Azrul Azwar: Bank Islam rugi, bank lain untung
KUALA LUMPUR: Kehilangan Ketua Ekonomi Azrul Azwar Ahmad Tajudin di Bank Islam mempunyai potensi untuk menjejaskan nama bank itu sebagai institusi kewangan negara.
Ini kerana ia kelihatan sebagai permainan politik oleh Bank Islam.
Lantas, badan pemikir Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) berpendapat kehilangan Azrul Azwar sebagai Ketua Ekonomi Bank Islam merupakan suatu kerugian kepada bank itu dan keuntungan kepada mana-mana institusi kewangan lain yang mungkin mengambil beliau.
Berikut kenyataan KPRU berhubung isu berkenaan.
Badan pemikir Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) berpendapat bahawa tindakan Bank Islam menggantung tugas Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, hanya menunjukkan Bank Islam mementingkan kepentingan politiknya berbanding melindungi hak kebebasan bersuara kakitangannya.
Justeru, KPRU menyarankan Bank Islam menyemak semula keputusan menggantung tugas Azrul Azwar dan mengembalikan jawatan dan tugas Azrul Azwar kepadanya.
Azrul Azwar mempunyai pengalaman selama melebihi sepuluh tahun dalam bidang ekonomi.
Beliau telah bertugas sebagai penganalisa di Meridian Asset Management Sdn Bhd, RHB Bank, Malaysia Industrial Development Finance Bhd (MIDF) dan Islamic Financial Services Board (IFSB).
Hanya kerana memajukan pendapatnya mengenai peluang kemenangan Barisan Nasional, beliau telah digantung daripada tugasnya dan menghadapi risiko untuk kehilangan jawatan beliau sebagai Ketua Ekonomi di Bank Islam.
KPRU menyarankan individu seperti Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar yang berpengalaman tinggi, dalam bidang ekonomi diangkat penggantungannya dan dilayani sebagai aset dan bukannya musuh politik. Memandangkan Bank Islam telah menjauhi daripada pendapat Ketua Ekonomi Bank Islam Azrul Azwar maka, tindakan menggantung tugas merupakan suatu tindakan ekstrem dan tidak mencerminkan sikap profesionalisme Bank Islam dalam menangani pendapat politik berbeza-beza.
Kehilangan Ketua Ekonomi Azrul Azwar di Bank Islam mempunyai potensi untuk menjejaskan nama Bank Islam sebagai antara institusi kewangan negara kerana ianya kelihatan sebagai permainan politik yang dimainkan oleh Bank Islam. Lantas, kehilangan Azrul Azwar sebagai Ketua Ekonomi Bank Islam merupakan suatu kerugian Bank Islam dan suatu keuntungan mana-mana institusi kewangan lain yang mungkin menggaji beliau.
Sebagai rakyat Malaysia, Azrul Azwar mempunyai hak kebebasan untuk menyuarakan pendapatnya. Sebagai sebuah institusi kewangan negara ini, Bank Islam seharusnya bersikap neutral terhadap para pekerjanya terutamanya dalam mengendalikan pendapat politik yang berbeza.
Kegagalan Bank Islam untuk bersikap neutral hanya merugikan Bank tersebut dan menampakkan Bank Islam sebagai suatu alat politik kerajaan Barisan Nasional. -HD
Ulasan GB
Bank Islam yang sepatutnya menyerlahkan ciri-ciri keadilan Islam tiba-tiba kini bertindak zalim dan kejam apabila menggantung tugas Ketua Ekonominya, Azrul Azwar.
Sekaligus tindakan Bank Islam itu memberikan gambaran buruk terhadap agama Islam apabila ia menjadi alat politik kerajaan BN.
Perkasa basic sebegitu pun Bank Islam gagal untuk pamerkan keadilan Islam, lagi mahu harapkan keadilan melalui ekonomi dan perbankan Islam?
Bangang dan kebodohan yang tiada taranya. Sanggup memecat Ketua Ekonominya sendiri kerana tunduk dan akur kepada tekanan pihak lain.
Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berlaku, Bank Islam sewajarnya menggugurkan nama "Islam" apabila ia sendiri gagal untuk menjunjung kebenaran dan keadilan seperti yang dituntut oleh ajaran Islam sendiri!

10 ulasan:
when cross line of fire, you will be shot.The order is so simple....
Aku dr dulu lg menganggap Bank Islam ni bank yang tak islamik. Dah la mementingkan penjawat awam saje. Punya menyampah kat Bank Islam ni, keluar duit pun x guna mesin atm BI. Bersepah lg bank yang Islamik konsep
Islam .... adil.
Buang perkataan Islam tu dari namanya dan tukar jadi BANK MELAYU. Nak tukar ke Bank Bumiputra? ... tak boleh lagi sebab dah dimufliskan oleh puak UMNO dengan pinjaman tak perlu bayar? Bumiputra dah dijual kepada anak Najib.
Bila dah tukar jadi Bank Melayu, bolehlah kita jual Bank Melayu pulak? Kan dah banyak tanah simpanan Melayu kita jualkan? .... Akhir sekali, kita jual "TANAH MELAYU" yang bentuknya macam ubi tu ???????? Lepas tu kita tukar nama "Tanah Melayu" kepada "Tanah Mamak" ?????
Yg terbaek sume akn ke PR...yg tinggl kaki ampu..otak bonsai untk umno bn
Lain kali kalau tak suka dengar pendapatan tukar nama Bank Islam kepada Bank Yahudi kerana sikap tak mahu dengar cakap sama macam Yahudi laknatullah dan memalukan umat Islam sahaja. Mulai sekarang kita tukar nama Bank Islam kepada Bank Yahudi jangan panggil dia Bank Islam lagi.
Jangan pandai guna perkatan islam tapi tak praktikkan.. Baru cadang nak buat loan... CANCEL...

Inilah akibat yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Malaysia yang bercakap dalam situasi "kebebasan bersuara" dalam negara "demokrasi", kononnya.
Teringat kisah Bank Islam Cyberjaya (CBD Perdana), saya dtg dgn ibu nak bukan akaun pencen mak, setelah disuruh isi beberapa borang, dan tidak semmpat ambik cap jari tetiba pegawai yg sdg berurussan dng kami beritahu tak boleh proceed buka akaun utk mak krn saya tak ada cukup dokumen utk sahkan wanita tua berusia 78 tahun itu ibu saya.
Mmg ibu saya tidaklah pakai cantik2, org tua lah katakan, simple mcm org kampung lah sebab asal dr kampung pun.
Konon tak cukup dokumen saya bawa (surat pencen wakil diri), dan paling geram stelah hampir sejam baru nak kata tak boleh proses.
Aku harap bank ni akan tutup tak lama lagi sebab sombong & bongkak.
So much for bank "ISLAM"
amboiiiiiii..meriah bebenor korg yaaaaaaaaaa !!!
Catat Ulasan