9 Nov 2012

[VIDEO] Serbuan Ke Malaysiakini. Bermulanya Operasi Lalang II?


Kenyataan Izzah: Polis ambil keterangan Malaysiakini

KUALA LUMPUR - Polis hari ini mengambil keterangan tiga pegawai portal berita pro-pembangkang Malaysiakini berhubung laporan berita berkaitan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar tentang kebebasan beragama.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata ia dilakukan atas perintah Majistret Petaling Jaya dan keterangan diperlukan untuk mengenal pasti penulis artikel itu.

"Setakat ini identiti penulis artikel belum diperolehi," katanya ketika dihubungi Bernama.

Keterangan petugas Malaysiakini itu diambil di pejabat portal berita berkenaan di Bangsar di sini antara 5.15 petang dan 6.55 petang tadi.

Ia melibatkan sekumpulan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya diketuai Pegawai Penyiasat ASP Nadzri Harun serta unit forensik IPD Cheras.

Menurut Yahaya, tiada sebarang rampasan dilakukan.

Laporan portal berita pro-pembangkang pada Nov 3 itu memetik Nurul Izzah sebagai berkata, "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu."

"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama....bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata."

Nurul Izzah dipetik berkata demikian pada forum bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?' di Subang Jaya.

Pada sidang media di lobi Parlimen semalam, Nurul Izzah memberitahu beliau akan memberi keterangan kepada Jabatan Agama Islam Selangor di Shah Alam pagi ini. - Bernama

Polis kunjungi Malaysiakini berhubung surat pembaca


Sepasukan 15 anggota polis datang ke pejabat Malaysiakini berhubung siasatan terhadap surat pembaca berkaitan kenyataan kontroversi Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Malaysiakini disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan menuturkan kata-kata dengan niat sengaja melukakan perasaan agama seseorang.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Surat yang disiasat itu ditulis oleh Steve Oh dan diterbitkan di Malaysiakini Isnin lalu dengan tajuk Nurul's watershed idea for the nation.

Pasukan dari ibupejabat polis Subang Jaya itu yang diketuai pegawai penyiasat ASP Nazri Harun iba di pejabat Malaysiakini jam 5.15 petang.

Mereka turut disertai anggota unit forensik dari ibupejabat polis Cheras.

Mereka membawa waran geledah yang dikeluarkan oleh majistret Petaling Jaya di bawah Akta Hasutan dan mengambil masa kira-kira 90 minit merakam kenyataan dari Ketua Editor Malaysiakini, Fathi Aris Omar; Pengarang Berita, Gerald Martinez serta Pengurus Sumber Manusia, A Shamini.

Mereka beredar sekitar jam 6.50 petang tanpa mengambil apa-apa dari pejabat Malaysiakini. Bagaimanapun, mereka akan kembali esok untuk siasatan lanjut.

Ketua Pengarang Kumpulan, Steven Gan menyifatkan kedatangan mereka sebagai "satu lagi kes intimidasi dan gangguan".

"Tiada apa yang dianggap menghasut dalam surat Oh. Kami sedang mendapatkan nasihat peguam kami mengenai perkara itu," katanya.

Malaysiakini diserbu pihak polis pada tahun 2003 dan 19 komputer dirampas, juga kerana sepucuk surat kepada editor yang ditulis oleh seorang pembaca.

Bagaimanapun, tiada pertuduhan difailkan dan kes itu akhirnya ditutup.
-mk





4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hebat! pantasnye polis nak siasat jika membabitkan sesape yg x selari dgn BN dan Soltan. kalu kecekapan ini diamalkan secara neutral, pasti indeks jenayah akan sentiasa menurun. Tapi sayang.. ianya takkan berlaku selagi BN memegang kuasa

otaklunyai berkata...

Belas aku nengok kat poolliss2 ni... dah tak da keja lain ke nak buat.. dah jadi boddoh dah... angguk2 je bila kena kerah dgn mat2 politikus yg korap...

Tanpa Nama berkata...

akta ni terpakai untuk malaysiakini sj,,utuseks dan chua soi lekkk dikecualikannn..operasi lalang? tidak..skrgbukan dulu,,,maklumat dhujungjarii..

Tanpa Nama berkata...

Oh Malaysiaku.