Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli bakal gempur Bagan Datoh, Parlimen Datuk Zahid Hamidi Februari ini bagi menerangkan isu salahguna dan penyelewengan dana Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di bawah pentadbiran Menteri Pertahanan itu.
“Saya bersetuju beberapa tarikh untuk turun ke Bagan Datoh dalam bulan Februari.
“Saya juga masih menunggu saman Zahid Hamidi yang belum dihantar kepada saya. Tapi saya dah setuju turun habis-habisan gempur Bagan Datoh,” tulis Rafizi pada twitternya hari ini.
Zahid 25 Januari lalu memfailkan saman fitnah terhadap Rafizi berhubung satu artikel di dalam laman blognya.
Tegas Rafizi, saman Zahid akan dijawab di mahkamah kerana isu salahguna dan penyelewengan dana LTAT dan kebajikan anggota tentera yang diabai tidak boleh dipadam dengan tipu helah teknologi.
Rafizi semalam turut menolak keras laporan mendakwa beliau memohon maaf kepada Zahid dalam laman facebooknya.
“Kenyataan palsu dan berniat jahat itu dirancang laman pro-Umno dengan tujuan memfitnah saya dan mengelirukan rakyat.
“Saya menafikan sepenuhnya kenyataan maaf dan tetap dengan pendirian membawa perkara ini ke mahkamah.
“Saya tidak akan berganjak membawa isu salahguna dana Angkatan Tentera Malaysia,” katanya pada kenyataan.
Rafizi berkata, tindakan menggodam akaun dan laman pro-Pakatan Rakyat, termasuk laman web dan facebook pimpinan Pakatan berpunca kegagalan Umno BN berdepan pendedahan memalukan.
“Ini kejadian kedua dalam tempoh dua hari selepas laman facebook Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.
“Saya mengutuk muslihat dan tipu helah yang digunakan cybertrooper Umno kerana tidak beretika,” tegasnya.
6 ulasan:
i salute u rafizi.berani kerana benar.jangan takut dgn ugutan berbagai pihak.teruskan bongkar segala penyelewengan.kita penjarakan mereka bila PR memerintah.
Teruskan perjuangan menghapuskan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa UMNO/BN
mamat zahid anak hamidi takkan berani saman..... dkt nak PRU 13 tengok la kalau tak percaya
TAHNIAH RAFIZI, TAHNIAH!!! KAMI SOKONG KEBERANIAN ANDA...
berani ke nak saman wahai zahid hamidi? tengok rafizi siap tanya bila nak hantar saman...cakap hebat tapi last2 buat strategi konon rafizi mintak maaf..lepas tu kononnya ko pun maafkan rafizi dan tarik balik saman...bodo la ko ni zahid, zaman twitter pun ko nak buat strategi bangkai...
Alhamdullillah !
Terkentut kentut lah di mamat bagan datoh ini bagai kerbau hilang lumpurnya.
Catat Ulasan