Himpunan Duduk Bantah akan diadakan depan bangunan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya 5 Disember ini jika Perdana Menteri gagal selesaikan permasalahan kad pengenalan melibatkan lebih 300,000 kaum India di negara ini.
“Najib (Razak) masih ada masa untuk selesaikan masalah ini dan jika tidak, himpunan tetap diteruskan sebagaimana dijadual berlangsung pada jam 10.00 pagi.
“Kami menjangkakan ribuan kaum India terutama mereka yang dinafi dari mendapatkan kad pengenalan sejak sekian lama akan hadir dalam himpunan itu yang kami namakan ‘Duduk Bantah’ ini,” kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.
Menurutnya, persediaan untuk himpunan itu sudah mula digerakkan dan pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), aktivis masyarakat, peguam termasuk pemimpin Pakatan Rakyat terutama berketurunan India sudah mengesahkan kehadiran.
“Kami akan terus duduk bantah dan berkhemah depan pejabat JPN hingga masalah ini diselesaikan. Kami berharap pihak berkuasa menolak dari menjadi kuda tunggakan Najib untuk menghalang himpunan ini,” tegasnya.
Sementara itu, R Sarathrajan yang dinafi dari memiliki kad pengenalan walaupun sijil kelahirannya menyatakan beliau adalah warganegara, turut mengesahkan kehadiran pada himpunan itu. -KD

6 ulasan:
jangan ambil kesempatan sudah. buktikan mereka rakyata malaysia dulu.. bahaya jika org luar gunakan kesempatan ini utk dpt ic macam bangla juga..
Pasal apa tiada IC.? Baru masuk kat malaysia ke. Kenapa begitu punye ramai..? Mungkinkah ibu bapa tempatan boleh tidak ambil berat hal pendaftaran kelahiran ..? Agak ganjil dan pelik. Yang takut nak daftar anak tuh sebab tidak cukup dokumen atau takut 'ke dalam' apabila kedapatan.
Biasalah menjelang pilihan raya dan ditambah kerajaan memerintah sedang ditekan hebat. Apakah tidak mungkin ini isu pihak tertentu mengambil kesempatan..?
Kalau kat sabah lagi PELIK!!!! Bayangkan dlm satu family terutama mereka y bbangsa BUGIS walaupun lahir kat sabah, mak bapa dh jd rakyat tempatan berpuluh tahun sblm merdeka TETAPI SALAH SEORANG ANAKNYA MESTI TAK AKAN DAPAT IC..boleh bygkan tak?? Byk sgt kenalan kena mcm ni..paling kesian, ada seorang ni adik-beradik semua ada surat lahir dan ic..mak bapa pun ic dn mmg rakyat sabah pun tp dua seorg sj yang sangkut..jgn kan ic, surat lahir pun tak dpt..JADI PELARIAN DI NEGARA KELAHIRAN SENDIRI..
Planed utk dapat IC, supaya dihalalkan pengundi PATI
300'000 orang ya yang terlibat dalam masalah IC. Well kita increase orang yang datang duduk bantah kalau boleh 1 juta orang, barulah JPN alias UMNO APCO tidak dapat duduk dengan senang lenang. Ingat, ini bukan kes orang india tapi melibatkan kes semua rakyat Malaysia kerana dia boleh guna perkara ini untuk memanipulasi dalam daftar pemilih pada PRU akan datang.
Jangan memperjudikan masa depan anak2 kita pada masa akan datang.
Catat Ulasan