17 Mac 2013

Masuk Bolos Keluar Pun Bolos - Apa Sudah Jadi Dengan Tahap Pertahanan Negara?


Ketua Penceroboh Sulu bolos bukti perairan negara mudah ditembusi

BAGAN SERAI 17 MAC: Bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Jen (B) Tan Sri Md Hashim Hussein mempersoal tahap pertahanan negara berikutan perairan negara khususnya di Sabah, terlalu mudah ditembusi.

“Ikut media arus perdana, ada dua bot keluar dari perairan kita. Maknanya bolos dan hanya dicekup tentera laut Filipina. Jadi, Orang masuk pun bolos, orang keluar pun senang-senang sahaja.

“Itu sebab saya kata, mungkin ada agenda tersembunyi yang kita tak tahu,” katanya yang meminta lebih 5,000 hadirin menjawab sendiri persoalan itu, ketika berucap pada Jelajah Merdeka Rakyat di Bagan Serai, Perak malam kelmarin.

Beliau merujuk kenyataan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain yang mengesahkan Ketua Penceroboh Sulu, Azzumudie Kiram melarikan diri ke selatan Filipina 15 Mac lalu.

Hashim yang pernah berkhidmat di Sabah hairan berikutan berlaku pencerobohan di Lahad Datu yang disifatkannya tidak harus berlaku kerana sistem pertahanan negara berlapis-lapis hingga sukar ditembusi.

“Kita buat berlapis. Kumpulan paling rendah sekali – infantri, keupayaannnya terbatas. Mereka jaga di tepi pantai, dilengkapi peralatan untuk awasi kawasan hadapan.

“Itu lapisan pertama. Dan kita ada bot-bot tempur yang boleh meronda kawasan laut. Lapisan kedua, kawasan laut luas ditugas kepada TLDM dan TUDM untuk buat pengawasan.

“Lapisan ketiga sebelum sempadan antarabangsa, kapal terbang dan bot besar ditempatkan di lautan luas. Jadi berlapis-lapis dan diperkuat pula dengan radar – boleh kesan musuh,” katanya.

Hashim berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memiliki peralatan canggih dan mahal tetapi mempersoal sama ada ia dibeli dengan harga tinggi tetapi tidak berfungsi kerana kualitinya rendah.

“Mungkin juga rosak sebab kurang diselenggara. Mungkin, alat ganti tak ada, tak dibeli. Kontraktor tahu bekal sahaja. Rosak, selenggaraan, bukan dia kira,” katanya.

Beliau bertugas bersama ATM selama 38 tahun dan pernah bertugas di Sandakan, Sabah; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Islamabad, Pakistan dan Pegawai Kanan di Wisma Putra serta pernah berkhidmat di Bosnia.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Segala punca permasalahan,disebabkan projek IC biru kpd PATI Sulu, gara2 nak kekal berkuasa (GILA KUASA).Di Semenanjung Msia, perkara yg sama dilakukan. Mykad diberi percuma kpd PATI dari Kemboja, Burma, Indon, Bangla, Pakistan, Thailand dln2 bangsa. Tujuan yg sama utk mengundi BN. Sama seperti di Sabah pengkhianat bangsa Melayu adalah PM, KDN, JPN, SPR, Imigresen dln2. Bangsa Burma mendapat rumah, tanah wang bulanan RM500.00 Warga 2 tersebut jadi fix deposit BN. Mereka kebal dan tidak boleh disentuh ,dan mendapat layanan istimewa. Mereka dtg ke Msia ,guna visa lawatan sosial dan permit kerja.

Tanpa Nama berkata...

Macam mana x bolos+enjin jet pejuang pun boleh hilang dalam kem dikawal berlapis.rasuah yg dtutup sebagai komisen beli kapal selam.kapal selam pun tau malu nak beroperasi..slogan PDRM..TEGAS,ADIL DAN BERHEMAH dinilai
sebagai TEGAS Terus pd pembankang//
ADIL pd um NO//BERHEMAH pada samseng um NO.RAKYAT terus dihina bila keperi
hatinan keselamatan negara diperlekeh
kn menteri dn dituduh pula menghina pasukan kselamatn krn bertndak lambat

Tanpa Nama berkata...

ribuan-warga-myanmar-

Tanpa Nama berkata...

ribuan warga kemboja,di pantai timur dengan kem penempatan dan perkampongan di sediakan dan warga cina, sehinggakan setiap kali ditangkap gro dari cina.sayang MALAYSIA KU..bagaimanakah generasi akan datang kalu begini keaadaan nya. selamatkan malaysia.PRU13 ni.

Tanpa Nama berkata...

“Itu sebab saya kata, mungkin ada agenda tersembunyi yang kita tak tahu,”

Tanpa Nama berkata...

Aku brpndapat semua kjadian trsebut adalah lakunan n sendiwara umno.semata mata..tq.

Tanpa Nama berkata...

Jangan lupa juga fakta ini: Melayu selatan Thailand pun diberi kad pengenalan Malaysia demi raih undi untuk UMNO/BN. Cuba perhati bila tiba musim PRU 13 nanti. Mereka akan datang mengundi di Malaysia. PRU 12 dulu mereka dibayar RM20.00 seorang untuk mengundi di Kelantan.

Tanpa Nama berkata...

Seorang teman bergurau:Kalau Bangladesh serang Malaysia,tentra Bangladesh tak payah guna peluru.Suruh aje abang-abang Bangra yang ada dinegar ni masukkan racun tikus dalam makanan dan minuman direstoran-restoran dan hotel-hotel sudah cukup.Ribuan rakyat Malaysia akan mati.Kalau,kalau aje Indonesia menyerang lagi senang,pembantu rumah semua Indon.

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya Mahathgir Kutty dah melawat Sabah jumpa pasukan ATM dan Polis kita. Dia ni siapa? Dia bukan PM lagi,menteri pun bukan.Dia pergi keSabah agaknya nak lihat "kerosakan" dan "bencana" yang dia buat selama 22 tahun jadi PM dulu.