12 Nov 2012

BN Mengada-adakan Ancaman Kebangkitan ‘Malay Spring’!

Chandra Muzaffar, Pengerusi Yayasan 1Malaysia dan juga ‘pemikir’ agung BN, telah dipaparkan pada muka hadapan media-media cetak arus perdana dengan mengeluarkan amaran mengenai ‘rancangan kuasa luar’ untuk memporak-perandakan kerajaan dan juga ancaman kepada ‘keselamatan global’!

Dalam proses itu dia telah mengaitkan BN dengan beberapa diktator, yang mana masyarakat dunia telah menyaksikan kejatuhan mereka beberapa bulan yang lalu, dan mengatakan bahawa menyingkirkan Mubarak, Gadaffi, Ben Ali dan yang lain adalah tidak baik kerana ianya akan ‘menggugat’ Malaysia! Dengan menafikan bahawa Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang seharusnya mendukung aspek-aspek utama seperti kebebasan akhbar, hak pada kebebasan bersuara dan hak pada kebebasan perhimpunan aman, Chandra juga menyatakan penentangannya pada beberapa organisasi pro-demokrasi, seperti Yayasan Open Society dan National Endowment for Democracy (NED) yang berpangkalan di Washington.

Chandra telah mengutuk keras penyaluran dana-dana asing kepada pertubuhan-pertubuhan sivil seperti Bersih dan Suaram dan kumpulan-kumpulan lain yang bekerja keras untuk menentang rasuah dan penindasan rakyat di Malaysia.

Namun, bagai mana pula dengan jumlah wang yang teramat besar yang disalurkan oleh UMNO/BN ke dalam akaun Yayasan 1Malaysia? Dan bagai mana pula dengan jumlah wang haram yang teramat besar yang telah dibolot secara rahsia dari simpanan negara untuk menyokong kegiatan-kegiatan parti politiknya untuk bertahan pada kuasa selama lebih 50 tahun?

Kealpaan dan double-standard pada Dr. Chandra Muzaffar amatlah dikesali oleh sesiapa yang meneliti pendedahannya itu.

Namun, pandangan peribadinya yang diada-adakannya adalah mengenai ‘kesan merbahaya’ dari dana kecil dari organisasi-organisasi seperti NED itu, telah digunakan oleh rakyat di negara-negara yang pro-demikrasi seperti Mesir, Tunisia, Libya dan Syria.

Jelaslah, Dr Chandra telah menganggap kritikan terhadap pemerintah kuku besi adalah sekadar alasannya semata-mata. Bagi Chandra, kerajaan tidak boleh ditentang atau dikritik oleh mana-mana pertubuhan yang memperjuangkan kebenaran.

Dengan kata-kata sedemikian, Chandra telah menyamakan BN seperti rejim-rejim Libya, Tunisia dan Mesir dan dia juga bersimpati dengan saki-baki pemerintahan kuku besi seperti Syria dan Russia. Apa yang lebih utama, dia telah memberikan isyarat bahawa dia takut bahawa rakyat Malaysia secara umumnya akan menyingkirkan BN sama seperti kebangkitan Arab Spring!

Pada hari ini, Ketua PKR Sarawak yang juga ADUN, Baru Bian, seorang pengamal undang-undang, telah membantah serangan berhisteria Dr Chandra terhadap pertubuhan-pertubuhan sivil di Malaysia.

Chandra Muzaffar telah memperkecilkan dirinya sendiri dan juga Yayasan 1Malaysia dengan kenyataan-kenyataan ini kerana secara tidak langsung dia telah mendedahkan betapa takutnya gabungan parti-parti BN yang kini terlalu kaya dan dahagakan kuasa bertindak ke atas pertubuhan-pertubuhan kecil ini, yang hanya bersenjatakan kebenaran.

Malaysia akan menghadapi piliharaya umum tidak lama lagi.

Tidak perlulah kita takut pada apa yang dianggap Kebangkitan Melayu atau kacau bilau atau apa-apa juga bentuk darurat yang tidak masuk akal sebagaimana dibayangkan oleh Chandra dan gerombolan BN.

Peralihan kuasa kerajaan secara normal tidak seharusnya dihalang, selagi BN tidak berkelakuan sebagaimana dibayangkan oleh Chandra dan melanggar peraturan dalam percubaan mereka untuk terus berkuasa selama 50 tahun lagi!

Jika tercetusnya darurat dan kacau-bilau nanti maka BN harus dipertanggungjawabkan oleh masyarakat dunia dan bukannya kerana pertubuhan-pertubuhan pro-demokrasi yang kecil-kecil itu.

Sumber : Sarawak Report

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pemikir dunia fikir lah sama akhirat baru ada berkat

Tanpa Nama berkata...

Chandra muzaffar ni manusia yg takut tak tentu pasal. Kalaulah BN kalah dlm PRU 13 lagi lah dia takut sbb dia pernah jadi pengkhianat PR

Tanpa Nama berkata...

Pandangannya bukan saja alpa malah cacat. Dia tida k boleh mengandaikan arab spring itu tidak betul.ianyaberlaku bukan dirancang, malahberlaku secara kbetulan

Tanpa Nama berkata...

kalau dah pengampu, di akan cari jalan mcmana puN sebagai pandangan yg terbaik, sedar la CM rakyat sudah menolak UMPORNO dan BN. SEPATUT NYA ANDA BERSEDIA BERPALING TADAH. Tak dak apa lagi yg boleh membantu BN, hanya PR spring yg kita tunggu.

Tanpa Nama berkata...

dia ni kan dulu penyokong Keadilan. Tapi da kena saman terus U- TURN..saman pn x jadi. hidup pn mewah..biasalah org xde prinsip dan nak hidup mewah cara senang.

wAk berkata...

Dia sendiri pon tak tahu membezakan antara batu dengan tuhan,macam mana nak pakai cakap dia.

Andre Irwan berkata...

Kalau takat cacat anggota badan, memang manusia simpati akannya tetapi kalau dah otak pun dah "cacat", sudah tentu akan dianggap "SAMPAH SARAP" harus dibakar.
Soal utama sekarang ialah rakyat ingin menukar kerajaan yang korup. Sokongan pada PR hanya untuk merealisasikan matlamat itu saja. Kita dah tak mampun bergantung harap pada BN kerana depa ni bukan bercakap tentang rakyat tetapi survival politik depa.
Lihat dan dengar pada apa yang Najib cakap di Batu Cave. Dia akan membatalkan projek 29 tingkat jika depa menang di Selangor. HARAMJADAH sungguh. Inilah tahi yang ditinggal oleh depa dan kalau depa nak bersihkan, ok tapi bukan dengan menumpaskan kerajaan sedia ada yang BERSIH, CEKAP DAN AMANAH. Segala-gala yang timbul di Selangor adalah peninggalan kerajaan BN dulu. HARAMJADAH. Depa hanya menunaikan janji yang depa buat pada diri depa dan bukan pada rakyat. HARAMJADAH punya Najis.

GEBU berkata...

Kalau cacat anggota orang akan simpati tapi kalau cacat akal orang tolak tepi....hanya tunggu mati.
CM tak payah kaitkan ARAB SPRING dengan Malaysia dan kalau benar PR SPRING terjadi itu memang kehendak rakyat Malaysia.
Lebih baik CM duduk diam-diam dan muasabah diri semasa CM berada bersama PR.

GEBU berkata...

Kalau kita cacat anggota orang simpati tapi kalau cacat akal orang benci.
CM tak perlu kaitkan ARAB SPRING dengan Malaysia sebab rakyat Malaysia faham akan keperluan Malaysia sendiri iaitu PR SPRING.
CM perlu muasabah diri semasa bersama dengan PR.

GEBU berkata...

Orang yang cacat anggota kita simpati tapi orang yang cacat akal kita benci.
CM perlu muasabah diri semasa bersama dengan PR.