12 Nov 2012

Dakwaan Polis Merogol: Tubuh IPCMC Segera!

Kerajaan digesa segera menubuhkan Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC) bagi menangani institusi polis yang makin hilang kredibiliti, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

Tegas Surendran, insiden terbaru menimpa seorang warga asing yang mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks ketika disoal siasat membuktikan tahap profesionalisme polis semakin rendah.

“Dengan penubuhan IPCMC, anggota polis akan lebih takut untuk melakukan salah laku, sekaligus membasmi salah guna kuasa.

“Kita khuatir salah laku jika tidak dibasmi akan menyebabkan institusi penguatkuasaan polis makin hilang kewibawaan,” “Insiden seperti ini juga bukan perkara baru kerana sebelum ini banyak laporan yang kita terima berhubung penyelewengan kuasa anggota polis,” ujarnya ketika dihubungi.

Pada masa sama, beliau turut mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Tun Hussein supaya memandang serius insiden tersebut.

”Menteri Dalam Negeri tidak boleh anggap insiden ini sebagai terpencil, kerana ia menunjukkan kepada warga asing bagaimana lemahnya tahap disiplin anggota keselamatan kita,” tegasnya.

Terdahulu, laporan Bernama melaporkan 3 anggota polis ditahan reman 7 hari bagi membantu siasatan berhubung aduan seorang wanita warga asing yang mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks ketika disiasat.

Sebelum itu, pada 7 November 2012, 2 pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, direman 3 hari kerana disyaki membelasah seorang tahanan sehingga koma dan terpaksa menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mereka yg bersalah mmg patut dihukum. Hukumlah dgn adil. Bukan dgn maki PDRM...hari tu lepas BERSIH, kata polis zalim. La ni mintak polis siasat. 'Polis' tu siapa? Ada berapa PDRM kat Malaysia ni? Lain kali fikir sblm maki.

wak parjoe berkata...

Laporan ini ( kalau benar ) amat memalukan. Kesanggupan pengadu membuat aduan juga sudah memalukan PDRM, apatah lagi jika kes ini benar-benar berlaku ! Namun semuanya perlu dibuktikan terlebih dahulu barulah boleh dituding jari !
Walau bagaimanapun kejadian ini tidak menggambarkan keseluruhan sektor kepolisan........

Tanpa Nama berkata...

Kenapalah tak cerdik2 sebahagian rakyat malaysia ni..., polis2 yang dimaki , yang zalim dan yang telah bertindak sesuka hati , tidak mengikut SOP pada himpunan BERSIH tulah dibenci rakyat. Rakyat tidak bermaksud semua polis. Kalau Pakatan Rakyat menjadi pemerintah nanti, pasukan POLIS yang ada ini juga akan diperlukan untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan negara. POLIS berkhidmat untuk negara bukan untuk 'syaitan2 yang dikenali - ambil dari kata2 mantan PM'. Apa pun keperluan menubuh IPCMC sudah sampai masanya. Integriti POLIS mesti dikembalikan dan diletakkan ke tempat yang sepatutnya.

Tanpa Nama berkata...

kes ni kan masih dalam siasatan...
kite pon tak tahu kesahihan cite neh..
so kite tunggu je r..

Tanpa Nama berkata...

gua rasa surendren 2 suruh suruhanjaya yg siasat polis bkn suruh polis siasat polis...gua syg polis yg gentlemen yg x main sorok2 muka n x ske polis yg tutup muka guna bandana n buang no. anggota kt dada pastu pukul org...kalau gentle tunjuk muka n dedahkan no anggota masa tgah pukul peserta bersih 2 mmg gua respek gila ah

pak abu berkata...

Kalau betul lah berita ini....memang ia suatu malapetaka bagi malaysia.
Yang diharap boleh menjamin keamanan(konon nya) macam ni pulak perbuatan dia....