15 Jan 2013

Gantung Ahli Ekonomi BIMB, UMNO Menuju Kebinasaan

Ramal BN kalah, Ketua Ekonomi Bank Islam digantung. KUALA LUMPUR: Kerana meramalkan Barisan Nasional (BN) akan kalah dalam pilihan raya umum nanti, Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Azrul Azwar Ahmad Tajuddin, digantung kerja.

Ekoran itu, pelbagai pihak menyifatkan tindakan itu sebagai zalim, "kerana betindak ke atas mereka yang berkata benar.

" Namun begitu, banyak pihak yakin, jiwa anak muda tidak goyah dengannya.

"Pasti ada ganjaran untuk si pemberani dan bercakap benar," komen Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail.

Minggu lalu, Azrul Azwar ketika bercakap dalam satu seminar di Singapura, meramalkan BN akan kalah dalam PRU 13 nanti.

Beliau berkata, BN akan kalah tipis dalam pilihan raya yang dijangka sengit itu.

Azrul berkata, hasil kajian maklumat menggunakan data analisisnya mendapati BN hanya mampu memperolehi antara 97 ke 107 kerusi sahaja dalam pilihanraya umum akan datang, jauh jika dibandingkan dengan prestasi 140 kerusi yang dimenangi pada pilihanraya umum lalu.

Bagaimanapun, dengan keputusan hasil maklumat ini, Pakatan Rakyat juga hanya menang antara 115 ke 125 kerusi sahaja dan ia sesuatu yang tidak stabil dari segi ekonomi sesebuah negara.

Bank Islam Malaysia dalam kenyataannya 11 Januari lepas, menjarakkan diri dari ramalan ketua penganalisis ekonominya itu, dengan mengatakan “kami tidak terlibat dengan forum tersebut”.

Dalam satu kenyataannya, pengarah urusan BIMB Datuk Seri Zukri Samat memberi komen tentang laporan The Straits Times Singapura itu berkata; “Kami kesal dengan laporan yang mengaitkan Bank Islam dengan pandangannya dan ramalannya, dan kami mahu laporan yang silap tersebut dibetulkan.

“Untuk pengetahuan anda, Bank Islam tidak terlibat dan tidak berkaitan dalam forum tersebut,” kata Zukri dalam sebuah kenyataan dihantar ke The Straits Times.

Namun hari ini, Azrul Azwar digantung dari tugasnya sebagai Ketua Ekonomi BIMB.

PRU perlu dipercepatkan

Hujung Julai 2012, Azrul dilaporkan berkata, ekonomi dan pasaran akan memberi reaksi lebih baik seandainya pilihan raya diadakan dalam tempoh terdekat (pertengahan tahun 2012) berbanding ditangguhkan kepada tahun depan (2013).

Katanya, pandangan itu berdasarkan persekitaran dan ketidaktentuan ekonomi luaran dan dalaman.

Menurut beliau, pelbagai spekulasi mengenai tarikh pilihan raya telah menyebabkan ekonomi dan pasaran tidak boleh bergerak pada landasan yang betul.

Jelasnya, masalah itu dihadapi oleh syarikat-syarikat korporat kerana sukar untuk membuat keputusan dalam operasi dan hala tuju mereka.

"Meskipun ekonomi negara sekarang dalam keadaan baik tetapi keputusan tidak boleh dilakukan kerana sukar untuk menjangkakan apa yang akan berlaku dalam tempoh jangka pendek dan sederhana.

"Malah, ia juga menjejaskan aliran masuk pelaburan asing kerana mereka juga mahu satu kepastian dalam pelaburan yang dibuat.

"Justeru, kebanyakan korporat memang menyambut baik seandainya pilihan raya diadakan lebih cepat," ujarnya sebagaimana dilaporkan Utusan -HD

Ulasan GB

Sampai begitu takut dan terdesaknya UMNO BN!

Namun seperti yang GB utarakan sebelum ini... ciri-ciri kezaliman UMNO itu menunjukkan dengan jelas bahawa UMNO sedang menuju kebinasaan dan kehancuran!

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bagi pandangan mesti ampu, kalau sebaliknya tak boleh. Itulah budaya UMNO

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullillah!

Tahniah kepada anak melayu Azrul kerana sanggup mengambil risiko 'berani kerana benar'.

Tidak ramai anak anak muda sedemikian yang berada di alam korporat, berani tegur kerana benar.

Bertawakkal pada ALLAH adalah sebaik baik nasihat kerana rezeki jodoh hidup dan mati hanya di tangan ALLAH SWT.

muzium padi gunung kheyang berkata...

hancur haancur! hancur BeEnd!

Tanpa Nama berkata...

Salam Bro,Kenapa tak bercakap perkara itu di Malaysia? Mengapa pilih Singapura ? Jika dia merasakan pandangannya benar berterus terang sajalah.

Tanpa Nama berkata...

Di universiti mahupun di sekolah hanya yang pandai mengampu saja akan dinaik pangkat. Yang berani dan yang cakap benar selalu dizalimi. Jadi tidak menghairankan kualiti pendidikan di Malaysia menjunam.

Tanpa Nama berkata...

PANDANGAN YANG MENGAMPU DAN TERSERLAH MENIPU PUN TAKPE JANJI BOLEH BUAT umNO KEMBANG HIDUNG....LEPAS TU BOLEH NAIK PANGKAT. KALAU SEBALIKNYA WALAUPUN BENAR MAMPOS LA LU.

TAPI BUMI ALLAH NIE MAHA LUAS, REZEKINYA BUKAN umNO YANG TENTUKAN, BERLAPANG DADA LA..

Tanpa Nama berkata...

di cakap dalam seminar ekonomi antarabangsa di spore, analisa para bangkers di rantau asia dan bagaimana para pelabur harus ambil keputusan dan sikap. para bankers bertanggung jawab atas pandangan mereka kerana para pelabur bolih saman bank jika memberi pandangan tidak betul. ini adalah amalan biasa dalam dunia kewangan.

jadi tidak kira lah dia bercakap dimana pun di spore, kl, india cina atau mongolia, asas nya sama saja, ia itu true and fair view.

Tanpa Nama berkata...

Inilah tanda2 dan bibit2nya yang umngok akan mampus.

Tanpa Nama berkata...

Dengan penuh sindiran rakan saya kata inilah akibat kebebasan bersuara dalam demokrasi ala BN di Malaysia.

Dem0krasi yang sudah di kasi (kembiri)

Tanpa Nama berkata...

najib oii.. gua x mau ampu sama lu. gua tgk lu ni ada skit hensem jugak tp lu punye taste ada skit kurang. mcm mana lu angkat itu janda jd lu punya bini. haiya... gua tgk pun tarak selera. lg manyak pendek serupa itu goblin. muka tgk mcm org jantan pun ada.

Internet Marketer berkata...

Ujian...ni kira bank islam pun zalim jugak...@solehnet