Kerajaan negeri Selangor akan memberi tempoh selama 14 hari kepada Kementerian Pengangkutan, bermula hari ini, untuk menurunkan dua kamera sistem penguatkuasaan automatik (AES) yang dipasang di negeri itu.
Anggota exco Ronnie Liu dalam laporan Nanyang Siang Pau berkata, pihak berkuasa setempat akan "membantu" menanggalkan kamera tersebut sekiranya kementerian gagal berbuat demikian.
Liu semalam dilaporkan berkata, pemasangan dua kamera tersebut di Kajang tidak mendapat kelulusan majlis perbandaran termpatan, seperti ditetapkan undang-undang.
Beliau seterusnya menggesa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Pengangkutan Datuk Ser Kong Cho Ha supaya merujuk Akta Kerajaan Tempatan 1976.
“Kerajaan Selangor (juga mengharamkan pelaksanaan) AES di negeri itu.. kerana sistem berkenaan mengandungi banyak kelemahan," katanya.
Selangor menjadi negeri pertama yang menentang AES dengan alasan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan gagal menjelaskan kelebihan sistem tersebut.
7 ulasan:
bagus sgt tu Kerajaan Selangor dpt mengajarkan perbuatan `kurang ajar`..lps PRU13 rakyat yg akan melempangkan pipi umno/bee end kiri kanan kerana bnyk sgt menyusahkan orang ramai.
kalau tak bukak aku sendiri 'tebang'...kih...kih..kih projek haramjadah.
Gergaji bro ...ha ha ha bosi tu
tahniah kerajaan selangor.mampuskan AES dan JPJ
Rakyat beri tempoh beberapa bulan untuk tanggal BN dari perintah malaysia pada PRU13 nanti
Kami pengundi muda pengguna utama jalanraya di malaysia tolak AES dan BN
BN tengah pening mana nak cari wang? janji nak beri wang dah buat dalam belanjawan...
Catat Ulasan