan Najib yang menggunakan nama Muhammad di hadapan namanya.

“Ketika mengangkat sumpah jawatan sebagai PM ke-6 pada April 2009,dengan lafaz Wallahi,Wabillahi,Watallahi, beliau menyebutkan nama beliau dengan terang dan jelas sebagai Muhammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

“Semasa mengikrarkan affidavit-affidavit pada September 2011, beliau menegaskan nama beliau sebagai Najib bin Tun Haji Abdul Razak dengan menggugurkan nama Muhammad dari nama beliau.

“Sementara ketika menandatangani Ikrar Integriti PRU-13 pada Februari 2013 pula,beliau memberikan nama beliau sebagai Najib Razak sahaja, dengan menggugurkan nama “Muhammad” dari nama beliau dan nama “Abdul”dari nama allahyarham bapa beliau.

“Isteri Perdana Menteri,Datin Seri Rosmah Mansor pula, mengikrarkan dalam affidavit berasingan pada 21 September 2011, bahawa nama suami beliau ialah, Najib bin Tun Hj.Abdul Razak. Dengan demikian itu mengesahkan nama suami beliau tidak ada nama Muhammad atau Mohd.

Mat Zain turut menyoal status kerajaan persekutuan yang dibentuk pasca pilihan raya umum Mac 8, 2008 kerana tempoh lima tahun kerajaan telah tamat minggu lepas.

Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di mana pilihan raya diadakan dalam tempoh lima tahun selepas mandat. -FMT

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang wajar dipersoalkan memandangkan kerana menggunakan akuan sumpah berlainan. Kenapa Najib lu takut nak buat lafaz sumpah yang "ORIGANAL" seperti mana yang diperuntukan oleh kerajaan? So kesimpulan you tak dapat tunaikan janji kalau you Najib lafaz sumpah versi original. Menambahkan lagi slogan janji ditepati adalah satu sandiwara sahaja sebab lu tak berani nak lafaz sumpah versi origanal.

Tanpa Nama berkata...

Gila punya Najib.
Memang kelas Anak -toot-.

Nama sendiri pun tak tahu.

Masa nikah dulu pakai nama apa pula ?

Tanpa Nama berkata...

setelah saya mengenali dan mengetahui siapa najib sebenarnya, saya dan majoriti rakyat Malaysia tidak lagi percaya dengan sumpah, janji, ikrar yang diucapkannya, kerana kalau orang tidak berpegang kepada Islam apakah jaminan yang ada pada dirinya? SAYA MENYERU SELUROH PENGUNDI DI MALAYSIA INI AGAR MENOLAK UMNO/BN DALAM PRU KALI INI. Bagi ahli umno dan penyokongnya jangan lah jadi lembu dimana sampai masanya kamu akan disembelih.

Tanpa Nama berkata...

itu sebab apa yg dilakukan serba tak kena











Tanpa Nama berkata...

SAYA TERKEJUT MENDENGAR KOMEN ORANG RAMAI MENGENAI IKRAR YANG DILAFAZKAN ITU. KATA MEREKA, ADA SESUATU YANG TIDAK KENA. TEKS IKRAR ITU NAMPAKNYA BERBEZA DENGAN YANG DILAFAZKAN OLEH PM SEBELUM INI. SAYA KURANG PASTI MENGENAI HAL INI. HARAP ANGGAPAN INI SALAH, DAN SEKIRANYA SALAH, IA PERLU DIBETULKAN DAN DIJELASKAN OLEH JPM ATAU ISTANA NEGARA SUPAYA MASYARAKAT MALAYSIA TIDAK MEMBUAT INTERPRETASI YANG BUKAN-BUKAN. ANTARA INTERPRETASI TERSEBUT TERMASUK ANGGAPAN SALAH BAHAWA IKRAR INI MELINDUINGI DAN MENGKEBALKAN PM DARIPADA MEMBERI MAKLUMAT YANG PENTING DALAM SESUATU PERBICARAAN ATAU PENYIASATAN MAHKAMAH.