21 Dis 2012

Robert Phang Saman Musa Hassan RM100 Juta Untuk Bersihkan Menteri KDN & KPN?

Musa Hassan berhadapan saman RM100j kerana menfitnah

KUALA LUMPUR, 20 Dis — Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan mempunyai tempoh seminggu untuk menjawab surat tuntutan daripada dermawan Tan Sri Robert Phang atau berdepan saman fitnah RM100 juta.

Phang menuduh bekas pemimpin tertinggi pasukan polis tersebut telah menjatuhkan reputasinya semasa memegang jawatan panel jawatankuasa penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya sudah menghantar surat tuntutan RM100 juta kepada Musa Hassan dan beliau telah menerimanya. Ditandatangani beliau sendiri," beritahu pengerusi Social Care Foundation kepada wartawan hari ini.

Tokoh terkenal tersebut berkata Musa telah mencalarkan imejnya dengan menuduh beliau menyalahguna kuasa untuk memindahkan seorang pegawai polis lama bertujuan mempercepatkan projek yang dikatakan mempunyai kepentingan dengannya.

Beliau berkata Musa mempunyai tujuh hari untuk membalas, jika gagal beliau akan menfailkan tindakan undang-undang ke Mahkamah.

Musa menjadi perhatian umum kebelakangan ini kerana pendedahan terhadap penyalahgunaan kuasa di dalam badan polis, menuduh Phang mengarahkan seorang pegawai polis senior dengan berkata: "(Phang) mengugut pegawai tersebut, jika tidak meluluskan (projek tersebut), beliau akan dipindahkan dalam masa 24 jam."

"Jika seseorang rakyat biasa boleh mengugut anggota polis, beliau mesti mempunyai kuasa dalam polis.".

Projek pada tahun 2009 yang didakwa untuk meningkatkan sistem komunikasi analog yang digunakan PDRM kepada sistem digital Motorola, menurut Musa bernilai jutaan ringgit.

Beliau berkata pegawai yang dipindahkan itu adalah pakar dalam bidang komunikasi, yang jawatannya "lebih tinggi" dari Penolong Ketua Polis (ACP), seorang datuk dan masih lagi anggota polis.

Apabila membuat dakwaan tersebut, Musa mengatakan beliau cuma mahu mendedahkan penyalahgunaan kuasa itu setelah Phang mendakwa bekas KPN tersebut bersekongkol dengan sindiket jenayah.

"Saya tidak mahu malukan sesiapa, tetapi orang yang memalukan saya, tetapi ini bukan balas dendam," katanya lagi.

Tetapi Phang berkata, berdasarkan penghakiman oleh Hakim Supang Lian di Mahkamah Kota Kinabalu semasa perbicaraan Datuk Ramli Yusuff, hakim itu berkata menurut Phang, Musa adalah seorang yang tidak boleh dipercayai.

"Kalau mahkamah pun dulu kata macam tu, saya nak kata apa lagi?" kata Phang pula.

Menurut Phang, seorang lagi bekas KPN, Tun Haniff Omar, juga sudah menjawab dan menafikan tuduhan Musa bahawa Phang merupakan penasihat beliau.

Ulasan GB

Seperti terlalu ketara, saman RM100 juta oleh Tan Sri Robert Phang terhadap Musa Hassan sebagai usahanya untuk "membersihkan" nama menteri KDN dan KPN terhadap perbuatan salahlaku mereka.

Musa sebelum ini telah mendedahkan bahawa beberapa pegawai polis di Bukit Aman telah dipindahkan apabila tidak memberi kelulusan untuk projek pembekalan alat komunikasi mudah alih yang gagal bernilai RM1 bilion sekitar penghujung tahun 2008.

Beliau turut mendedahkan bahawa Phang menjadi juru runding di dalam projek dan bertindak sebagai orang tengah di antara pihak polis dan syarikat telekomunikasi tersebut.

Musa juga mendakwa bahawa Phang mengugut untuk memindahkan pasukan teknikal polis dalam usaha mendapatkan kelulusan dan Phang juga menawarkan dirinya sebagai penasihat tetapi tawaran itu ditolak.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dengan menyaman rakyat dapat tahu siapa betul dan siapa salah.

Tanpa Nama berkata...

tak usah layan le mamat 2 ekor ni sekor penyamun sekor penyanyak dah kena dah penyamun jumpa penyanyak

Tanpa Nama berkata...

For those who speak the truth, should be help by what ever mean , even from Malays or opposition or anybody seeking for justice. We need this info.

belalang berkata...

InsyaAllah jika Pakatan Rakyat berjaya diPutrajaya mcm2 kes yg mcm misteri akan boleh ditimbulkan dan diadilkan secara telus tanpa campurtangan oleh `kuasa eksekutif` (skrg ni dipegangkan oleh umno bn), kuasa penghakiman telah diikatkan tangan nya kebelakang dimasa mahadir lagi.. sbb tu banyaknya keputusan mahkamah mcm telah ditunjukkan oleh `kuasa dibelakangnya`

Tanpa Nama berkata...

soalannya sekarang.
jika musa tu masih igp.
beranikah phang saman?
moralnya...