13 Nov 2012

Niat Nurul Izzah Berdakwah Kepada Bukan Islam


Shah Alam - Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Samad mempertahankan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bersabit kenyataannya dalam isu kebebasan beragama sebagai bertujuan untuk berdakwah kepada bukan Islam di negara ini.

Bagaimanapun menurut Khalid, kenyataan Nurul Izzah itu dijadikan bahan fitnah dan sengaja diputarbelitkan oleh pihak tertentu atas dasar kepentingan politik.

"Dia mengasaskan hujahnya kepada ayat 'La Iqra Haffidin' - tidak ada paksaan dalam agama.

"Forum dianjurkan di sebuah gereja. Maknanya dia pergi, latar belakangnya, hendak berdakwah, berinteraksi dengan masyarakat bukan Islam, nak berdakwah menyatakan kepada orang bukan Islam, jangan takut pada Islam kalau ada pemerintahan yang berasaskan Islam sekali pun, soal kebebasan beragama dijamin dalam Islam. Itu konteksnya.

".... hilangkan ketakutan orang bukan Islam terhadap Islam tapi akhirnya dia ditempelak dengan tuduhan hendak memurtadkan orang," jelas Khalid.

Nurul Izzah pada 3 November lalu dijemput sebagai seorang panelis dalam forum bertajuk Negara Islam: Versi Mana? Tanggungjawab Siapa?

Pada sesi forum itu, Nurul Izzah ditanya "apabila anda bercakap tentang kebebasan beragama, adakah ini termasuk masyarakat Melayu sekali?".

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu kemudian menjawab "bila anda bertanya kepada saya, tiada paksaan dalam agama. Dr Farouk pun telah memetik ayat Quran tersebut. Bagaimana anda boleh menanyakan kepada saya, atau kepada sesiapa pun… Bagaimanakah sesiapa boleh mengatakan, "Maaf, ini hanya untuk orang bukan Melayu".

"Ia mesti diaplikasi secara saksama. Inilah asas," Nurul Izzah dipetik sebagai berkata.

Ulasan GB

Apa yang nyta di dalam isu Nurul Izzah ini ialah: terdedahnya kumpulan jahil ugama dan buta Al-Quran yang terdiri dari kaum pemimpin UMNO dan para pencacainya!

Kerana nak sangat mempolitikkan apa juga isu bertujuan untuk memburukkan pemimpin parti Pakatan Rakyat dengan cara memutarbelitkan ucapan dan kenyataan mereka, tetapi kumpulan berkenaan tidak menyedari membuka kebebalan sendiri tentang "la iqra hafiddiin" - tiada paksaan orang di dalam beragama.

Kalau nak kira murtad, orang UMNOlah yang telah ramai dan telah lama murtad - dengan tak payah isytihar keluar ugama tetapi cukup bersandarkan dengan pegangan mereka yang berjuang di atas dasar kebangsaan (assabiyah).

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Bukan daripada kalangan kami orang yang menyeru kepada Assabiyah, dan bukan daripada kalangan kami orang yang berperang atas dasar Assabiyah, dan bukan daripada kalangan kami orang yang mati kerana Assabiyah” (Hadith Riwayat Abu Daud)

Kedua: Demi bangsa Melayu, UMNO menggunakan "assabiyah", cuba untuk mengubah fakta kebenaran mengikut hawa nafsu mereka demi untuk mempertahankan kuasa yang kini hanya tinggal "nyawa-nyawa ikan".

Namun yakinlah bahawa usaha mereka itu akan sia-sia. Tuhan tidak sekali-kali akan mengizinkan kebatilan dan kezaliman mengatasi kebenaran dan keadilan.

Kita nasihatkan kepada warga UMNO supaya membaca Al-Quran dan menuntut lebih dalam lagi di bidang agama. Apa yang dilakukan oleh orang-orang UMNO kini, boleh menjejaskan pengucapan dua kalimah syahadat sendiri. Mengikut kitab-kitab dari ulamak muktabar seperti Said Hawa menjelaskan perkataan-perkataan yang meragukan hukum Islam boleh membawa kepada murtad. Mestika Hadith terbitan Jabatan Perdana Menteri sendiri, ada menyebut beberapa contoh kata-kata yang boleh membatalkan iman seseorang atau yang boleh menjadi murtad iaitu:

Kata-kata (menghina atau merendahkan) mana-mana hukum Islam seperti :

• Hukum apa ini ?
• Hukum ini sudah lapuk.
• Zaman sekarang tidak sepatutnya diharamkan riba' kerana menghalang kemajuan.
• Dalam zaman serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus (tutup aurat dengan memakai telekong).
• Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya?
• Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya.
• Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya.
• Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam, sampai kiamat kita tidak maju.
• Seseorang berkata,"Perbuatan yang demikian tidak beradab", apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW selepas makan baginda menjilat sisa makanan dijarinya (sebelum dibasuh tangan).
• Seseorang berkata,"Aku tidak mahu memotong kuku sekalipun sunnah", apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunnah.
• Membaca ayat-ayat suci al-Quran, hadith nabi dan nama-nama Allah dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkannya.

Itu baru ungkapan yang contoh kata-kata yang boleh menjadi murtad.

Bukan GB yang kata tetapi dari kitab MESTIKA HADITH keluaran Jabatan Perdana Menteri sendiri!

6 ulasan:

Abdullah berkata...

Mengapa pihak gereja menjemput Nurul Izzah ? Mengapa tidak menjemput pakar Islam dari PAS ?

YB Nurul Izzah bukan kelulusan agama, beliau sepatutnya menolak sebab forum ini bukan bidang beliau.

Tindakan Nurul Izzah ini telah menimbulkan fitnah. Kelam kabut PAS memberi penjelasan.

Sudahlah politik lemah, ekonomi lemah umat islam malaysia berpecah lagi dengan isu ini. Gembira sungguh bukan islam melihat orang ISlam PAS PKR berlawan dengan orang Islam UMNO.

Jika Tuan GB perasan sebaik muncul isu ini, isu hudud sudah senyap. MCA boleh tidur lena sekarang.

Pendapat saya forum ini adalah sambungan kisah 10 menteri biadap yg mahu artikel 121 dipinda tahun 2006 dahulu. Nurul Izzah terlupa agaknya.

Tanpa Nama berkata...

'UMNO dulu kini dan selamanya' , ini pun juga memperjuangkan asabiyah. Kembali lah kepada Islam yang sebenar kerana hanya Islam sahaja yang dapat menyelamatkan kita didunia mahupun akhirat sebelum terlambat. " Membangun bersama Islam ' , ' Islam dulu kini dan selamanya " , Hanya Islam sahaja di sisi ALLAH ".

Tanpa Nama berkata...


Al-HamdulilLaah,
Aku dan suku sakat dah keluar daripada UMNO/BN. Semoga TAUBAT kami Allah Terima.

Keraguan aku ialah apabila hegomoni dan 'kuasa' UMNO itu mengaasi kuasa Allah Taala walaupun mereka sering lapik dengan ayat yang menunjukkan KONON mereka masih beriman dan muslim.

Contoh terbaru ialah perkataan hudud PAS dengan hudud Islam. Jadi sebagai balasan ayat itu boleh sahaja aku katakan Islam versi UMNO/BN. Bukan Islam sebenar seperti yang telah disampaikan oleh Rasulullah saw. Rasulullah itu adalah Al-Quran hidup.

Tunjukkan kepada aku, erbuatan, cakap dan maksud oleh UMNO/BN yang mana satukah yang SELARI dengan Rasulullah..? Ada..? Jawapannya memang belum ada.

Andre Irwan berkata...

Untuk tatapan En Abdullah, Nov 13, 8.10 am,
Adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab orang Islam mempertahankan Islam dan menjelaskan kekeliruan pada orang bukan Islam. Untuk makluman Abdullah, saya bukan Melayu tapi saya seorang Muslim.
kalau nak harapkan UMNO mempertahankan Islam, tak payah tunggu.
Membuat fitnah itu sudah menjadi darah daging UMNO dan puak BN. Bolehkah kita bergantung harap pada manusia fasikun dan munafikun?
Memberi penjelasan kepada bukan Islam, bagi saya adalah perlu agar depa tak keliru seperti dalam kes HUDUD. Sebenarnya yang dok menentang sangat ialah orang-orang UMNO sendiri tapi depa yang membenarkan pelakon kuning terkenal Malaysia memporak-perandakan masyarakat di Malaysia.
Betul kata GB, setakat dah ramai dah pemimpin UMNO yang jatuh murtad samada depa tu sedar atau tidak (atau pun pengsan).
Satu lagi yang menampakkan sangat kebodohan Melayu di Malaysia ialah depa dok ingat semua Melayu ialah Islam. Masihkah minda Melayu di Malaysia berada di zaman batu lagi kah?
Marilah kita balik semula ke Islam yang cantik ni. Insyaallah, kita kan selamat di dunia dan juga di akhirat. Ingat, mempertahankan kesucian Islam dan berdakwah pada bukan Islam adalah tanggungjawab kita. Semoga Allah swt pelihara kita semua dari bencana samada buatan manusia atau cubaan dari Allah swt. Amin

Tanpa Nama berkata...

Ape yb nurul izzah ckp xslh yg slhnye bila puak2 yg buta agama yg spin kata2 yb nurul izzah..setakat soalan cmni dia bole jwp ade mslh pun..yg aku xphm puak umno nape benggong sgt..bkn sume arab tu islam ,bkn sume rumput melayu tu islam..dlm islam xde bngsa mane pun

Tanpa Nama berkata...

yg x boleh blahnya..bila Shahrizat kuar nasihat suruh Anwar jg anak...haha,,,helo..agama tu dh kuat sgt ke?? bkn ke dia bru buat kes gelapkan duit bank?? kecoh je lebih..