29 Jan 2013

JASA Salah Guna Kuasa, Dana Awam Berkempen Untuk UMNO/BN

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi lebih gementar menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) berikutan angin perubahan di rantau ini bertiup kencang termasuk kemenangan Lee Li Lan dari Parti Buruh yang mengalahkan PAP pada Pilihan Raya Kecil Punggol East, Singapura dengan majoriti 3,182 undi.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, Najib menjadi lebih gementar kerana sebuah agensi kerajaan menyalahgunakan dana awam dengan menjelajah seluruh negara untuk menyebarkan maklumat bahawa Barisan Nasional (BN) mampu mendapat dua pertiga majoriti pada PRU-13.

Katanya, Bernama dalam laporannya menyatakan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Penerangan, Fuad Hassan ketika menjawab satu soalan daripada peserta Perjumpaan Rakan Media Sosial Negeri Johor di Pusat Konvensyen Persada Antarabangsa Johor bahawa BN mampu memenangi dua pertiga pada PRU-13 jika bekerja kuat dan berusaha mencapai apa yang disasarkan.

“Fuad menjelaskan bagi memperoleh majoriti dua pertiga, BN perlu menarik sekurang-kurangnya 30 peratus undi daripada pengundi Cina dan masing-masing 65 peratus undi daripada pengundi Melayu dan India di seluruh negara.

“Fuad yakin sokongan orang Melayu untuk BN di Johor mampu melebihi 80 peratus manakala sokongan orang India juga telah pulih sepenuhnya daripada kejatuhan PRU 2008, dan begitu juga sokongan masyarakat Cina.

“Fuad secara peribadinya sebagai rakyat Malaysia berhak untuk percaya dan berusaha bagi memenuhi matlamat BN mendapatkan semula majorti dua pertiga pada PRU-13, tetapi bukan urusan beliau untuk mengetuai JASA yang didanai oleh dana awam, berkempen untuk UMNO/BN.

“Ini adalah penyalahgunaan dana awam dan kemudahan kerajaan, penyelewengan kerajaan yang semakin menjadi-jadi, terang-terangan dan berleluasa selepas 55 tahun pemerintahan UMNO /BN,” katanya dalam kenyataan media mengenai Pengiraan Detik 74 Hari ke PRU-13, semalam.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman dapat membezakan kepentingan kerajaan, parti politik yang berkuasa dan kapasiti peribadi, yang menjadi sebab penting mengapa rasuah dan penyalahgunaan kuasa diperhatikan dengan tegas pada tahun awal Merdeka tidak seperti tiga dekad lalu yang melampau melakukan penyalahgunaan kuasa dan dana awam.

Katanya, Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan Perdana Menteri pada April 1959, kerana merasakan beliau perlu ke serata negara untuk mengukuhkan sokongan terhadap Perikatan sebelum Pilihan Raya Umum 1959, ketika berdepan cabaran hebat oposisi.

“Tunku meletakkan jawatan untuk sementara waktu antara April hingga Ogos 1959 supaya tidak dituduh menyalahgunakan kuasa dan kedudukan sebagai Perdana Menteri apabila mengetuai kempen untuk meraih sokongan umum kepada Perikatan, dan menyambung semula jawatan itu selepas Perikatan memenangi PRU 1959.

“Tindakan Tunku itu tidak dapat dibayangkan hari ini apabila ada jabatan dan Kementerian yang matlamatnya hanya satu iaitu menyalahgunakan kuasa dan dana awam secara terang-terangan dan tidak tahu malu berkempen meraih undi untuk UMNO/BN bagi PRU-13.

“Fuad sepatutnya dipecat daripada Ketua Pengarah JASA, kerana menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya sebagai kakitangan awam dan dana awam. Selain itu, Fuad sepatutnya meletakkan jawatan daripada perkhidmatan awam dan Jabatan Hal Ehwal Khas di bawah Kementerian Penerangan dibubarkan.

“Fuad sepatutnya menyertai UMNO sebagai pegawai khas untuk mempromosikan capaian media sosial untuk UMNO/BN menjelangnya PRU-13, dan gajinya dibayar oleh dana parti, bukannya dana awam kerana itu terang-terangan merupakan matlamat parti politik,” katanya.

Menurut Kit Siang, jelas Fuad dan JASA hanya sebahagian daripada penyalahgunaan jentera awam dan dana awam untuk memenuhi matlamat dan objektif pemimpin UMNO/BN. Ini satu lagi sebab mengapa perlunya UBAH pada PRU-13 untuk mengakhiri secara sistematik penyalahgunaan kuasa kerajaan dan dana awam yang semakin menjadi-jadi dan punca berleluasanya rasuah dan penyalahgunaan kuasa di dalam negara. – Roketkini

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Penyalahgunaan jentera awam dan dana awam adalah perkara biasa dalam UMNO/BN. Mereka sudah tidak ada lagi rasa malu dan rasa bersalah dengan amalan mereka ini. Mereka telah hanyut dek berkuasa terlalu lama. Oleh itu kalahkan mereka dalam PRU nanti.

Tanpa Nama berkata...

Audit awam kepada kewangan JASA. Dimaklumkan JASA membiayai NGOs dan aktivitix pro UMNO sahaja.

awang berkata...

JASA tak de fungsi
lepas PRU nanti bubarkan je la
jabatan nie

Tanpa Nama berkata...

GB ,
Program Pementoran Kakitangan Awam di sekolah ...namanya indah...Ingatkan betul2 ceramah meningkatkan prestasi kakitangan awam rupanya ceramah politik kepartian yang diadakan di dalam sekolah. Semua guru wajib hadir.
Pentadbir sekolah dan guru2 diperdaya dengan tajuk program. Penceramah juga terdiri daripada guru-guru dan pensyarah IAB yang menjadi penceramag BTN. Celaka guru-guru ni..Patutnya tugas mereka mengajar bukannya berceramah politik di sekolah. Mengajar entah ke mana.
Politik dibawa masuk ke sekolah. Mereka guna taktik dengan memaparkan jumlah kerusi parlimen melayu dan bangsa lain. Mereka menakutkan guru dengan menyatakan jika tidak sokong umno dan PR menang, majoriti kerusi parlimen dikuasai oleh bukan melayu....
Takpe....yg penting semua guru boleh berfikiran waras dan nampak kebangsatan UMNO/BN

Tanpa Nama berkata...

Isunya ialah ramai yang keliru tentang konsep "Rulling Party and Rulling Govt."..dua perkara yg berbeza..penjawat awam terkeliru atau dikelirukan oleh parti pemerintah..parti yg memerintah boleh menggunakan segala kuasa dan dana awam kerana pd pandangan mereka yg senget ini, segala itu hak mereka sebagai pemerintah..Dalam hal ini Thailand lebih advanced/civilised..calon PRU di Thailand jika didapati salahguna kuasa/guna kepentingan dan dana awam..disqualified terus dari calon pilihanraya. Penjawat awam kena faham yg mereka lantikan kerajaan Malaysia bukannya BN...menjadi tanggungjawab mereka untuk laksanakan dasar kerajaan dgn penuh komitmen...dan bukannya dasar parti BN/UMNO...cth. dasar kerajaan berkenaan duit KWAMP utk household income dlm RM1500(jika tk silap)..dasar cantik tp pelaksanaan ridiculous..krn borang perlu disign oleh PPM (rata2 tamat darjah 6 shj)..sbb itu rakyat yg layak dinafikan...tdk pelik jika Gurubesar/Pengetua ditukar 24jam oleh tukang kebun sekolah kerana tkg kebun ni ketua cawangan UMNO..hi3