Beri dan terima rasuah balasannya neraka, Pengarah SPRM
SHAH ALAM - Amalan rasuah bukan hanya boleh meruntuhkan kerukunan dan ketamadunan sesebuah negara, namun jika berbalik kepada agama Islam, harus diingat bahawa sesiapa yang terlibat dengan perbuatan ini, nerakalah tempatnya, kata Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Latifah Md Yatim.
Lantaran itu kata beliau, SPRM boleh dianggap sebagai agensi yang dipertanggungjawabkan untuk membanteras kegiatan yang menyalahi undang-undang, namun pada masa yang sama mencegah umat manusia daripada melanggar lunas Islam sehingga boleh membawa kepada pembalasan maha dahsyat di akhirat kelak.
"Jangan ambil jangan terima. Tugas SPRM atau 'glamor' orang panggil MACC, ia menahan manusia daripada masuk neraka.
"Kita tahu memberi rasuah menerima rasuah tempatnya di neraka," kata beliau ketika menyampaikan ucapan pada majlis persinggahan Konvoi Kelab Avanza bersama SPRM Kuala Lumpur dalam kempen mencegah rasuah, di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.
Latifah turut serta dalam konvoi berkenaan yang disertai kira-kira 120 ahli kelab bermotor itu.
Menurut Latifah, SPRM sentiasa komited dalam memastikan amalan rasuah tidak menjadi satu budaya di Malaysia.
Justeru, beliau berterima kasih kepada Kumpulan Media Karangkraf menerusi Sinar Harian yang terus-menerus memberi liputan meluas usaha sama SPRM dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) menggerakkan kempen pencegahan rasuah.
Tambah beliau, tanpa peranan media, minda masyarakat mungkin masih terkongkong dengan ideologi bahawa menerima sesuatu pemberian atas dasar kepentingan tertentu bukanlah perbuatan rasuah dan tidak menjadi suatu kesalahan.
"Percayalah sekiranya tidak ada mesej ini disampaikan melalui media elektronik atau media cetak, masyarakat masih menganggap rasuah itu sebagai rezeki. Itu masalahnya," kata Latifah.
Paling beliau khuatir, pemberian berupa 'hamper' misalnya terus dianggap masyarakat sebagai rezeki dan tidak menjadi kesalahan di sisi undang-undang mahu pun agama.
"Dalam rasuah ini ia melibatkan dua pihak. Ada yang bagi dan ada yang terima, itu sudah dikira rasuah. Bagi itu kerana apa? Nak dapat projek ke? Nak dapat jawatan ke? Nak dapat undi ke? "Apatah lagi di musim-musim perayaan ini, sudah menjadi budaya, datang dengan 'hamper'. Sesetengah 'hamper' nilainya ribuan ringgit diberi kepada orang-orang yang ada kuasa. Kalau betul nak bagi 'hamper' atau hadiah, beri kepada orang yang memerlukan," selar beliau.
Sementara itu, Penasihat Eksekutif Editorial Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali menyifatkan usaha SPRM dan Northern Avanza Recreational Club sebagai satu usaha murni yang perlu diteruskan demi memberi pendidikan kepada generasi hari ini dan akan datang akan bahaya amalan rasuah.
"Kita selalu percaya kita mesti membersihkan diri kita dan semua rakyat Malaysia daripada rasuah kerana kita sudah lihat negara-negara di dunia ini jatuh kerana rasuah.
"Jadi saya ucap terima kasih dan syabas kepada saudara Zaini dan kawan-kawan beliau dan juga kepada SPRM kerana usaha ini dibuat secara tidak langsung, sambil kita makan kita kempen rasuah, di Karangkraf ini kita ada 30 majalah dan satu surat khabar, kita memang komited untuk memerangi rasuah," katanya ketika menyampaikan ucapan alu-aluan.
Turut serta dalam program tersebut ialah Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Nasir Hamzah. -SH
Ulasan GB
GB i nigin mengulas sedikit kenyataan dari Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan, Datuk Latifah Md Yatim di atas yang berbunyi: "sesiapa yang terlibat dengan perbuatan ini, nerakalah tempatnya".
GB sokong 100% kenyataan itu, tetapi, SPRM jika gagal menahan dan mendakwa pihak yang terlibat dengan rasuah pun neraka juga jawabnya.
Kerana SPRM itu adalah sebuah suruhanjaya yang telah dilantik untuk memebenteras rasuah. Ia satu AMANAH dari rakyat, ia satu tanggungjawab yang besar dan pengarah serta pegawai-pegawai SPRM WAJIB menunaikan amanah itu dengan sebaik-baiknya.
Setiap sen gaji dan elaun yang anda terima setiap bulan, bersamanya ialah tuntutan terhadap amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan yang kelak akan dinilai dan dihisab.
Kegagalan menunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan bererti menanggung dosa besar dan nerakalah juga tempatnya!

7 ulasan:
pung pang pung pang je lebih. kena tangkap ikan bilis. yang lepas ikan jerung makan juta2. sharizat jalil gelak kat hang.
Betul cakap Anonymous.Kalau sekadar tangkap ikan bilis macam inspektor polis, kastam aje, lebih baik tak payah. Musa Aman apa hal, Sharizat dengan lembu-lembunya apa hal,Kal selam scopene apa hal
Memang kita orang biasa yang tak berjawatan tinggi ingat bahawa sesiapa yang terlibat dengan perbuatan ini, nerakalah tempatnya.
Bagaimana orang seperti anda yang dibayar gaji dan diamanahkan untuk menjalan tugas menangkap dan mendakwa jerung tidak menjalankan tanggungjawabnya.
Hebat Pengarah Suruhanjaya SPRM Datuk Latifah Md Yatim,cakap fasal neraka. Cuba cermin balik cara pemakaian tudung kamu tu menurut syarak atau tidak! Kalau tak tau pi tanya ustaz
Neraka, jangan tak masok Neraka.... di highway timur barat musim durian ni, sibuk orang bawak lorry "sedekah" durian di tepi jalan...jangan tak "sedekah" dan si mangkok yang mengangkut durian masok keretanya senyum kambing aje, dapat durian free...."sedekah" jangan tak "sedekah".
Dunya Dunya !
Sepanjang yang saya tahu SPRM akan mendakwa sesudah mendapat arahan daripada pendakwa raya/peguam negara. Maknanya SPRM sendiri tak boleh tangkap dan dakwa seseorang.
anon 8:29
sekalipun kuasa menahan dan mendakwa terletak di bahu peguam negara, pihak SPRM perlu memikul amanah dengan "bertegas" supaya peguam negara melakukan kerjanya dengan mendedahkan butir2 terperinci kes-kes apa yang peguam negara tidak bertindak untuk melakukan pendakwaan.
Pemberi/penerima rasuah dapat neraka hanya utk macai sahaja..tapi terkecuali utk VIP/VVIP..btl x?? Sbb aku tgk pakcik/makcik/datuk/nenek yg pekat ni rasa mcm dia blh hidup 1000thn..hihi.
Tapi sendiri mau ingat,law ini tak digunapakai di akhirat.
Catat Ulasan