19 Mac 2013

Datuk Ghafir Mahu Saman Utusan Kerana Putarbelit Kenyataan "Reban Ayam"


Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid mahu memfail saman ke atas Utusan Malaysia berikutan kenyataannya diputar belit akhbar kawalan Umno itu.

Ghafir menegaskan, beliau tidak pernah menghina pasukan keselamatan dengan menyifatkan mereka tiada misi jelas sehingga perlu ‘duduk di bawah rumah orang dan reban ayam’.

Beliau sebaliknya berkata, kenyataannya pada 12 Mac lalu di sebuah forum di Kuala Lumpur diputar belit akhbar itu.

“Apa yang saya kata sebelum ini ialah, jika tentera tidak membuat risikan dengan proper, maka tentera terpaksa cari musuh di tepi rumah orang, tepi reban ayam.

“Saya menyentuh kegagalan perisikan. Utusan dah spin kenyataan saya. Saya akan saman mereka,”
kata Ghafir dipetik Malaysiakini.

Utusan Online pada 13 Mac lalu melaporkan, Ghafir memperleceh cara polis dan tentera menangani pengganas di Sabah.

Kenyataan beliau diputar dan dilaporkan sebagai: pasukan keselamatan ‘hanya duduk di bawah rumah orang dan di reban ayam’ dan seolah-olah mendakwa pelaksanaan Ops Daulat gagal.

Beliau dilapor membuat kesimpulan bahawa kegagalan risikan awal khususnya oleh tentera membuatkan pasukan keselamatan dalam keadaan terkejut menyelesaikan masalah di sana. -KD


Kenyataan 'reban ayam': Saya tak hina, kata Ghafir


Bekas pegawai tertinggi tentera Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid berkata, beliau tidak pernah menghina pasukan keselamatan dengan menyifatkannya tiada misi jelas sehingga perlu "duduk di bawah rumah orang dan reban ayam".

Bekas timbalan panglima Angkatan Tentera Darat itu sebaliknya berkata, kenyataannya pada 12 Mac lalu di sebuah forum di Kuala Lumpur itu diputar belit oleh akhbar Umno Utusan Malaysia.

"Apa yang saya kata sebelum ini ialah, jika tentera tidak membuat risikan dengan proper, maka tentera terpaksa cari musuh di tepi rumah orang, tepi reban ayam.

"Saya menyentuh kegagalan perisikan. Utusan dah spin (putar -belit) kenyataan saya. Saya akan saman mereka," kata Ghafir ketika ditemui Malaysiakini dalam sebuah ceramah di Seremban malam tadi.

Utusan Online pada 13 Mac lalu melaporkan Ghafir sebagai memperleceh cara polis dan tentera menangani pengganas sehinggakan "hanya duduk di bawah rumah orang dan di reban ayam".

Beliau juga dilapor menyifatkan seolah-olah pelaksanaan Ops Daulat gagal danmembuatkan pasukan keselamatan dalam keadaan keadaan terkejut menyelesaikannya.

'Tengok dia punya jamban'

Sementara itu, Ghafir turut menyelar tindakan kerajaan membeli senjata mahal secara tender rundingan terus dan bergantung kepada satu pertender semata-mata, sehingga mewujudkan perbezaan harga yang ketara berbanding pembelian negara lain.

"Banyak kos-kos tersembunyi. Kita boleh tanya apa dia kos tersembunyi? Termasuklah komisyen. Kalau orang kaya dipanggil komisyen, kalau mata-mata di tepi jalan dipanggil rasuah," katanya.

Menurut beliau lagi, beliau sudah banyak kali menimbulkan situasi yang merugikan duit rakyat itu tetapi belum mendapat respon daripada Kementerian Pertahanan.

"Satu lagi apabila membeli senjata yang kita sentiasa kita balik kepada pembekal untuk dapatkan alat ganti. Apabila senjata itu rosak kena hantar ke London, Perancis atau sebagainya.

"Jadi benda itu makan duit yang banyak. Disebabkan itu kalau kita perhati, sektor-sektor yang penting tidak dibangunkan.

"Umpamanya kalau kita tengok berek. Berek tentera Kem Rasah (Seremban), tak usah pergi jauh lah kan. Sehingga hari ini menjadi bukti bagaimana baik atau tak baiknya Kem Rasah. Kalau tengok dari luar memang cantik.

Masuk dalam, tengok dia punya jamban! "Ada bekas tentera sini tak? Ramai?" soalnya sambil disambut laungan "ya" oleh segelintir daripada 800 orang ramai yang hadir.

Ghafir mempersoalkan kenapa keadaan kekurangan sebegitu boleh berlaku sedangkan negara Malaysia sebuah negara yang kaya.

"Kalau tidak kerana rakusnya mereka berbelanja, saya rasa keadaan rumah keluarga, dewan makan mereka (tentera) boleh dimodenkan.

Turut berceramah ialah bekas panglima Logistik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Briged Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab dan Timbalan Ketua Cabang PKR Seremban, Dr Mohamad Rafie Abdul Malek.
-mk

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cuba datuk tanya datuk hadi dia memang pandai pasal perolehan ni selok belok macam mana peralatan diperolehi pasal dulu dia Panglima Markas Logistik Udara telus orangnya ni semua budak2 Airforce terutama yg kerja kat Markas Logistik tahu pasal betapa hebatnya datuk and the geng hahaha

Tanpa Nama berkata...

kenapa agaknya ye ? semua orang yang kerja kat utusan tu bangang semua ? tak sekolah ke ? asyik asyik kena saman je ? bukan seribu atau dua ribu ringgit kena saman pulak tu ... mungkin langkah terbaik ialah tutup je syarikat penerbitan yang menerbitkan utusan ni habis cerita.. rakyat tak pening kepala dan tak sakit hati

pembenci tegar umno @ utusan

Tanpa Nama berkata...

Kasihan kepada tentera. Rakyat dapat bandingkan antara bangunan/kem tentera dengan balai-balai polis daerah. Bangunan tentera amat daif dan bentuk bangunan macam kotak empat persegi sahaja. Tentera bagai dianaktirikan, maklumlah tentera tidak boleh diperlembukan. Tentera tidak ada kuasa tawar menawar dengan kerajaan.

Jika Polis minta semua dapat. Contoh kenderaan, semua jenis diberi kepada polis.

Tanpa Nama berkata...

Staff TUDM kat Sg Besi tahu segala2nya. Apa barang masuk, apa barang keluar, masuk tak sampai sejam lori tu keluar balik sedangkan muatan ada ats lori.

Ori IC berkata...

syabas dato. yang penting ialah kitatahu apa yang kita ckap itu benar, tidak menipu dan tidak memfitnah, menyampaikan fakta yang betul dikala masyarakat amat memerlukannya adalah amat baik dan insyallah akan mendapat rahmat dari Allah SWT. yang penting rakam apa yang kita ucap supaya nanti menjadi bukti jika ada pihak yang hendak memutarbelitkan fakta. Saya amat sedih melihat masyarakat disekeliling yang terlalu taksub dan bulat2 mempercayai laporan akhbar dan tv tanpa membuat penilaian yang wajar.

Tanpa Nama berkata...

bukan mahu, terus saman saja