Juruukur bahan yang didakwa menghina Sultan Johor di laman Facebook hari ini membuat laporan polis menggesa satu siasatan dijalankan terhadap pihak polis yang bertanggungjawab dalam siasatan terhadapnya kerana dakwanya telah menyalahgunakan kuasa mereka.
Ahmad Abdul Jalil, 27 yang ditemani keluarganya, beserta peguam hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada jam 3.30 petang hari ini turut meminta Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi tujuan tersebut dan juga demi keselematan dirinya dan keluarga.
“Ahmad menuntut pihak polis menyiasat anggota mereka yang terlibat dalam kes ini telah menyalahgunakan kuasa mereka apabila menggeledah rumah keluarganya tanpa waran serta tidak memberikan hak kepadanya untuk berjumpa peguam dan keluarga.
“Kami (juga) meminta Bukit Aman untuk menubuhkan satu pasukan khas bagi memastikan keselamatan Ahmad dan keluarganya terjamin,” kata peguam yang mewakili Ahmad, Fadiah Nadwa Fikri.
Sementara itu, Ahmad ketika sidang media selepas laporan polis itu dibuat berkata, dirinya mengalami tekanan emosi akibat tindakan pihak polis semasa sesi soal siasat, di samping tidak memberi kebenaran kepadanya untuk bertemu keluarga dan peguamnya.
“Saya tiada niat untuk tarik perhatian umum .... (tetapi) ketika ditahan, saya tidak diberikan hak untuk jumpa peguam dan keluarga.
“Tuduhan mereka juga tidak berasas .... bukan saya yang lakukan perkara itu (hina Sultan Johor) ....saya bukan penjenayah,” kata Ahmad kepada pemberita.
Beliau juga meminta pihak polis diberikan kebebasan untuk menyiasat kes ini dan mengambil berat terhadap keselamatan dirinya.
“Bukit Aman perlu siasat dan ambil berat kes ini .... dan perlu diberikan kebebasan untuk menyiasat kes ini,” katanya lagi.
Ahmad semalam telah didakwa di Mahkamah Johor Baru atas dua pertuduhan, masing-masing di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di atas dakwaan menghina Sultan Johor di laman Facebook.
Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah, dan telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM5,000 bagi setiap pertuduhan.
Sebutan bagi kes ini akan didengar pada 28 November 2012 di Mahkamah Sesyen Jenayah 2 Johor Bahru.
Beliau sebelum ini telah ditahan di pejabatnya di Cheras, sebelum di bawa ke Johor oleh pihak polis. -TMI

1 ulasan:
Ni la gamaknya bila Polis Di Raja Malaysia dh jadi Polis Raja Di Malaysia. Polis dulu di Malaysia amat beretika, ikut undang2 & peraturan bila melibatkan kepentingan & kemashalatan awam! Tpi polis sekarang undang2 & peraturan ikut suka hati mak bapak dia je! POLIS tu sewajarnya Pertolongan Orang Lebih Impian Sendiri bukanya Pukol Orang Lemah Ikut Suka!
Polis ada kuasa, ada senjata juga cukup terlatih dri segi mental & fzikal! Malah siapsiaga utk mghdapi apa2 keadaan luar jangka jdi kalau brhadapan dgn org awam tu secara perseorangan bukan tandinganya utk beradu kekuatan dgn kami rakyat marhaen!
Kami bayar cukai utk bagi kamu (polis) gaji agar dpt menyara anak bini & hidup aman spt kami! Kami tidak minta kamu (polis) duit waimah beras sebutir pun!
Kami mahu perlindungan.
Kami mahu jaminan keselamatan diri, ank2, isteri, suami, mak, bapak seisi kuarga kami terpelihara. Kami mahu kehidupan sosial kami terjaga agar aman & damai!
Kami tak bayar ufti wang perlindungan kpd gangster utk mengharapkan perlindungan mereka. Kami meminta kpd kamu (polis) apa yg patut kamu beri kpd kami! Bukan satu paksaan tetapi atas dasar t/jawab yg kamu wajib laksanakan kerna sumpah taat setia jawatan kamu demi agama ngara & bangsa!
Kami tidak mahu kamu (polis) memihak kpd sesiapa pun. Ikuti lunas2 yg digariskan utk kamu. Sekali pun kami yg dirasakan bersalah, kamu kena ikuti SOP yg ditetapkan!
Usah semata2 ikut telunjok pemimpin2 UMNO je! Mereka tu Umat Melayu Naif Otak nya! Sejak kebelakangan ni makin menyerlah2 kenaifan otak mereka. Mana tidaknya chua soi lek yg terang2an menyerang islam dgn memperlekehkan hudud tpi Nurul Izzah yg dihambat bagai penjenayah hanya ucapanya menhentuh hal kebebasan beragama! Dlm perlembagaan dijamin kebebasan beragama malah dlm islam pun tiada paksaan utk memeluk islam tpi beliau dipersalahkan bagai ejen yg memurtadkan org2 Melayu Islam.
Banyak & macam2 lagi tindakan2 Umat Melayu Naif Otak nya teras Be End yg merugikan Islam, negara & bangsa. Maka jom ramai2 kita ubah kerajaan sekarang yg didominasi oleh Umat Mlayu Naif Otak nya Be End! Kita menangkan Pakatan Rakyat (PAS PKR DAP) pda PRU ke 13 nanti! Ubah sebelum parah membarah!
Jangan abaikan pula 'Himpunan Kebangkitan Rakyat' di Bukit Jalil pd 12 Januari 2013 nanti! Nantikan & turut serta utk menunjukan solidariti rakyat yg inginkan perubahan.
Catat Ulasan