5 Mei 2012

NGO Tolak Panel Bebas Siasat Bersih 3.0

Orang ramai memberi pelbagai pendapat mengenai penubuhan panel bebas bagi menyiasat keganasan Bersih 3.0, Sabtu lalu.

Mereka berkata, panel tersebut hanya kosmetik dan tidak boleh menyelesaikan keganasan tersebut.

NGO Jingga 13 menolak panel bebas itu dengan alasan ia tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa pihak yang melakukan kesalahan dalam perhimpunan Bersih 3.0.

“Suruhanjaya diraja lebih baik kerana mempunyai kuasa mendakwa mereka yang terlibat dengan keganasanan dalam Bersih 3.0.

“Kita rasa panel bebas ini tidak lebih dari kosmetik sahaja sedangkan pelaku masih bebas,”
kata Koordinatornya, Faris Musa.

Penganalisis politik tempatan, Prof Datuk Zainal Kling berpandangan semua pihak perlu dibenarkan menyertai panel bebas tersebut untuk memastikan keberkesanannya.

“Semua orang kena masuk…pihak keselamatan, hakim, pembangkang dan sesiapa sahaja yang mempunyai bukti.

“Biar siasatan itu lengkap, sebelum pihak peguam negara membuat tindakan lanjut,” kata beliau.’

Bagaimanapun, Zainal berkata, penubuhan panel bebas itu menunjukkan kerajaan seolah-olah tidak mempercayai mempercayai tugas agensi keselamatan mereka.

NGO Jingga 13 pula menolak panel bebas itu dengan alasan ia tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa pihak yang melakukan kesalahan dalam perhimpunan Bersih 3.0.

Kordinatornya, Faris Musa berkata, cara terbaik ialah dengan menubuhkan suruhanjaya diraja kerana mempunyai kuasa yang lebih berbanding panel bebas.

Kosmetik

“Kita rasa panel bebas ini tidak lebih dari kosmetik sahaja sedangkan pelaku masih bebas,” tambahnya.

Menurutnya, kes Bersih 3.0 ini perlu ditangani secara bijaksana supaya pelaku keganasan tidak terlepas dari undang-undang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan penubuhan panel bebas itu bagi menyiasat keganasan Bersih 3 di ibu negara Sabtu lalu.

Beliau memberi jaminan panel itu membuat siasatan secara bebas dan adil.

Dalam perhimpunan Bersih 3.0 itu berlaku kekecohan apabila orang ramai menyerbu Dataran Merdeka yang menyebabkan polis menyembur gas pemedih mata dan menangkap mereka yang terbabit.

Kedua-dua pihak saling tuduh menuduh yang mendakwa masing-masing menjadi punca keganasan tersebut. -FMT

Tiada ulasan: