10 Dis 2012

Lagi Kes Wanita Indonesia Dakwa Dirogol Polis, Kali Ini Dalam Kereta Peronda

Bukit Mertajam: Polis Pulau Pinang hari ini menyanggah laporan seorang wanita Indonesia yang mendakwa dirogol dua anggota polis di Taman Limau Manis, Bukit Tengah, semalam. Gambar hiasan

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata pemeriksaan perubatan dan siasatan awal mendapati wanita berusia 26 tahun itu bukan sahaja tidak dirogol dan dipukul, bahkan tiada anggota polis yang digambarkannya bertugas pada waktu kejadian.

“Saya menafikan kejadian itu dan ini adalah satu tohmahan kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutama kepada anggota saya di Pulau Pinang,” katanya kepada Bernama, di sini.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini yang antara lain menyatakan seorang wanita Indonesia mendakwa dirogol dan dipukul dua anggota polis peronda dalam kejadian pukul 12.30 tengah malam itu.

Wanita itu mendakwa teksi yang dinaikinya ditahan sebuah kereta peronda polis dan dia ditahan kerana hanya membawa salinan pasport. Dakwanya lagi, dia turut dipukul sehingga pengsan selama dua jam.

Dia kemudian membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik swasta di Bayan lepas dan memaklumkan dirogol serta dipukul kepada doktor di klinik tersebut sebelum kesnya dirujuk kepada polis.

Mengulas lanjut, Abdul Rahim berkata siasatan lanjut terhadap wanita berkenaan juga mendapati banyak keraguan dalam keterangannya.

“Semalam kita bawa dia ke tempat-tempat yang didakwanya berlaku kejadian terbabit dan mendapati beberapa dakwaan dia menimbulkan keraguan dan tidak sama dengan dakwaan awal.

“Wanita itu juga memberi keterangan yang meragukan termasuklah lokasi dia dirogol kerana lokasi berkenaan didapati berada di kawasan tumpuan orang ramai dan kawasan itu juga dikawal oleh pasukan Skim Rondaan Sukarela sepanjang masa,” katanya.

Selain itu katanya, polis turut membuat pemeriksaan terhadap anggota peronda polis yang bertugas pada waktu kejadian dan mendapati tiada yang menepati gambaran yang diberi wanita tersebut selain dia juga gagal mengenal pasti siapa yang merogolnya.

Menurut Abdul Rahim, hasil siasatan juga mendapati wanita itu bekerja sebagai pelayan pelanggan di sebuah premis hiburan di Seberang Jaya, bukan pekerja kilang seperti yang didakwa.

“Setakat ini kita dapati wanita berkenaan sengaja mereka-reka cerita kononnya dia dirogol oleh dua anggota polis, bagaimanapun polis tetap menjalankan siasatan dari pelbagai aspek.

“Polis juga tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan terhadap wanita itu jika dia didapati sengaja mereka cerita dan membuat tohmahan kepada polis,” katanya

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak masuk akal seorang wanita suka2 dakwa dia dirogol.Kejadian didakwa berlaku tengah malam dan wanita tersebut berada dalam ketakutan.Jadi adalah munasabah dia tak boleh cam tempat kejadian rogol berlaku.Yang lawaknya, adakah seorang wanita asing boleh kenal dengan perogolnya?

Tanpa Nama berkata...

Perempuan tu pun silap sepatutnya dia camkan nombor pendaftaran kereta peronda terbabit barulah polis tak boleh nak kelentong lagi.

Tanpa Nama berkata...

Jawapan Dari ke tua polis pulau Pinang mungkin ada kebenaranya. Tak usah di Malaysia, hatta di Indonesia sendiri byk cerita2 yg tak lojik di beritakan di akhbar mereka yg kemudianya di sangkal oleh pihak yg berkatan Dan beruotoriti. Jangan semudahnya menerima berita Dari mereka ini. Tanyalah mereka2 yg ada bibik, macam2 cerita yg tak masuk akal kluar Dari puak2 ni. Apa2 pun syabas kepada ketua polis pulau pinang Kerana cepat membuat siasatan Dan terus menyiasat.

Tanpa Nama berkata...

Untuk kes rogol ini memang mencuriga memandangkan tiada saksi. Namun kes rogol yang pertama memang jelas dan bersaksi. Walaubagaimanapun polis kena jaga imej dia yang sudah rosak akibat daripada insiden kes rogol pertama.

Tanpa Nama berkata...

begitu cepat polis kata ia adalah tohmahan sedang belum ada lagi kawad cam dilakukan oleh wanita tersebut...

bukankah penafian polis berkenaan bakal menyemarakkan lagi kemarahan rakyat di Indonesia terhadap polis Malaysia?

Tanpa Nama berkata...

Penang.... Teringat Nasi Kandar dan Assam Laksa, memang sedap siang malam pagi pun sedap.

Tanpa Nama berkata...

Setuju dgn anon 9:43pm.

Tanpa Nama berkata...

masuk akal ka seorang wanita warga asing tanpa motif suka-suka dakwa polis rogol dia? untuk apa? nak rasa pengalaman masuk mahkamah?

Arwah adik Aminul Rashid,
Polis dah bunuh dia. Tetiba keluar cerita ada parang dalam bonet kereta dia.

Seorang peserta India PLKN Pasir Salak, mati.
Pengurusan cakap dia degil mandi di tasik yang dilarang.
Parent dia tak puas hati, buat post mortem, ada banyak kesan tikaman di badan. Najib datang hulur RM 100,000. Kes tutup

Uncle seeker condemn sultan.
Polis tahan reman, tetiba dakwa dia ambil dadah.

Anuar dituduh liwat,
bila bicara tak bersalah,
dipenjara juga atas tuduhan salah guna kuasa.

Teo Beng Hock mati dalam siasatan SPRM. dia dituduh bunuh diri. Kalau nak bunuh diri buat apa gi pejabat SPRM. Terjun laut jer la.

Tolonglah UMNO, tipulah kami dengan cereka genius.
Otakku tak mampu untuk menghadam auta moron.

Bombo berkata...

ketua polis tak munkin tak pandai keluar isu kenyataan,utk puaskan mana2 pihak,ni tiba2 kata yg tak masuk akal,kalau dia tak pandai kenapa dia jd ketua,always buat homework OCPD,jgn memalukan polis

Tanpa Nama berkata...

Polis tak boeh dipercayai dah selagi bawah perintah BN. Siapakah yg terang2 membelasah peserta2 Bersih? Siang hari dan beratus ribu biji mata menontonnya pun polis sanggup membelasah rakyat yg tidak bersenjata, inikan pula ditempat yg tersembunyi? Polis2 tak ingatkah lebamnya mata DS Anwar, matinya Kugen dlm tahanan polis, terbunuhnya adik Aminurrasyid dan yg terkini, polis tak bacakah pengakuan bekas KPN iaitu Musa Hassan. Sudahlah, polis sekarang ini diibaratkan seperti seorang gembala dengan serigala. Tolong ingat, doa orang yg dizalimi tidak ada hijab disisi Allah.

Tanpa Nama berkata...

Steadylah 6.09pm. Mudah2an anda jadi peguam dan dapat tolong orang2 yg bakal teraniaya.

wau78 berkata...

Anon 943, Anon 609, Memang tak masuk akal jika wanita tu angkau berdua ! Adalah menjadi masuk akal jika difikirkan bahawa Malaysia ni negara rezeki, negara serba boleh so orang boleh buat apa sahaja untuk tarik perhatian untuk dapatkan tempat dsb. Sanggup gadai kampung halaman semata-mata untuk ke Malaysia !

warung KL berkata...

Siasat la dulu baru jatuh hukum ! Kalau pun ia benar, ia hanya kes terpencil sahaja namun salah tetap salah, hakikatnya ia bukan gambaran keseluruhan PDRM !

Tanpa Nama berkata...

hal dgn wanita indon memang kena hati2 bila kita nak bela dia. Yg salah tetap salah, kita kena betul2siasat kes ini, ada kala ada yg ambil kesempatan aje nak naikan imosi kita marah pada polis.