JMM: 'Nazri perlu terima teguran kita, bukan cabar'
SHAH ALAM - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) tetap dengan pendiriannya menyatakan Datuk Seri Nazri Aziz sebagai "liabiliti" kepada Barisan Nasional (BN) meskipun Menteri di Jabatan Perdana Menteri menolak tanggapan sedemikian.
Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata, pihaknya tetap dengan pendirian itu berdasarkan maklumat diperolehi daripada rakyat.
Sehubungan itu, Azwanddin menegaskan, reaksi Nazri kelmarin menunjukkan beliau angkuh dan hanya mengutamakan kepentingan peribadi, bukannya parti.
Tambahnya, "sepatutnya Nazri bertindak mengeluarkan kenyataan yang lebih matang, bukan mencabar saya bertanding di tempatnya."
"Kita tegur daripada pemerhatian dan kita dengar orang yang bercakap di belakang, kita tak ada niat untuk burukkan beliau, kita nak membantu parti itu.
"Tapi bila kenyataannya keluar hari ini (kelmarin), saya tengok beliau begitu angkuh dan sepatutnya beliau kena keluarkan kenyataan yang lebih matang dan menerima teguran kita sebagai wakil kepada rakyat.
"Kita tetap pendirian katakan beliau memang liabiliti BN dari segi isu rasuah," katanya kepada Sinar Harian Online.
Dalam reaksinya kelmarin, Nazri berkata, "saya aset (kepada parti), bukan liabiliti.
" “Saya rasa saya aset kepada BN, kalau tak, takkan mereka (pembangkang dan Azwanddin) nak serang saya.
"Yang buat serangan pula adalah Pengarah Strategi PKR.
Jelas itu strategi dari PR dan bimbang dengan kedudukan saya. Tapi kita tengok nanti sama ada saya ni aset atau liabiliti kepada BN,” katanya.
Mengulas lanjut, Azwanddin berkata, Nazri seharusnya menerima pandangan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memberi teguran demi kepentingan parti dan bukan mengeluarkan kenyataan mengikut emosi.
Beliau berkata, NGO hanya bertindak sebagai pemerhati bebas dan memberi teguran tanpa mempunyai agenda untuk memburukkan sesiapa terutama pemimpin-pemimpin negara.
"Kita bercakap untuk kebaikan BN, tapi beliau keluarkan kenyataan untuk kepentingan peribadi.
"Beliau sepatutnya terima pandangan kita, dan menjawab dengan baik untuk kebaikan bersama dan beliau memang bebas untuk bercakap," katanya sambil menambah, kekesalan terhadap kenyataan Nazri yang disifatkan sebagai "keanak-anakan." -SH
8 ulasan:
Presiden jmm...bangkrap politik
sebenarnya nazri adalah liabiliti kepada negara & sememangnya aset buat bn.
dengan adanya pemimpin seperti ini bn akan cepat bungkus tunggu pru-13 kita tengok siapa yg kena...
Tambahnya, "sepatutnya Nazri bertindak mengeluarkan kenyataan yang lebih matang, bukan mencabar saya bertanding di tempatnya."
Macam confident je dia BN nak bagi dia bertanding next PRU...adakah nazri ni calon winnable atau pun bungkusnable
DAH JADI SAMPAH. BUANG JER LA
Yang ini juga liabiliti juga kepada UMNO/BN:- Najib, Hishamuddin, Sharizat, Noh Omar, Rais Yatim dan banyak lagi......
presiden JMM ni BN ke PR. kejap2 nampak mcm PR tp lebih pulak ke BN. ke... dua alam makan keliling.
dia angkuh sebab:
1. dia banyak duit - kena buang drp umno tak memberi kesan kerana umno perlukn dia berbanding dia perlukn umno
2. dia banyak simpan rahsia - kena buang maka bocorlah banyak rahsia
3. dia banyak penyokong mata duitan - kuasa duit dia menyebabkan penyokongnya gelap mata dan membolehkn dia menyuruh itu ini
si anjing rotweiller ni di mana ada tangan yang memegang bangkai maka yang empunya tangan tu lah tuan dia...ya aku setuju, barua dalam bn ni banyak pegang rahsia kawan2 sebab tu dia relax..."if i am going down, you're going down with me as well"...tapi kalo bn went down this pru13...we will bade farewell to all those shits
Catat Ulasan