7 Sep 2012

Hak Safee Sali Untuk Sokong Atau Sertai Mana-mana Parti Politik

K etua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor Shuhaimi Shafiei berkata, tiada isu yang timbul apabila pemain bolasepak negara, Safee Sali yang menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail baru-baru ini.

“Ini perkara biasa. Kita biasa menjemput pemain-pemain bolasepak untuk turut sama menghadiri program anjuran PKR. Maka, dalam kes Safee ini juga adalah tidak berkecuali.

“Jika benar sekalipun Safee menyokong PKR, itu adalah hak beliau. Malah, sudah ramai atlit negara yang menyatakan sokongan kepada parti politik tertentu. Terbaru, atlit skuasy negara, Azlan Iskandar menyertai Umno. Jadi tiada apa yang mahu dihairankan”, katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Manakala ahli timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad berkata, jika Safee menyokong PKR, itu perkara yang baik kerana setiap satu undi adalah bermakna, kerana setiap parti politik yang bertanding memerlukan sokongan daripada seramai mana yang boleh.

Apabila ditanya adakah Safee menyokong PKR, Khalid menjawab, “itu kena tanya dia sendiri.”

Gambar Safee yang menghadiri majlis itu tersebar di blog- blog menjadi perbualan dan pertanyaan orang ramai adakah beliau merupakan penyokong PKR.

Pengurus Safee, Zakaria Rahim merupakan penyokong kuat PKR dan merupakan bekas Ketua Cabang PKR.

Sebuah blog dipetik melaporkan Safee menafikan menyokong PKR. Safee katanya sebagai rakyat Malaysia tidak mengambil kira tentang parti yang membuat rumah terbuka itu kerana beliau hanya ingin menemuai peminat beliau dan sebagai rakyat Selangor adalah tidak manis jika beliau menolak jemputan rumah terbuka itu. -FMT

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku baru2 ni hadir Majlis Ramah Mesra sempena Raya anjuran Rukun Tetangga & UMNO kat taman aku, tak de sapa pun kisah. Padahal aku PAS.

Mentang2 aku tak tekenal.

Tanpa Nama berkata...

Maka berkokok lah melayu UMNO, Safee Sali tak mengenang budi. Dulu main di gelanggang Malaysia..dah terkenal dan bermain pula di liga Indonesia dan mendapat pula gaji yg mahal..mula lah sombong...kecik hati Subhan..manager tim Malaysia

gen-Y berkata...

join mana2 parti,itu hak individu. tiada kaitan dgn tidak mengenang budi krn syarat utama utk menjadi ahli sukan adalah berbakat dlm bidang sukan. sama jugak dgn jwtn kosong, syarat utama adalah kelayakan akademik..takde pulak syarat untuk memohon kena jadi umno. aku pun AHLI umno,tpi yg penting aku bkn ORANG umno.

Tanpa Nama berkata...


Tidak ada hak eklusif umno untuk menghalang individu rakyat menentukan alur politik mereka. Jika ada paksaan jangan sebut-sebut perkataan demokrasi.
Kerana demokrasi juga rakyat berhak menukar kerajaan BN trajuan UMNO kepada Pakatan Rakyat sebagai kerajaan yang baharu..

Hakrakyat sepenuhnya menentukan pihak dan siapa yang bakal diberikan kuasa memerintah.

Namun berdasar rekod yang terpampang jelas di hadapan rakyat sejak 55 tahun dahulu tiada siapa akan menyalahkan rakyat apabila pada PRU-13 nanti kerajaan UMNO/BN kena 'kick-out' oleh majoriti rakyat.

Bak kata Mahadir kerajaan syaitan yang dikenali diganti dengan kerajaan 'malaikat' yang belum dikenali.