15 Jan 2013

Skandal Rasuah & Pembunuhan Altantuya Libatkan Najib Tersebar Di Australia


Akhbar Australia: Kes pembunuhan Altantuya jejas peluang Umno
Akhbar Australia, The Age meramalkan skandal pembunuhan Altantuya Shaariibu yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menjejaskan peluang Umno BN dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Najib menafikan penglibatannya, tetapi dakwaan tersebut tidak akan hilang. Internet di Malaysia sedang ‘panas’ dengan pendedahan seorang ahli perniagaan yang tidak berpuas hati dengannya, Deepak Jaikishan, yang mempunyai hubungan dengan Umno,” tulis portal akhbar itu semalam.

Menurut akhbar berkenaan, pendedahan Deepak juga merupakan sebahagian usaha untuk membongkar misteri pembunuhan warga Mongolia itu pada 2006.

The Age mengaitkan pembelian dua kapal selam dianggarkan bernilai USD2 bilion pada 2002, ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan dan hubungannya dengan Abdul Razak Baginda, yang dituduh membunuh Altantuya pada 2006.

“Antara tuntutan yang dibuat oleh Deepak seperti dinyatakan kepada pembangkang dan laman web bebas adalah bukti akuan bersumpah pada 2008 oleh penyiasat, (P) Balasubramaniam yang menyatakan Najib mempunyai hubungan seksual dengan Altantuya.

“Terdapat perbalahan dalam Umno yang berkuasa dalam negara selama lebih 50 tahun, kaji selidik terbaru menunjukkan populariti Najib menurun pada paras paling rendah dalam 16 bulan.

“Sebahagian penganalisis berkata, PRU kali ini akan menjadi cabaran terbesar kepada pemerintahan Umno. Najib sendiri mengatakan ia sebagai ‘titik penentu nasib rakyat dan negara’,” akhbar itu dipetik. -KD

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hancuralah kau umno!

Tanpa Nama berkata...

BN ingat mereka yang buat perhimpunan jadi aman, sebenarnya dulu pun aman,BN mahu huru hara

Tanpa Nama berkata...

Australia pun cap kita sebagai negara penjahat amacam ini? Jawapannya senang aja pastikan pada PRU akan datang tumbangkan parti cap dacing ini untuk kembalikan maruah negara M'sia di mata dunia.

Tanpa Nama berkata...

hingga skarg sy berdoa smoga tbongkar sgala kjahatan mereka dn baik d balas baik bgitu juga sbaliknya amin....