25 Jun 2012

Sembunyi Tarikh Pilihan Raya, Rakyat Tidak Sabar ‘Kapankan’ Umno-BN

Umno-BN seharusnya gentar dengan perkembangan terkini di mana sokongan terhadap parti itu semakin berkurangan dengan rakyat menunjukkan tanda jelas inginkan perubahan dalam tampok pemerintahan negara.

Pesuruhjaya PAS Selangor merangkap Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman berkata, rakyat ketika ini sedar mereka tidak boleh lagi bergantung harap kepada Umno-BN yang selama mentadbir negara melakukan pelbagai salah laku dan penyelewengan termasuk rasuah.

Malah, perubahan positif dengan sokongan berpindah kepada Pakatan Rakyat (PR) sejak akhir-akhir ini jelas menghadirkan gerun kepada pucuk pimpinan negara yang terus merahsiakan tarikh Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Beliau berkata, amalan itu jauh berbeza di negara-negara lain di mana rakyat sudah mengetahui bila pilihan raya akan diadakan di negara mereka.

Malah tambahnya, rakyat tanpa mengira bangsa dan agama yang sudah mula bosan terhadap Umno-BN juga menunggu pilihan raya akan datang bagi menamatkan penguasaan mereka tidak terkecuali penyokongnya sendiri.

“Di Kuwait bila tarikh pilihan raya dah tau, di Kenya pilihan raya lagi dua tahun dah tau bila tapi di Malaysia tidak tahu bila pilihan rayanya.

“Doktore (doktor) YB, kapan (bila) pilihan raya…..Kenapa tanya?…..Sebab aku nak ‘kapankan’ (kebumikan) Umno ni,” katanya dalam ceramah umum Pengundi Hantu Di Rumah Anda di Teluk Panglima Garang di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi.

Dr Abdul Rani berkata, menyedari perkara itu pelbagai tohmahan dilakukan Umno-BN termasuk usaha pakatan pembangkang yang didakwa menggunakan rakyat menerusi perhimpunan Bersih 3.0 untuk menjatuhkan kerajaan.

Namun katanya, perkara itu gagal dibuktikan malah dipersoalkan masyarakat antarabangsa yang melihat insiden sebenar menerusi siaran media.

“Orang Mesir dan Arab Saudi tanya saya yang duduk ramai-ramai tu orang jahat atau baik, penjenayah atau apa. Kalau mereka penjenayah mestilah bawa senapang, kayu, bom atau yang lain. Ini tiada apa cuma bawa air mineral dan garam. Sebab itu bila di Parlimen ketika perkara ini ditanya, menteri sendiri tidak boleh jawab,” katanya.

Menurutnya, selepas perhimpunan Bersih 3.0 dan Himpunan Hijau anjuran PAS di Kedah yang begitu berjaya meraih sokongan rakyat, Umno-BN semakin mengelabah bagi menentukan tarikh pilihan raya.

Katanya, pemimpin Umno-BN sendiri mengakui perkara itu dan memberi reaksi negatif terhadap parti mereka.

“Saya pegang kata-kata Dr Khir Toyo dan Tun Dr Ling Leong Sik yang mengatakan jangan mimpi nak ambil balik Selangor. Dr Mahathir sendiri kata “Umno is rotten to the core”. Dah rosak, dah punah dan dah busuk,” katanya lagi. -selangorku

3 ulasan:

eddikl berkata...

kena tunggu saja

Tanpa Nama berkata...

Selepas kapan, kita kuburkan dan talqinkan umporno-bn.

Tiada yg kekal di dunia ini.

Kau sembunyikan tarikh pru. Allah sembunyikan tarikh matinya umporno-bn.

Tanpa Nama berkata...

Menunjukkan takut yang amat sangat.