Jakarta: Majlis Ulama Indonesia (MUI) sukar menentukan status halal bakso di pasaran negara itu kerana urusan jual beli daging di pasar terdedah kepada percampuran daging lembu dan babi.
Ketua Hariannya, Maruf Amin, berkata kemungkinan itu berlaku kerana tidak semua pasar menyediakan lot khas yang memisahkan daging halal dan haram.
“Kami sukar menentukan status halal itu kerana aliran proses daging lembu tidak dikawal.
“Peralatan digunakan peniaga juga tidak boleh dipastikan sama ada benar-benar terpisah atau tidak,” katanya.
Turut menjadi pertimbangan, kata Maruf, adalah mesin pengisar yang digunakan untuk semua jenis daging.
“Keadaan itu menyebabkan ada kemungkinan berlaku percampuran antara daging lembu dan babi,” katanya. Menurut Maruf, isu percampuran daging lembu dan babi memang merugikan peniaga.
Bagaimanapun, katanya, tanggungjawab memisahkan jual beli daging halal dan haram di pasar terletak pada pihak berkuasa tempatan.
Justeru, kata Maruf, pihak berkenaan sepatutnya mengambil langkah sewajarnya bagi mengatasi isu berkenaan.
“MUI tidak ada kuasa mengatur urusan jual beli daging di pasar,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Lembaga Penyelidikan Makanan, Ubat-ubatan dan Kosmetik MUI, Lukmanul Hakim, berkata daripada kira-kira 50,000 produk bakso, hanya 100 mendapat sijil halal daripada badan itu. Katanya, sijil dikeluarkan selepas seluruh proses pengeluaran berkenaan diselidik.
Menurut Lukmanul Hakim, banyak yang tidak lulus kerana diberi makanan yang mungkin terdedah kepada percampuran daging lembu dan babi.
“Daging babi juga direndam dengan darah lembu bagi mengurangkan warna pucat, sekali gus menjadikan ia kelihatan seperti daging lembu,” katanya. – Kompas
8 ulasan:
“Daging babi juga direndam dengan darah lembu bagi mengurangkan warna pucat, sekali gus menjadikan ia kelihatan seperti daging lembu,” katanya. – Kompas
Sebaiknya jangan di makan Bakso atau apa apa makanan di tempat yang kita was was halal haram nya.
Subhanallah...Nak makan bakso, buat sendiri, masak sendiri lagi sedap dan selamat.
http://sihatlindungselamat.blogspot.com
BILA MESIA DITAKLUKI BAKSO HAHAHA ! ABU JANGAN LUPA !
hanya bakso di indon. di malaysia bebola daging dikeluarkan oleh kilang2 milik orang Islam.
Jalan yang terbaik ialah Jabatan Agama Islam negeri dan kebangsaan hendaklah mengambil langkah berkesan berkenaan soal halal haram makanan. Kalau nak menjadi pusat hub halal dunia mestilah ada prosedur2 yang perlu diikuti oleh setiap peniaga dan pengeluar makanan. Sijil halal mesti benar-benar dipatuhi. Bolehkah kita menahan keinginan makan individu setakat memberi amaran? Kalau Indonesia dah tak mampu mengawal halal haram makanan rakyatnya Malaysia janganlah ikut sama lemah seperti mereka. Kita mesti pertahan hak kita. Kalau soal makan pun dah tak boleh, yang lain macam mana.
Sekurang- kurangnya MUI ada kessunguhan untuk memastikan keadaan barangan makanan berada dalam keadaan Halal. Tapi JAKIM pula kerja dia duduk dan makan gaji buta tidak pandai ambil alert akan masalah halal haram dalam makanan. ini bezanya antara MUI kurang terdedah dengan amalan rasuah dengan JAKIM yang selalu terdedah dengan amalan rasuah dan saya yakin sebahagian company mendapat logo HALAL JAKIM mungkin memperolehinya dari amalan rasuah.
Boikot mcd dan kfc skali. Itu yahudi israel punya. Stiap 50 sen duit anda sumbangkan untuk mbeli kfc dan mcd akan didermakan kpd peluru israel untuk membantai warga palestin.
Buat sendiri. Tak tau, cari kat internet.
Masak dgn senyum, kasih sayang & zikir2 . Lihat lah kesannya.
Kesilapan dulu2 makan ntah kat mana2, ntah apa2, kita tobat la, bnyakkan puasa sunat, sedekah. InsyaAllah bersinar semula iman, suka & gemar perkara2 yg Allah suka aje & benci yang tolak Islam.
Catat Ulasan