21 Dis 2012

Hello Mohd Zin, UMNO BN Selangor Perlu Dihukum Dengan Lebih Berat Pada PRU13 Nanti!

Jangan ungkit isu lampau, rakyat dah hukum kami' Penyelaras BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed menggesa DAP agar tidak mengungkit isu-isu lampau berkaitan pentadbiran BN di Selangor sebelum tahun 2008.

"Mengapa (DAP) perlu mengungkit semua isu ini? Segala yang silap berlaku sebelum 2008.

"Kami (BN) berhadapan pelbagai isu dan ya, rakyat telah menghukum kami pada tahun 2008, PM juga telah mengaku silap dan kami juga mengaku kelemahan dan memohon maaf," katanya.

Mohd Zin menegaskan demikian sewaktu diminta mengulas dakwaan-dakwaan DAP berhubung pemilikan 24 keping tanah oleh BN yang didakwa dibeli secara murah sewaktu BN mentadbir Selangor.

Menurutnya, beliau yakin dakwaan-dakwaan itu tidak lebih daripada bersifat putar belit politik dan ia tidak sama sekali akan mengganggu tumpuan BN dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Tak ada mengganggu dan kita menghadapi pelbagai isu dan halangan dan kita tahu itu satu putar belit politik yang dilakukan pihak DAP," katanya lagi.

Zin sebaliknya mencabar kerajaan Selangor agar telus dan berani tampil ke hadapan menjelaskan kemampuan mereka mengumpul rizab tunai negeri sebanyak RM2 bilion.

"Hari ini kita minta secara telus - secara kompeten, akauntabel,dan telus - supaya mereka berikan kita dokumen berkenaan apa yang mereka sebut mereka telah berjaya mengumpulkan hasil Selangor sebanyak RM2 bilion.

"Kita mahu tahu keluar masuk (duit) dan kita mahu dokumen ini untuk kita berikan kepada akauntan untuk dianalisa secara perakauanan forensik.

"Sama ada hasil pungutan cukai dengan menaikkan kadar bayaran taksiran menyumbang kepada kumpulan wang disatukan, atau pun dengan pelupusan aset?" tanya beliau.

Menurutnya, tumpuan sekarang ini perlu diberikan kepada usaha membina negara dan beliau berharap rakyat akan memberi BN peluang untuk kembali mentadbir Selangor. -mk

Ulasan GB

Permintaan Mohd Zin supaya jangan diungkit isu lampau sekaligus mengesahkan bahawa beliau mengakui hal tersebut adalah BENAR.

Memang UMNO BN Selangor telah dihukum oleh rakyat pada tahun 2008. TETAPI ketika itu rakyat belum tahu kes pemilikan 24 keping tanah oleh BN yang dibeli secara murah sewaktu BN mentadbir Selangor.

Kini kekotoran pemerintahan UMNO BN terus terbongkar, dan adalah wajar rakyat menghukum UMNO BN Selangor sekali lagi dengan pukulan KO supaya ia tidak bangkit-bangkit lagi.

15 ulasan:

i luv islam berkata...

kejahatan akan terburai jugak...kuasa ALLAH maha pencipta,maha agung...itu yg IMNO lupa...

Tanpa Nama berkata...

jangan ungkit.
hadi awang punya cerita
lama boleh ungkit.
anwar punya cerita
lama boleh ungkit.
mohd. zin dengan 24
keping tanah jangan ungkit.
kalau boleh cerita bunuh
altantuya jangan ungkit.
mat zin... mat zin...
dia ingat rakyat malaysia
tahap banggang macam dia...

Tanpa Nama berkata...

Lupakan kekayaan dulu sebab sudah kalah pru12, tapi bagi can lah memang pru13 dapatbuat kekayyaaan lagi. Yahoo!

Itulah tahap pemikiran budk budak ngok yang jelas dipertunjukkan pada muka mereka.

Tanpa Nama berkata...

penjara kan mamat kalau dia buat salah seleweng harta rakyat .jgn dgr cakap mamat nee pembelit mcm ular nee

Tanpa Nama berkata...

bodohnya la wakil rakyat umno ni....nk bukti konon cmne nk dpt rm2 bilion tu lps tu dh menang tu pun klau menang kat slgor. depa leh rembat lg....bodoh tahap lembu ngokk

Tanpa Nama berkata...

Pulangkan segala2 harta yg diambil dan letak jawatan kalau dah salah. Kelentong pandai

Tanpa Nama berkata...

Perlu diungkit kerana dulu kini dan selamanya begitulah tatacara mereka mentadbir Selangor.Yang 4 bulan tu bukan hukuman itu baru penilaian.

Tanpa Nama berkata...

Zain..zain..awat hang tak reti2. Rakyat tak susah hati kalau kantung negeri lebih. Yang rakyat tak mau dibodohkan ialah kantung negeri makin susut dibedal penyamun songkok tinggi.

Tanpa Nama berkata...

kau ingat kau dah sapu hak rakyat kau boleh kata lupakan begitu sahaja.ingat!!!sampai mati rakyat akan ingat penyelewengan yg umno dibuat..faham!!!

Tanpa Nama berkata...

Klu xnk ungkit pulngkn sume harta rompakn korg tu..ye en zin...ada brani ke,sbenarnye korg takut d hukum,ni bru hukum ckit..pasni pr mnng federal bru hukumn d jlnkn ..penjara n rmpas harta korng..

jackal03 berkata...

Kalau dh silap xreti2 nk perbaiki kesilapan tu bangang nama dia

Tanpa Nama berkata...

bagi pakatan rakyat memerintah utk lima tahun kita bersihkan kerajaan umno bn yang bayak merompak menyamun harta rakyat masukan mereka dalam hemestay disungai buloh sita harta benda mereka kembalikan kepada rakyat baru adil , rakyat lega aman damai.

Tanpa Nama berkata...

tidak cukup dengan hukum selangor, putrajaya juga patut dihukum PRU13

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Gunakan hukum hudud apabila pr memerintah negara pasttikan tiada yang tertinggal, khususnya perompak penyamun yang berlagak baik...

Tanpa Nama berkata...

Itu baru rakyat menghukum belum lagi Allah yang menghukum…