BANTAH AES menyeru seluruh rakyat untuk hadir di perhimpunan bagi menyerah memorandum kepada Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha pada hari ini, 9 November selepas solat Jumaat di Masjid Nasriyah, Sitiawan, Perak.
Koordinator Bersama BANTAH AES, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli berkata, Himpunan Rakyat BANTAH AES ini mensasarkan fokus untuk mendesak Menteri Pengangkutan untuk mengkaji semula dan mengambil kira beban rakyat sebelum melaksanakan AES.
Katanya, bantahan itu juga akan digerakkan ke seluruh negara bagi memberikan kesedaran rakyat berhubung salahlaku pemberian tender kepada syarikat kroni bagi mengendalikan sistem saman ini .
Malahan ujarnya sistem yang dilaksanakan ini membebankan rakyat.
“Rakyat akan terus bangun dan membantah sistem ini,” katanya.
Ujarnya, satu himpunan ke Parlimen akan diadakan lagi bagi menyatakan bantahan itu.
“Kita akan umumkan tarikhnya pada masa terdekat,” ujarnya.
Sejak dilaksanakan pada 23 September 2012, dalam masa 8 hari dengan 14 kemera AES sebanyak 63,558 buah saman dikeluarkan.
Sebelum ini Adun Teja, Chang Lih Kang mencabar Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha menafikan dakwaan wujudnya unsur kronisme dalam pemberian tender pemasangan kamera Sistem Kamera Automatik (AES) kepada Beta Tegap Sdn Bhd.
Pada satu sidang media di Lobi Parlimen Chang mendakwa tender pemasangan AES dikuasai kroni Umno.
Menurutnya, Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) yang juga pemegang saham terbesar Beta Tegap Sdn Bhd, Rozana Redzuan mempunyai kaitan dengan pemimpin Umno Johor.
Katanya, Rozana merupakan anak sulung Tan Sri Redzuan Salim dan Puan Sri Atikah Abdullah, dua tokoh pemimpin Umno di Johor.

9 ulasan:
Ingatkan dimasjid kampung baru.....
Tahniah program yang membantu rakyat bawahan... kaya macam menteri tak kisah....
Secara logiknya apa bantuan AES kepada rakyat, bagi BN wang masuk......
Anjur solat hajat seluruh Malaysia.
Rakyat makin bijak menilai, bukan rakyat bukan macam zaman Tun Razak
AES dan BN tidak boleh dipisahkan, BN perlu ditumvangkan PRU13 baru boleh berpisah
aduhai...kayo aden kalu ada dan buka syarikat pasang AES niee.tiap2 tahun boleh melancong luar negara.HAHAHA
Untuk renungan bersama aje. Mengapa anak cucu cicit umno saja dapat kontrak kontrak juta juta..... Adakah anak anak melayu bukan umno tu semuanya poyo benggap bahalol ke? Adakah ia bagaikan Ayam dan Itik?
Emmm syarikat kerajaan GLC dan GOC pun di konker oleh orang2 umno. Apalah nasib pekerja2 syarikat yea... sah sah mereka akan masukkan kroni kroni untuk kepalai bahagian perolehan, kewangan, harta... nak korek duit syarikat senang...
Catat Ulasan