7 Sep 2012

[VIDEO] Kemalangan Amat Ngeri Di Arab Saudi

Memang mengerikan! Walaupun penulis bukan kaki Youtube, tetapi video ini telah menarik minat penulis untuk mengetahui apakah yang telah membuatkan ia ditonton sehingga melebihi 2.8 juta tontonan.

Pada awalnya, ia sekadar menunjukkan kereta jenis Toyota Camry berpusing melawan arah jalan lalu terbalik.

Namun tak sangka pula ia telah menyebabkan penumpang di dalamnya tercampak keluar malah ada yang terhumban tinggi kehingga 10 kaki!

Lebih memeranjatkan, video itu turut merakamkan sebelah kaki kepada salah seorang daripada nahas jalan raya itu terpelanting jauh.

Dikhabarkan kemalangan yang berlaku pada sekitar June 2012 telah mengorbankan empat orang penumpang yang berada di dalam kenderaan berkenaan.

Tidak tahulah apa puncanya ia berlaku sedemikian rupa.

Tapi bila penulis tengok kepada keadaan tayar kereta itu ia nampak seperti dipandu laju. Tidak pasti pula sebab penulis tidak arif tentang kereta.

Apa yang penulis nasihatkan semasa memandu sila mengikut had laju yang telah ditetapkan dan patuhi undang-undang.

Saksikan video ini untuk pengajaran kita semua. -mynewshub



HMO: Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (al-Baqarah: 195)

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nie punca kereta dipandu laju kemudian akan slide kiri kanan...ni adalah kegemaran orang arab tu sendiri, admin boleh cari kt youtube "arab drift"...

Tanpa Nama berkata...

Org2 arab n afrika kat msia pun pandu mcm pelesit n buat jlnraya mcm bapak dia yg punye… hari tu nyaris2 lnggar keta yg arab pandu kat Cyberjaya sebab dia sesuka hati bapak dia buat u-turn dari lane sebelah kiri n aku plak tgh laju kat lane sblh kanan. Kalo berlanggar hr tu bukan jd arab spring tp aku yg springkan kepala arab tu!

Tanpa Nama berkata...

ya, ini Arab Drift, jadi berhati2lah sms ke ngr tu sbb anak2 muda di sana suka buat begitu walaupun byk kereta org lain di atas raya. Arab mmg kasar budayanya. Jgnlah terikut2 mereka tu.

Tanpa Nama berkata...

Aku tak fikir mereka ni serik setelah tengok kemalangan2 . Malah depa syok pulak. Syaitan dah menguasai mereka ni.

Ammy Hassan berkata...

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya: "Sesungguhnya Islam itu akan dikuatkan oleh orang2 'Ajam (bukan Arab) dan mereka itu adalah di sebelah Timur". Wallahu'alam.