17 Mac 2013

Ust Zamri, Ex-IKIM.fm Bersama 6 Tokoh Imam Muda Sertai PAS


Seramai enam tokoh Imam Muda mengisytiharkan sokongan kepada PAS sempena Xpresi Ulama Muda Haraki yang berlangsung di Maahad Ehya Asy Syarif Gunung Semanggol, Perak.

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairudin Aman Razali mengumumkan perkara itu di pentas expresi tersebut.

Mohd Fakhrurrazi Hussin mewakili 6 orang Imam Muda berucap dan menyatakan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi dan berikrar akan turut membantu perjuangan Islam sehinggalah bumi Allah dapat diimarahkan dengan syariat-Nya.




Selain Mohd Fakhrurrazi (IM Fakhrul), lima lagi Imam Muda berkenaan ialah Khairul Azhar Ghazali (IM Azhar), Abdul Fattah Ridzwan (IM Fatah), Syed Faris Syed Roslan(IM Faris), Megat Mohd Zahid Megat Azmuddin (IM Megat) dan Fakhrulrazi Ibrahim ( IM Ar Razi)

Pilihan raya Umum ke-13 menjadi turning point untuk melakukan perubahan dalam negara kita dan Ulama Muda Haraki akan Memacu Kebangkitan dan Memimpin Perubahan.

Insya Allah seorang lagi tokoh ulama muda negara kita akan turut menyatakan sokongan kepada perjuangan suci ini pada sebelah malam sempena Pentas Ulama Haraki di tapak program yang sama.

Bekas penerbit rancangan Ikim.fm umum sertai PAS


GUNUNG SEMANGGOL: Bekas penyampai dan penerbit rancangan Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim.fm), Ustaz Zamri Zainal Abidin mengisytiharkan menyertai PAS pada majlis ceramah sempena Xpresi Ulama Muda Haraki di Maahad Ehya Asy Syarif di sini, malam tadi.

Petang semalam, seramai enam Imam Muda telah mengumumkan menyertai PAS iaitu Mohd Fakhrurrazi Hussin (IM Fakhrul), lima lagi Imam Muda berkenaan ialah Khairul Azhar Ghazali (IM Azhar), Abdul Fattah Ridzwan (IM Fatah), Syed Faris Syed Roslan(IM Faris), Megat Mohd Zahid Megat Azmuddin (IM Megat) dan Fakhrulrazi Ibrahim (IM Ar Razi).

Penyertaan mereka diumumkan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali.

“Insya Allah seorang lagi tokoh ulama muda negara kita akan turut menyatakan sokongan kepada perjuangan suci ini pada sebelah malam sempena Pentas Ulama Haraki di tapak program yang sama,” ulas satu kenyataan semalam berhubung penyertaan Ustaz Zamri itu.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib merasmikan majlis penutup Xpresi Ulama Muda Haraki pada petang semalam.

Ketika berucap pada majlis yang disertai kira-kira 1,000 ulama muda haraki dari seluruh Negara itu semalam, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, umat Islam seharusnya memberi kemenangan kepada Islam di dalam PRU13 untuk merealisasikan pelaksanaan berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.

Beliau yang juga Setiausaha Majlis Syura Ulama berkata, umat Islam yang mengharapkan kebangkitan Islam sekali gus menunjukkan kemenangan Islam yang tulen.

5 ulasan:

Amuraria berkata...

syabas & alhamdulillah ! bukan macam fathul barua ooops bari tu aar ! ABU jangan lupa !

gen-Y berkata...

mohon sebarkan.. umno kantoi lagi.

Sejak bila org siam boleh jadik ahli/jwtn dlm umno..

KC Ngiam a/p Eh Kuan, yang juga Ketua UMNO Cawangan Kubang Bemban, Tumpat, berkata

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ceroboh_MasyarakatSiamadakanupacaradoaselamatuntukwiranegara/Article/

Tanpa Nama berkata...

Nik Muhammad Zawawi Salleh nilah yg buat kenyataan dlm akhbar indon yg kontroversi tu, jgn jadi macam nasha dan hasan ali udah ler... bgai peluru kat musuh sokmo.

Tanpa Nama berkata...

Salam Reformasi,

Allahhuakhbar!!!Selamat menyertai jemaah kami Ustaz Zamri Zainal Abidin..Saya amat menyenangi ustaz zamri semenjak dari mula2 beliau menyertai ikim..suaranya yang lunak itu sungguh enak didengar. semora ustaz akan sentiasa istiqomqh dalam perjuangan menegakkan syiar Islam..

Tanpa Nama berkata...

Tiba2 4,5 hari lepas saya teringat2 Ustaz Zamri ketika sedang dgnar radio IKIM, mana ustaz ni pi lama tak dngar suara dia?
Hari ni terjawab le apa yg saya fikirkan.

Takbir!