SSaham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) merosot ke paras paling rendah sejak disenaraikan pada 28 Jun lalu.
Saham itu didagangkan pada harga penutup RM4.60 pada 9 November, hanya 5 sen lebih tinggi daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) RM4.55 sesaham.
Pagi ini, saham FGVH terus merosot ketika diniagakan pada pukul 10.46 di paras terendah RM4.53 sebelum kembali naik pada sesi penutup tengah hari.
Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Rebim Birham mendakwa kejatuhan saham FGVH telah dijangka sejak awal berdasarkan penyenaraian yang tidak telus serta menggunakan secara ‘paksa’ tanah-tanah peneroka sebagai modal.
“Pihak pelabur melihat penyenaraian FGVH ini lebih kepada tindakan politik dan bertujuan meraih untung jangka pendek untuk individu atau golongan tertentu. Pihak yang berkepentingan menjual saham sebaik sahaja harga naik.
“Oleh itu, pelabur jangka panjang enggan terus melabur atau menambah pelaburan. Pelabur antarabangsa yang dijangka akan masuk pula tidak berminat apabila mendapati senario politik tidak lagi menyebelahi BN.
“Bagi menyekat kejatuhan berterusan ini, kita desak Pengerusi Felda Isa Samad yang bertanggungjawab ke atas penyenaraian meletak jawatan segera agar tempatnya boleh diisi oleh orang lain yang lebih berkelayakan,” kata Rebin ketika dihubungi.
Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman pula berkata kepada Harakah Daily, kejatuhan berterusan saham FGVH menambah penderitaan peneroka yang sebelum itu telah diperdaya membeli saham tersebut.
“Jika harga saham RM4.78 pun dikira peneroka sudah rugi setelah ditolak interest dan bayaran kepada bank. Kalau harga hari ini RM4.61 bermakna ia sudah jauh jatuh, sudah negatif,” katanya.
Tambahnya, apabila rugi pemegang saham tidak dapat menjual saham, akhirnya mereka bukan menikmati durian runtuh tetapi menghadapi malapetaka.
8 ulasan:
Sudah terang lagi bersuluh puak2 ni nak menipu para peneroka yg ada mata tapi buta..buta dgn duit yg secubit cuma dan mengadai harta secarian seumur hidup...ABU!Abu!ABU!
hahaha...orang kurang cerdik mana boleh pegang duit banyak banyak...macam orang pandai... kena bershukur ...dgn apa yang ada...hehehe
Mak Cik Pak Cik anda lihatlah sendiri. Untung lagikah Mak Cik Pak Cik kalau harga saham jadi begini? Saya bukan nak kutuk, Mak Cik Pak Cik yang tak tahu selok belok pasaran saham kenalah tolak penyenaraian FELDA dari awal lagi memandangkan faktor ekonomi M'sia sekarang berada dalam keadaan tidak stabil sejak dari awal lagi. Kalau still tak faham lagi pergilah minta ajar anak pak cik mak cik yang faham dengan pasaran saham atau anak pak cik mak cik yang main FOREX kerana diaorang ini memang tahu keadaan semasa pasaran dan tahu macam mana nak baca graf pasaran saham. Saya harap anak pak cik mak cik dapat explain pak cik mak cik dan seterusnya fikirlah sama ada perjuangan ANAK selama ini adalah betul atau tidak. Lu fikirlah sendiri.
Hah tunggu apa lagi pak cik mak cik peneroka... juallah saham tu ... idea jual saham tu adalah hujah seorang pro UMNO di blog puak mereka apabila dihujahkan bahawa peneroka bakal berhadapan dengan hutang.
kena berjaga juga..pasai mengikut pengalaman PRU lepas-lepas ...harga saham jatuh juga sblm PRU.....
selang tak berapa hari...ada pihak ...nak kata jutawan (tak tau ..laaa
atau CARETAKER(Keselamatan) kerajaan) ...Pump masuk DANA berbilion kedalam Bursa maka HARGA SAHAM pun naik. lEPAS TU sehari dua selepas PRU.. dlm orang seronok menang
.turun balik pasai korporat-keparat pakat bawa keluar (Refer cara TUN MAHATHIR).
harap biar rega saham FGV jatuh bwh 4 hengget biar padan muke peneroka pelda.
Padan muka mak bapak sebab tak mahu dengar nasihat ANAK. ( Maaf kasar sedikit sebab geram ! )
Ni la kisah si bodoh Dan si penipu.. nasi sudah jadi bubur.. tunggu masa je si bodoh nak kena halau dari tanah-tanah mereka.. orang nasihat dulu tak nak dengar.. tolong lagi orang yang menolak hukum2 Allah.. Sekejap je Allah nak bagi tunjuk..
Catat Ulasan