17 Mac 2013

Tian Chua Sudah Didakwa, Tapi Masih Terkial-kial Mencari Bukti


Enam anggota polis kelmarin bertindak menyerbu pejabat Suara Keadilan di Cheras dengan alasan untuk mendapatkan nota tulisan wartawan Keadilan Daily.

Mereka merupakan pasukan penyiasatan dari Johor Baharu berhubung kes kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua berkaitan kontroversi Lahad Datu yang dimuat naik portal Keadilan Daily, 1 Mac lalu.

Ketika awal serbuan, polis mendakwa mempunyai waran menggeledah dan merampas komputer yang terlibat tetapi apabila diminta gagal menunjukan waran yang disebut.

“Mulanya kata nak rampas komputer, kemudian apabila peguam masuk campur membantah tindakan mereka, mereka kata nak ambil nota wartawan pula.

“Mereka boleh saja datang ambil, tidak perlu untuk geledah,” ujar Editor Suara Keadilan, Fazallah Pit ketika dihubungi TVSelangor berhubung kejadian pagi tersebut.

Beliau turut melahirkan rasa pelik dengan tindakan kumpulan polis berkenaan kerana pihaknya memberikan kerjasama yang baik terhadap siasatan yang dijalankan sebelum ini.

“Saya bersama-sama sub editor dan wartawan, beberapa kali beri kenyataan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya berhubung siasatan tersebut namun tidak pernah pula mereka meminta nota wartawan.

“Serbuan pagi ini memang tak diduga dan menyebabkan suasana tidak senang,” tegasnya lagi.

Kakitangan pejabat kemudian menelefon peguam Latheefa Koya yang meminta polis berurusan dengannya.

Polis kemudian beredar tanpa mengambil apa-apa daripada pejabat kira-kira setengah jam berikutnya namun memberitahu mereka mahu menunggu wartawan, Aisha Geoffrey yang bercuti hari ini untuk mengambil notanya.

Berhubung permintaan tersebut, Fazallah dan Aisha hadir bersama dengan peguam Eric Paulsen di Balai Polis Pudu, kira-kira jam 1 petang tadi untuk menyerahkan nota itu sebelum beredar kira-kira 15 minit kemudian.

Peguam Eric turut memohon salinan waran geledah tersebut tetapi polis enggan berbuat demikian.


Ulasan GB

Bukankah Tian Chua sudah didakwa di mahkamah Sesyen yang sepatutnya polis sudah mempunyai bukti maka dengan sebab itu beliau didakwa?

Mengapa pula baru sekarang mahu mencari bukti dengan mendapatkan nota tulisan wartawan Keadilan Daily berkenaan?

Prinsip asas bahawa "one is considered innocent until proven guilty" sepatutnya terpakai dan bukan seperti di negara ini di mana "one is considered guilty until proven innocent".

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tindakan polis ini sendiri membuktikan bahawa pihak tidak mempunyai bukti untuk mendakwa Tian Chua.

Kalau pihak yang terlibat itu UMNO, polis akan mengatakan kes masih dalam siasatan manakala polis sambil tidur dalam pejabat.

Is this something new to us ?

Tanpa Nama berkata...

Polis memang tak cekap, buat pertudohan tanpa bukti kukoh. Ikut arahan lapuran dari bn umno..

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak BERSEKONGKOL dengan umNGOK itu lah nasibnya..

Tanpa Nama berkata...

bersediakah polis mengambil tindakan ke atas hishamudin yg mengeluarkan kenyataan BODOH/JIJIK bila rakyat yg prihatin thadap keselamatan negara...
dituduh jgn dengar khabar angin dan mereka yg bersenjata bukan pengganas.
orgramai yg milik sebiji peluru dgn pantas ditahan/danggap penjenayah bahaya.KPolisNegara perlu dambil tindakan kerana mengeluarkn kenyataan
mengeliru dn bersifat PENAFIAN..jgn bimbang SABAH selamat..perajurit mati

Tanpa Nama berkata...

Biarlah masing2 buat kerja, keadilan daily dah buat kerja, Tian chua dah buat kerja dia...

kg senduk berkata...

itulah kelam kabut nak dakwa org tak bertempat..... periksa dulu baru tangkap ,,, jgn tangkap dulu baru nak periksa..... buat kerja jgn ikut telunjuk.... kita manusia di beri akal..... sebelum nak menuduh org pastikan bukti yg lengkap.... polis zaman la nee.... nak buat mcmna... org bawah2 tak bersalah... ketua atasan yg menghalalkan cara... selagi umno memerintah ..selagi tu lah... sikap angota polis peringkat bawahan... panas pungkok....

Tanpa Nama berkata...

Xde cara lain. Klu pk sikap puak2 ni. Mmg sakit jantung dibuatnya. Gunakn kuasa. Jgn ketinggalan mengundi dan berkempen pada kwn n saudara masing2

Tanpa Nama berkata...

nak termuntah kes kenyataan tian chua kat tv3suku, dok jaja siang mlm tak habis2 dah berapa dah. drp org awam, najib, mahatir dok chop tian chua gitu gini, sampai dah dakwa kat mahkamah pun x puas ati lagi. tak taulah kalau org amno percaya habis, memang bodoh tahap gaban.

biasalah sbg individu, sbg ahli politik, tian chua berhak mengeluarkan pendapat dia, aku pun boleh bagi pendapat setakat nak tulis tweeter ka fb ka, apa nak heran.

buang masa buang tenaga dan bodoh nak mampus org yg terlebih rajin pi report polis, terlebih dungu dakwa kat mahkamah, walhal dgn masa dan tenaga yg diberi pd kes ni, baiklah selesaikan kes mahkamah yg lebih2 penting yg tertunggak ribu riban tu. budus.

kesimpulannya, amno sengaja nak cetus isu supaya rakyat bodoh termakan hasutan.

Tanpa Nama berkata...

AKU HARAP YB2 PR PASANG CCTV KAT OFFICE MASING2. KALAU KENA SERBU PUN KITA BOLEH TENGOK POLIS2 NI BUAT MACAM MANA. KALAU MEREKA MINTA ON THE SPOT RAKAMAN TU, MANA BOLEH...TUNJUK DULU WARAN MAHKAMAH. SEMPAT LER BUAT SALINAN UTK RUJUKAN SENDIRI ATAU PEGUAM.