21 Dis 2012

Nizar Minta Zambry Jelaskan Kes Sebuah Syarikat Perolehi Tanah 606 Ekar

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin memohon penjelasan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Kadir berhubung pemberian 606 ekar tanah di Hutan Simpang Belukar Semang, Pengkalan Hulu, Gerik.

"Saya hendak tanya kenapa diberikan kepada satu orang, walaupun satu syarikat 202 hektar tapi (ketiga-tiga) syarikat itu beralamat yang sama dan mempunyai satu pengarah yang sama," katanya ketika berbahas dalam persidangan Dun Perak.

Adun Pasir Panjang itu mempersoalkan kenapa diberikan kepada tiga syarikat yang dimiliki oleh seorang individu itu.

"Inilah syarikat yang bukan Bumiputera tetapi dinyatakan oleh Umno Hidup Melayu, Hidup Melayu.

"Mana pergi Melayu hari ini? Ini satu penganiayaan kepada Melayu kerana diberikan kepada syarikat bukan Melayu untuk menguruskan tukul besi ini," tegasnya lagi.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu memohon Dr Zambry menjelaskan kenapa tidak diberikan kepada syarikat bumiputera yang majoriti orang Melayu tinggal di situ.

Beliau ingin mengetahui apakah keistimewaan individu terbabit sehingga mudah mendapat tanah dalam jumlah yang sangat besar itu. -HD

7 ulasan:

zamberi kadur berkata...

bukan xmau beri peluang pada bumiputra yg ada. mmg nak bagi. cuma komisyen yg ditawarkan tu rendah sgt la banding dgn yg satu ni. pasal tu la dia dapat. pandai niaga. kene la ader win-win jugak. yg penting masyukkk. hahaha hidup melayu! 30X

Tanpa Nama berkata...

Ala yb nizar xphm2 lg ke...atau sj kacau periuk nasi org..sabo je yb kite tggu pru13nti..biar dia kyg cukup2..

Tanpa Nama berkata...

kalau diberi utk bekas2 tentera yg tak ada tanah kan lebih baik daripada diberi pd sykt besar2... jwb zambry jwb.... nanti berjawab pula di akhirat

Tanpa Nama berkata...

TENTERA HANYA DIPERGUNAKAN UNTUK UNDI POS, BUKAN UNTUK KEBAJIKAN DAN DIBERI TANAH?

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH NIZAR, PUTRAJAYA MAKIN DEKAT, INSYAALLAH

Tanpa Nama berkata...

Khabarnya masa perjanjian damai dengan PKM, mereka diberi tanah oleh kerajaan BN?

Tanpa Nama berkata...

Isu tanah di Kelantan, TGNA sudah menjawabnya dengan penuh berhemah malah akan menyaman pihak yang membuat fitnah. Alhamdulillah, dan rakyat telah faham duduk perkara sebenar.

Sekarang tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh semua rakyat termasuk pisaunet dan utusan meloya, apakah jawapan yang akan diberi oleh datuk zamberi MBH Perak tentang isu ini. Dan beranikah zamberi MBH ini menyaman Nizar berhubung isu tanah terbabit.

Kita tungguuuuu!!