19 Mac 2013

[GAMBAR & VIDE0] Pemberian IC Pada Warga Asing: Mahathir Pengkhianat Negara!


Rata-rata panelis forum ‘Mahkamah Rakyat : Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar?’ menyimpulkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad sebagai individu yang menjadi punca sehingga timbulnya krisis terbabit.

Dr Mahathir dipersalahkan kerana menjadi orang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan melalui ‘Projek IC’ di Sabah sejak awal tahun 80-an.

Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Hassnar Ebrahim dalam ucapannya mengakui, beliau pernah menandatangani 500 borang kosong dalam satu masa semasa menjadi Ketua Daerah Sandakan.

Terlibat dalam Projek IC tanpa sedar, Hasnar berkata borang kosong terbabit kemudiannya disahkan dan dibawa kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebelum diubah menjadi sijil kelahiran.

Katanya, semasa Sabah di bawah pemerintahan Parti Bersatu Sabah (PBS) antara 1979 sehingga 1984, tidak kurang daripada 125,000 jumlah kad pengenalan yang dikeluarkan kerajaan persekutuan kepada sebilangan besar pendatang haram.

“Gunung berapi dalam dada saya sudah mahu meletup.

“Kalau ini fitnah dakwa saya kita jumpa di mahkamah,” katanya di hadapan kira-kira 1, 000 orang di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi.

Peranan Megat Junid

Beliau turut mengakui wujud pertemuan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub dengan 15 pegawai tertinggi kerajaan ketika itu termasuk Ketua Pengarah Imegresen, polis, dan Timbalan Ketua Pengarah JPN di pejabat Jabatan Perdana Menteri.

Beliau mendakwa, semasa pertemuan itu Megat Junid memberitahu mereka Dr Mahathir sendiri meluluskannya dan mahu meminta RM 2 juta untuk kos projek terbabit.

“Berikutan itu saya ditahan ISA selama 59 hari namun tidak diseksa atau dipukul,” katanya yang juga pernah menjadi saksi penting kes petisyen Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas pada tahun 1999.

Sementara itu, Siti Aminah Mahmud berkata dirinya tidak sedar terlibat dalam Projek IC di Sabah ketika menjadi ahli Umno dan bertugas di Pejabat Umno Bahagian Sembulan.

Katanya, pada tahun 1990 sehingga 1995 beliau membantu mendapatkan gambar dan cap jari pendatang asing untuk dihantar ke pejabat Umno.

“Saya tak tahu di mana mereka cetak kad pengenalan…saya bantu Umno di Sabah dan menambahkan undi Melayu,” katanya.

Beliau juga ditahan di bawah ISA dan disiasat selama 10 hari.

Turut hadir berucap pemimpin Sabah Datuk Kalakau Untol, ahli parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing, bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid dan sasterawan negara Tan Sri A Samad Said.

Suasana forum tersebut juga meriah dengan jualan baju, buku, termasuk produk makanan bijirin sarapan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai super hero yang laris dijual dengan harga RM15. -FMT


Beri IC pada warga asing, Mahathir pengkhianat negara – Azmin


Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan pengkhianat negara ekoran tindakannya memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing untuk menjamin kuasa politik Umno, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.

“Ini pengkhianatan kepada negara. Memberi kerakyatan kepada warga asing tanpa melalui prosedur ditetapkan.

“Mengikut kata saksi, ia bagi tujuan pilihan raya, supaya mereka mengundi BN. Ini perkara serius,” kata Azmin ketika ditemui selepas forum Pasca Himpunan Kebangkitan Rakyat di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), malam tadi.

Semalam, mantan Perdana Menteri itu mengaku bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah semasa mentadbir negara.

Beliau bagaimanapun dilihat cuba mengalih pengakuannya dengan mendakwa bapa kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman melakukan perkara ‘lebih teruk’ dengan memberi lebih banyak kerakyatan kepada mereka yang tidak layak.

“Ini bukan soal banyak atau sikit. Isunya Mahathir mencabul kedaulatan negara, walaupun (dia) seorang, ia tetap dipanggil pengkhianatan kepada negara!” tegas Azmin.

“Pegawai yang memberi keterangan juga mengaku bahawa kemasukan dan pemberian kerakyatan oleh Mahathir tidak mengikut proses serta undang-undang yang ditetapkan,” tambahnya.

Rabu lalu, dua bekas orang kanan Mahathir ketika memberi keterangan dalam siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah, mengaku memberi kewarganegaraan kepada mereka untuk menjadi pengundi.

Bekas Ketua Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Tamparuli, Yakup Damsah memberi keterangan dia dan beberapa orang lain menginap di rumah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, yang merupakan Setiausaha Politik kepada Mahathir pada masa itu untuk mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang asing.

Seorang lagi saksi, bekas Pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ramli Kamaruddin mengaku menerima arahan dari Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub untuk mengeluarkan resit kad pengenalan sementara (resit JPN), dengan tarikh luput kepada warga asing, semata-mata untuk tujuan pilihan raya.

Sehubungan itu, Azmin bimbang jika pemberian kad pengenalan masih diteruskan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

“Kita mahu perkara ini dihentikan. Pihak berkuasa termasuk polis, SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia), SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) serta peguam perlu mengambil tindakan, seterusnya membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan,” kata Azmin yang juga Pengarah Pilihan Raya KEADILAN.
-KD









5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MAMAK PARIA NI LA PUNCA SABAH DAH TAK AMAN LAGI. TAPI SUNGGUH HAIRAN KERANA ORG2 UMNO YG BERJAYA DIPERBODOHKAN PEMIMPIN2 UMNO MASIH MENGAGUNG2KAN MAMAK HARAMJADAH NI. INILAH MANUSIA PUKIMAK YG MENJADI PENGKHIANAT RAKYAT.

Tanpa Nama berkata...

Walaupun Mahathir bukan lagi PM M'sia tapi anak buah dia ikut jejak langkah bapa pengkhianat Negara dengan bawa lagi ramai lagi pendatang haram ke Malaysia, Sebab itu kita kena berjihadkan untuk nyahkan UMNO pada PRU akan datang dan selamatkan tanah orang Islam dirompak pemberontak dari negara Kristian Philipines. Tentera berjihad guna peluru kita berjihad guna kertas undi untuk halau Pengganas berlambang Dacing.

Tanpa Nama berkata...

Tepat sekali pendapat ahli-ahli forum tu.Mahathir Kutty ini jugalah yang membuka pintu seluas-luasnya dan menyenangkan warga Afrika masuk keMalaysia dengan sistem "visa on arrival"nya.Sudah sampai masanya Mamak ni diseret kemahkamah atas tuduhan "penderhaka".Turut diseret kemahkamnah juga Hishammudin Hussin yang menyebabkan kebanjiran PATI dan memberi mereka IC Biru dan dibolehkan pula mengundi.Kedua-dua ini adalah "pengkhianat negara".

Tanpa Nama berkata...

Bukan sahaja Mahathir Kutty,semua yang terlibat dengan projek IC Biru Sabah ni wajar dihadapkan kemahkamah untuk dapat cerita yang sebenr,termasuk Aziz Shamsuddin yang masih hidup. PDRM tunggu apa lagi,dah ramai anggota terkorban diLahat Datu masih nak mengampu UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Pengkhianat negara patut dihukum.