Syang dibuat oleh Perdana Menteri dan timbalannya terhadap Mursyidul Am PAS dijawab oleh penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (gambar).
Beliau berkata, Tuan Guru Nik Aziz bukan kata penerima BR1M itu seperti haiwan tetapi menjadikan penerimanya seperti haiwan.
"Sebenarnya apa yang kita dengar dalam video clip bukan Tok Guru kata kepada penerima BR1M seperti haiwan, cuma Tok Guru kata orang yang memberikan BR1M tulah cuba menjadikan orang yang menerima seperti haiwan.
"Umpama bagi makan, lepas tu sembelih.
"Maknanya jahatnya orang nak bagi bantuan bila perlu sahaja, bila jauh dengan pilihanraya tak hulur pun bantuan," kata Ustaz Azhar dalam kuliahnya di Masjid Pengadang Baru dekat sini.
Beliau ditanya, "apa komen ustaz mengenai Tuan Guru Nik Aziz kata orang yang ambil BR1M ni seperti haiwan?"
Ini ekoran tuduhan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyidin Yasin bahawa Tuan Guru Nik Aziz menganggap penerima BR1M ini haiwan.
Bagi Ustaz Azhar, ini semua punca mencari pembalahan, "Ni buah cari baloh."
Sehubungan dengan itu, beliau meminta semua pihak berhati-hati dengan sebarang laporan media.
"Jadi lening (sekarang ini) kene hati-hati lah banyak putar belit dan spin berita nak nak musim mengundi ni.
"Yang tak pernah nampak muka pun dan kerap masuk kampung dah. Tujuan ape? Nak tolong ke untuk kepentingan tertentu? "Jadi kene bijoklah, jangan percaya tanpa selidik," tegas penceramah bebas dari Terengganu yang sangat terkenal itu.
Baru-baru ini, Tuan Guru Nik Aziz berkata,
"Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi.
"Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang.
"Jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil).
"Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia," kata Tuan Guru Nik Aziz.
Analogi haiwan
Sementara itu, para pengguna laman sosial mula menyebarkan analogi mengenai kenyataan kedua-dua pemimpin Umno itu ketika mereka mengulas isu ini.
Berikut adalah analogi itu:
Seorang atok memarahi dua orang cucunya, Ali dan Abu yang suka bergaduh...
Atok: Korang ni macam anjing dengan kucing.. pantang jumpa asyik nak bergaduh..
Ali: Sampai hati atok cakap kami haiwan...
Abu: Ali! Itu peribahasa la samdol!
10 ulasan:
Syabas Ustaz Azhar... kita memerlukan peranan ustaz untuk memberikan pencerahan bekenaan segala isu yang dimaiankan oleh UMNO dalam saat saat genting seperti ini. saya percaya ramai pengundi muda dan pengundi atas pagar yang selalu ke ceramah ustaz tetapi tidak ke ceramah PAS dapat di betulkan pendirian mereka. terima kasih ustaz.
bagai anjing dengan kucing
seperti tikus membaiki labu
seperti beruk kena belacan
seperti kera mendapat bunga
seperti lipas kudung
harapkan pegar, pegar makan padi
bagai anjing dengan bayang-bayang
bagai murai tercabut ekor
jahat sungguh melayu menyamakan manusia macam anjing, tikus, beruk, kera, lipas... elok sikit tu, murai dan pegar... :P
err... paling teruk...
membabi buta... :P
Syabas ustaz, jgn takut berkata benar. harap ustaz tetap bebas tanpa biased pd mana2 pihak, tetap brpandukn pd al-quran dan hadith. InsyaAllah dgn cara ini pendapat ustaz akan terus menjadi panduan hidup sy. kebenaran pasti akan menang!
Nak jd melayu sangat tuh, x paham kias sindiran melayu. Aku nak umno tumbang kali ni, bagi pas pegang. Lepas tu buang dahan2 buruk dlm umno biar tunas baru yg suci bersih jer tumbuh. Pastu baru leh umno gabung ngan pas baru la naik martabat islam dan melayu. Paham x sedara2
Ambe sokong deme
memang jelas najib tak faham bahasa melayu yg kaya dengan kiasan dan perumpamaan..sebenhar nya nbetul lah pemimpin umno yang menghaiwankan rakyat, sebelum memberi BRIM kpd penerima ..syarah dulu dgn mengungkit segala bantuan..memang tak ikhlas..dan tercongok lah penerima BRIM mendengar fitnah tohmah dan umpat keji kpd pembangkang.. nak bagi bagilah secara ikhlas..bUKAN DUIT WAKIL RAKYAT ATAU KETUA UMNO.. sEMOGA ALLAH MENGGANJARI dengan pembalasan setimpal kpd pemfitnah dan pencacai UMNO.
Kasihan orang kampung yang kurang pendidikan, tentu percaya dengan ulasan pemimpinam UMNO dan Utusan dalam bab "haiwan". Bagi mereka yang sedar mereka faham sindiran Nik Aziz tu. Oleh itu untuk mengelak daripada diambil kesempatan musuh PAS menjadi batu api diharap pemimpin PAS bercakap lebih berhati-hati menjelang pilihan raya sebab kerana pulut santan binasa. Hidup Pakatan Rakyat.
sebelum ini um NO/B arua N gara telah
berjaya wujudkan kebencian dgn perjuangan palestin jd perjuangan PLASTIK....di dunia kamu rasa selanat
tapi tunggulah dimasyar
berhati-hatilah,, UMNO skang mcm orang YAHUDI.. perangai sebijik. SUka putar belit kenyataan. bila spin berkali2 akan melekat di minda orang kampung.
Makin jelas sifat yahudi laknatullah dalam UMNO APCO. Sebelum ini ada satu bangsa suka label orang kita sebagai binatang (Goyim) iaitu bangsa Yahudi. UMNO oh UMNO Yahudi punya ajaran you ikut tapi ajaran Islam satu hapak pun you buat tak tahu. We will prove yang kita bukan binatang pada PRU akan datang. Kau tunggu dan lihat, UMNO APCO.
Catat Ulasan