10 Nov 2012

Kenyataan Izzah Dimanipulasi Supaya Nampak Teruk – Imam Muda

Juara program realiti Imam Muda musim pertama, Muhammad Asyraf Ridzuan berkata, ada pihak sengaja memperbesarkan isu murtad dan kebebasan beragama supaya nampak teruk dan dijadikan topik hangat, sedangkan ia perkara biasa yang sering dibincang dalam majlis ilmu.

“Isu ini jadi menarik dan sensitif kerana ia telah dimanipulasi, dibesar-besarkan sehingga kita rasa perkara ini sangat teruk dan perlu untuk dibincangkan,” katanya merujuk kenyataan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama yang diputar belit oleh Utusan dan media pro-BN.

Beliau berkata demikian dalam forum ‘Kebebasan beragama atau murtad?’ di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor malam tadi.

Dalam Islam, Asyraf berkata, tiada tuntutan untuk memaksa orang lain percaya dengan keyakinan dan pendapat seseorang.

“Setiap individu bebas untuk memberi pendapat, melahir dan bertukar pandangan, bebas untuk masuk agama Islam tanpa paksaan. Namun, apabila berada dalam Islam, ikutlah syariah sebetulnya,” katanya.

Pendakwah, Wan Ji Wan Hussin pula berkata, dalam agama tidak perlu ada unsur memaksa untuk melahirkan penganut yang berkualiti.

“Dalam bercintapun kita kena telus apatah lagi dalam beragama, kita tidak perlu menghukum murtad, tapi berdakwahlah,” katanya yang dikenali sebagai Ustaz Wan Ji.

“Ubat kepada penyakit murtad adalah keyakinan, dan keyakinan diperoleh melalui kebebasan,” jelas beliau.

Wan Ji turut mempersoal tindakan pihak yang cuba mengkritik isu murtad dan agama walhal tidak mendalami isu tersebut.

“Ini yang (saya) nak komen Saifuddin Abdullah, Khairy Jamaluddin, Perkasa, jangan jadikan pemikiran rakyat itu semakin sempit,” tegasnya.

Panelis lain dalam forum itu adalah penulis lirik, Hasmi Hashim dan bekas Setiausaha Akhbar Ketua Pembangkang, Eekmal Ahmad.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amirudin Shari pula sebagai moderator.

Umno guna agama untuk takutkan Melayu

Mengulas sama serangan terhadap Izzah, Hasmi berkata, Umno BN gunakan isu agama sejak 50 tahun lalu sebagai ancaman untuk takutkan orang Melayu.

“(Kerajaan) menggunakan elemen politik ketakutan sebagai senjata politik mereka untuk menakut-nakutkan orang Melayu. Dan ketakutan itu boleh dinamakan atas nama agama, bangsa ataupun raja-raja,” katanya.

Ketua Cabang KEADILAN Parit Sulong itu mempersoal sikap kerajaan yang hanya berminat menjadikan isu agama sebagai polemik dan bukan mencari jalan penyelesaian.

“Kenapa tidak diadakan debat atau forum seperti ini di media arus perdana? Hanya membesarkan isu tanpa yang dituduh diberi sedikit peluang pun untuk membela diri,” tegasnya.

Justeru kata Hasmi, perbincangan seperti itu perlu diadakan di media massa dan semua pihak wajar diberi ruang.

Beliau menyeru generasi muda memikirkan semula sama ada strategi itu masih relevan untuk diaplikasi pada masa kini.

Forum itu dihadiri lebih kurang 200 hadirin dan turut mendapat sambutan golongan bukan Islam.-KD

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang penjelasan amat wajar diberikan,,, tapi penjelasan yang dibuat selalu bersifat untuk melepas diri dari dianggap tidak selari dengan audien. Apakah penjelasan perlu berasaskan dan berubah audien sematax. Kita memang cekap mencari alasan dari mencari sebab...

Tanpa Nama berkata...

audien bodoh x faham islam mcm ko la.. na lepas tekak abah kau. mmg islam tu tiada paksaan.. Ade ke izzah ckp islam bole murtad sesuka hati? tunjuk bukti bole? keeeeeemek..len kali pki akal bukan otak.

Tanpa Nama berkata...

undang-undang negara pimpinan UMNO memang begitu, kenapa nak salah Nurul Izzah

GEBU berkata...

Apa yang digembar gemburkan oleh media dan pecacai UMNO terhadap isu yang melibatkan Nurul Izzah adalah menjadi penyebab untuk semua masyarakat ISLAM menolak UMNO pada PRU13 nanti kerana masyarakat Melayu Islam sendiri dah jelak dengan fitnah dan lakunan yang dimainkan oleh mereka terhadap Islam selama 54 tahun.

Tanpa Nama berkata...

kalau nak memihak atau nak memberi komen atau pendapat sekalipun, kenalah faham isu betul-betul.. siasat dulu betul2.. baru bercakap... isu nurul izzah, anwar ibrahim dan nik aziz mengeluarkan pendapat dan fatwa2 pelik baru isu baru ..dah byk kali dah... rakyat pun dah dapat baca apa yg ada dalam hati mereka dan apa matlamatnya... mereka sanggup menggadai akidah tidak lain dan tidak bukan untuk membeli hati dan membeli undi orang2 kafir untuk PRU13!!! sebelum ni , isu2 sebegini tidak pernah timbul sejak merdeka lagi... semua isu2 pelik ni hanya timbul selepas Pakatan rakyat menang kerusi yg agak besar dalam sejarah penubuhan mereka iaitu sebanyak 80 kerusi AP. Mereka tahu utk menang besar , mereka mesti membeli hati orang2 cina dan india..kerana matlamat inilah mereka sanggup bergolok gadai akidah !!.. kita tunggu pembalasan Allah pada PRU13 nanti...