Luluh hati seorang abang apabila adik perempuannya yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun depan, melahirkan seorang bayi di dalam bilik di rumah keluarga mereka di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, abang kepada remaja perempuan terbabit berkata, tangisan kuat yang didengari datangnya dari arah bilik adiknya itu mengejutkan dia dan seorang lagi adik lelakinya, sebelum kelahiran bayi itu disedari mereka.
Difahamkan, ketika pintu bilik dibuka, gadis berumur 16 tahun itu berada di lantai dalam bilik tidurnya dengan keadaan berlumuran darah manakala bayi tersebut pula berada di sisinya sebelum perkara itu dimaklumkan kepada ibu mereka.
Menurut si abang, dia kemudiannya meminta bantuan jiran terdekat untuk membawa adiknya itu ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu dan mendakwa melaporkan mengenai kejadian itu di balai polis berdekatan.
“Kami sekeluarga juga tidak mengesyaki dia hamil sebelum ini kerana tubuhnya agak besar berbanding rakan seusianya, malah saiz perutnya juga kelihatan seperti normal,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di HSNZ Kuala Terengganu, semalam.
Abang remaja terbabit berkata, adik perempuannya dan bayi tersebut kini dirawat di hospital berkenaan dan hanya keluarga mereka dibenarkan melawat, namun keadaan adik dan bayi itu sehingga tengah hari semalam dilaporkan stabil.
Anak sulung daripada tiga beradik itu juga memberitahu adiknya juga mengaku pernah dinodai seorang lelaki dikenali keluarga mereka pada Februari lalu, namun merahsiakan perkara itu sehinggalah melahirkan bayi berkenaan dalam bilik tidurnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superitendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi tengah hari semalam bagaimanapun tidak dapat mengesahkan mengenai perkara itu kerana masih belum menerima laporan terperinci. -SH

3 ulasan:
MasyaAllah..bila PRU13 Pakatan Rakyat memerintah di Putrajaya..kementerian dibawah rais yatim..kementerian dibawah mahyudin dan kementerian yg disandangkan najib ti direform oleh pakar2 DILINDUNGI Menteri2 wibawa PR utk merubah keadaan Malaysia yg rosak sekrg ni.
Alhamdullillah, bayi dilahir sehat wal'afiat.
Perkara sudah berlaku, sebaiknya ambil iktibar dan pengajaran darinya. Jangan pula di singkir ibu Tingkatan 4 yang melahirkan anak itu, segala berlaku ada hikmahnya.
Bapa kepada bayi tersebut perlu dikenalpasti dan mesti mengambil tanggungjawab keatas perbuatannnya.
Bertaubatlah agar perbuatan sedemikian tidak berulang di masa akan datang.
Kepada ibu bapa yang lain, eloklah mengawal pergaulan anak anak juga sibukanlah jadual anak anak agar jangan leka menonton television, facebook dan internet. Banyakkanlah membaca buku, suratkhabar Ingerris kuranglah menonton program Jom Jom Bahalol.
Masya'ALLAH apa nak jadi dengan umat Melayu tanahair kita ini...
mohon jangan di apa apakan bayi tidak berdosa itu...jaga lah bayi itu sebaik2nya...kasih dan sayangilah bayi itu...kepada remaja 16 tahun itu jgn pula kita tutup peluangnya menerima pendidikan atau gelapkan masa depannya...ibu bapa gadis itu mohon jaga lah didiklah cucu anda sebaik2nya...kpd masyarakat jgn lah menghina keluarga ini...kepada lelaki yg menghamilkan gadis ini tampillah ke hadapan dan beranilah bertanggung jawab demi bayi comel yg tak berdosa itu...
Catat Ulasan