10 Dis 2012

Najib Jangan Mimpi Dapat Sokongan India

Fitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap pembangkang ketika menyampaikan ucapan perasmian Perhimpunan Agung MIC semalam menyebabkan beliau bakal hilang sokongan masyarakat India dalam pilihan raya umum akan datang.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, S Manikavasagam berkata, kenyataan Najib yang mahu undi kaum itu sebagai deposit tetap bagi memenangkan Barisan Nasional (BN) menunjukkan begitu terdesaknya beliau.

“Ucapan Najib cukup terdesak.

Apa sahaja yang dicakapnya hanya memburukkan Pakatan Rakyat. Beliau memberitahu kita suka tipu rakyat.

“Masalahnya sekarang, Pakatan belum jadi kerajaan. Bagaimana Najib boleh cakap kita tipu. Siapa yang tipu siapa, kalau bukan BN,” katanya ketika dihubungi.

Beliau mengingatkan Najib supaya tidak terlalu ghairah mengharapkan undi masyarakat India kerana mereka sudah serik penindasan BN.

“Undi masyarakat India bukan deposit tetap BN, tetapi deposit tetap Pakatan. Najib jangan mimpi lagi.

“Masyarakat India sudah terima kami (Pakatan) dari akar umbi. Setiap kali ceramah dan turun padang, mereka penuhi tapak ceramah untuk dengar penerangan,” kata Ahli Parlimen Kapar itu.

Selain menabur janji, Najib juga memburuk-burukkan pembangkang dengan menyatakan satu undi kepada Pakatan bermakna satu undi untuk huru-hara.

“Najib tidak sedar bahawa BN yang menyebabkan masyarakat India masih menggunakan IC merah. Sudah berapa lama BN memerintah, kalau betul mahu bela kami, kenapa tidak selesaikan masalah itu.

“Jangan nak putar belit cakap Pakatan tipu rakyat kerana terdesak mahu undi masyarakat India. Mereka semua sudah tahu nak beza siapa yang menipu rakyat,” ujarnya. -KD

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semua rakyat Malaysia x kira bangsa akan kuburkan UBN pd PRU 13 nnt.. hnya yg bangangg2 sj masih bg undi pd lanun2 moden...

Tanpa Nama berkata...


Kaum India ini juga satu hal. Janganlah ibarat melepaskan anjing tersepit. Macam kisah kanak-kanak sang kerbau yang simpati kepada sang bedal (UMNO boleh ke disamakan dengan sang bedal?) yang dihimpit kayu. Setelah kayu dilepaskan lalu kaki sikerbau itu di baham oleh sang bedal.

Begitulah sesetengah orang India setelah kelibat Pakatan Rakyat pasca PRU-12, menyilaukan UMNO/BN lalu dengan sedikit 'umpan' kaum india kembali lupa siapa kawan dan siapa lawan.

Tertipu dan terbangang jangan sampai berkali-kali.

Kepada kaum india buktikan dengan sikap bahawa pepatah melayu (mungkin melayu UMNO) yang memfrasakan ayat: jumpa ular dan keling ketuk keling dahulu: adalah TIDAK BENAR.

Buktikan bahawa kita yang berbagai kaum ini saling hormat menghormati hak dan budaya masing-masing untuk menjalani kehidupan yang normal dan harmoni di dalam sebuah negara.

Buktikan juga bahawa kita komited dengan pihak yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Amat buruk perangai jika kita hanya memetingkan hak dan keperluan kita sahaja. Kepimpinan Pakatan Rakyat walau belum berkuasa diperingkat persekutuan sedang berusaha merialisaikannya.

UMNO/BN setelah terantuk mula 'membontoti' apa jua hasrat Pakatan Rakyat. Tidak mengapa sebab rakyat juga yang mendapat faedahnya. Namun tidak elok pula jika kita seumpama kacang yang lupakan kulit.

Pertanyaan aku kepada kaum India dan Cina, jika kami orang melayu berada di negara India atau negara Cina, dapatkah kami keistimewaan dan layanan baik seperti kaum anda dapati di sini..? Atau akan adakah 'orang India' atau 'orang Cina' yang sanggup memperjuangkan nasib kami seperti mana yang dilakukan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat? Ataukah rasisme amalan UMNO/BN itu yang akan terserlah, sama seperti nasib Rohingya di Myanmar sana?

Fikir-fikirkanlah
ABU
ABU

Tanpa Nama berkata...

si bahalol sudah jadi korthell.
buat habis beras aje !

Tanpa Nama berkata...

Janji lagi. PM kita yang angkuh dan sombong dengan overconfident buat janji lagi dengan rakyat. Tunai semua janjimu kepada rakyat dulu Najib, Janjimu yang begitu Angkuh dan sombong dengan rakyat.

ayba berkata...

Masa perhimpunan umno minggu lepas, najib menjerit. Sehari lepas tu dia menjerit lagi di perhimpunan ppp. Minggu ni dia menjerit pula di perhimpunan mic. Najib ni tiada kerja lain, asyik menjerit aje.

Rupanya dia menjerit ketakutan. Takut runtuhan umno akan menimpanya.

Tanpa Nama berkata...

Jeritan orang kecewa.

Esmael_Ismail Hosen berkata...

EMMMM.... KAUM INDIA YANG DIKOTOK MENJADI SIMPAAN TETAP UNTUK MEMENANGI PILIHAN RAYA
SEDANGKAN JANJINYA SEMAKIN BERTAMBAH.

TERUTAMA SEBELUM PILIHA RAYA...
APA SEMUA INI