19 Okt 2012

[BERGAMBAR] Konkrit Banglo Depan Rumah Pengerusi SPR Runtuh, Satu Maut 5 Selamat

Shah Alam - Seorang pekerja ubah suai rumah maut manakala lima yang lain selamat dalam kejadian konkrit banglo di Seksyen 7 di sini, yang masih dalam proses pengubahsuaian, runtuh kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Bagaimanapun seorang daripada lima mangsa yang selamat terputus kaki dan telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan.

Kesemua mangsa merupakan pekerja dari Indonesia, berusia dalam lingkungan 30-an.

Kejadian berlaku di Jalan JED, 7/5, Seksyen 7, berhadapan dengan Kolej Kediaman Jati, Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Mangsa dikeluarkan secara berperingkat sejak jam 4.50 petang tadi dengan bantuan bomba. Kerja-kerja mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Sementara itu, laporan Bernama dipetik berkata, polis mengesahkan mangsa sebenar kejadian runtuhan bumbung konkrit sebuah banglo hanya melibatkan enam pekerja binaan warga Indonesia.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob berkata, pada mulanya, pihaknya mendapat maklumat terdapat lapan pekerja terperangkap dalam kejadian itu tetapi kemudian dimaklumkan rakan sekerja mereka dikenali sebagai Supardi bahawa hanya enam mangsa yang terlibat.

Mangsa terakhir dikenali sebagai Kasmuji berjaya diselamatkan pada 10.15 malam dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

Dalam kejadian petang tadi, seorang buruh binaan yang dikenali sebagai Totok Mochamad Anthony maut.

Mayat mangsa dikeluarkan pasukan penyelamat kira-kira 6.24 petang dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk bedah siasat.

Empat lagi pekerja binaan berusia lingkungan 30-an yang dikenali sebagai Afifin, Waras, Kabir dan Ghadami, yang putus kaki kanan, turut dihantar ke hospital itu.

Polis menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada kira-kira 4.29 petang berhubung kejadian di banglo No. 15, Jalan Jed 7/5A, Seksyen 7, milik seorang ahli perniagaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Othman Abdullah berkata, operasi menyelamat dihentikan pada 10.

45 malam selepas mangsa keenam dibawa keluar dari runtuhan.

Beliau berkata, pihaknya menggunakan kren dengan kekuatan 40 tan bagi mengangkat runtuhan konkrit selain membuat terowong secara manual untuk menyalur bantuan gas oksigen kepada mangsa terakhir sebelum dibawa keluar.

"Konkrit agak berat termasuk dengan timbunan batu dan bomba terpaksa memotong beberapa bahagian runtuhan dalam keadaan sempit, kren pertama yang kita gunakan ialah bagi kekuatan 10 tan dan tidak membantu," katanya.

Beliau berkata, pihak bomba memanggil mangsa namun tidak disahut dan tiada sebarang tindak balas bagi mengesahkan masih ada yang terperangkap di bawah runtuhan itu.

Othman juga berkata, kerja pembersihan di kawasan runtuhan itu akan diteruskan sepanjang malam ini.

Operasi menyelamat, yang bermula kira-kira 5 petang, diteruskan walaupun hujan lebat bermula 9 malam.

Selain itu, khidmat anjing pengesan Unit K9, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor digunakan sepanjang operasi tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, ketika kejadian beliau sedang membaca akhbar dan mendengar bunyi dentuman kuat dari arah depan rumahnya.

“Mula-mula saya lihat tidak serius, hanya debu sahaja kelihatan. Tetapi setelah melihat bumbung rumah tersebut runtuh.

“Saya terus hubungi bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia untuk maklumkan kejadian,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

12 ulasan:

baretta berkata...

Rumah siapa ni? Rumah pengerusi SPR ke? Pagi tadi dgr berita, rumah tu TIADA KELULUSAN dpd majlis daerah untuk pnambahan. Isunya di sini melibatkan kematian. Kontraktor dah confirm kena, macamana dengan tuanpunya rumah?

Tanpa Nama berkata...

Insyaallah tanda awal runtuhnya UMNO depan mata pengerusi SPR

Tanpa Nama berkata...

Agak2 perasaan Pengerusi SPR tu ? Terdetik tak dalam hati dia , kalau lah ALLAH matikan dia dalam keadaan dia sedang menzalimi rakyat malaysia dengan bersetongkol dengan syaitan yang dikenali tu. Tu baru peringatan yang paling hampir dengan pengerusi SPR, kalau tak insaf tak tahulah.

Amuraria berkata...

banyak nampak duit pengerusi spr ! macam nampak duit banyak dulu sianak toyol tu ! tapi tak pa mesti duit 'halal',ABU jangan lupa !

balaci berkata...

Pengerusi SPR baca suratkhabar kat rumah pukul 4.30pm.... TAK KERJA KE???
MAKAN GAJI BUTA KE??? buta perut ke???

Tanpa Nama berkata...

masa tengok berita pasai ni aku pun terpikiaq macam anon 8:07 PM.

kalaulah boleh bercakap dgn pengerusi spr tu, aku nak kata macam ni: runtuh tu depan mata hang, kalau tertimbus sekali takut dak? kalau takut, tu baru dunia, di akhirat macamana? balasan Allah lagi dasyat.

selama ni hang menipu dlm p/raya memenangkan org jahat, bersubahat bagi org jahat dpt kuasa, bila pemimpin amno yg jahat2 tu songlap duit, salahguna kuasa etc, hang turut dpt dosa, dosa bersubahat. tu tak termasuk dosa hang menyalah guna kuasa menipu, semua rakyat m'sia yg mengundi dan sedar akan penipuan hang akan terus mendoakan balasan Allah pd hang, tunggulah, tak di dunia, di akhirat sudah pasti!!!

Tanpa Nama berkata...

Itulah adalah tanda Allah S.W.T. kepada pengerusi SPR supaya pengerusi SPR bertaubat cepat - cepat sebelum bala sedemikian menimpa di rumahmu kelak.

Tanpa Nama berkata...

Biasanya manusia ni bila tengok org mati, akan timbul insaf, klu lepas tu bergaul dgn kwn2/masy yg laro & lupa Allah, sekejap aje le insafnya.

Bgitu le sebaliknya. Kita renung2 lah diri kita ni, kategori yg mana satu.

Tanpa Nama berkata...

semalam kat TV3 x cakap pun rumah sapa ni... cuma cakap rumah Dato' saja.. maybe malu kot kalu rakyat malaysia tahu ini rumah pengerusi SPR rupanya....

Tanpa Nama berkata...

Anon 9:34, banglo tu dpn rumah pengerusi SPR, bukannya rumah dia. Mohon baca balik berita diatas dgn betul.

Tanpa Nama berkata...

Bala ni bala...tak tau ke esk saya ada seminar..heheheheheh

Tanpa Nama berkata...

banyak cerita kedai kopi, para pekerjanya orng seberang, taukeynya pun orng seberang yng dh lama menetap kat sini. kebanyakan mereka x punya kad CIDB yng mengiktiraf kelayakan mereka berkelayakan ttng keselamatan dan kerja. permit kemasukan pulak dibawah tangan seorang datok yng mngkin akan dicalonkan pada PRU ke 13 nanti. entahalah? itu mgkin cuma cita kedai kopi, Wallahuaalam.