7 Sep 2012

Saham FGVH Terus Alami Kejatuhan Parah


Saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) mengalami kejatuhan yang amat parah apabila setelah jatuh di bawah paras psikologi RM5 kelmarin dan semalam jatuh lagi apabila ditutup pada harga RM4.78.

Harga tersebut hanya 0.8 sen lagi ke paras bahaya - menurut penganalisa jika turun ke RM4.70 seunit, peneroka akan menangung kerugian.

Koordinator Gerakan Selamatkan Felda, Sdra Mazlan Aliman di dalam kenyataannya menyatakan:

"Adakah Najib akan kata, turun naik saham perkara biasa. Hujah yang sama diberikan oleh Dato Abd Ghani Othman, Menteri Besar Johor waktu lingkupnya Amanah Saham Johor. Pemimpin Umno tak fikir derita rakyat. Berapa ramai pemegang saham ASJ yang muflis kerana ghairah beli saham ASJ sebab percaya sangat cakap Ghani Othman. Hingga buat loan di Bank mencecah RM 100,000.

Bila pelabur yg merana, buat loan, jual tanah dll nak untung segera jumpa pemimpin Umno; ayatnya standard... adat main saham, ada untung ada rugi!"

Bila pelabur yg merana, buat loan, jual tanah dll nak untung segera jumpa pemimpin Umno; ayatnya standard...adat main saham, ada untung ada rugi!

Masa ghairah promote FGVH,...apa yang pemimpin Umno tak jamin?

Bulan, bintang....masyaallah.

Jangan dengar cakap pembangkang, tak de wawasan, bodoh, ......

Kini bukan sahaja saham FGVH jatuh, isu syarikat judi beli saham seperti saya paparkan dalam FB pun, PM dan Isa Samad terkedu. Sudah tidak mampu menjaminnya. Peneroka dan pemegang saham tidak kira Ustaz, Imam, Bilal dan lain2 terpalit sama. Menanggung dosa!

Bukan sikit, 400 juta unit saham Genting Bhd dalam FGVH....

Mewakili ANAK, saya mendesak YAB PM buat penjelasan segera kedudukan meruncing saham FGVH; juga kedudukan sebenar mekanisme syariah bagi mengelakkan pemegang saham terjebak dlm pelaburan haram atau syubhat.

Gerakan Selamatkan Felda(GSF) akan mengutus surat Ke Bawah Duli Tuanku Yang DiPertuan Agong mohon pemakluman mengenai status memorandum yg dihantar pada Himpunan Oren 14 Julai lalu. Keyakinan kami Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja Raja Melayu sedang meneliti perkembangan terkini mengenai FGVH.

GSF sedang berusaha mendapat perkenan untuk mengadap Yang DiPertuan Agong bagi berkongsi kebimbangan seluruh rakyat Malaysia.



10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahaha padan muka orang felda...

Tanpa Nama berkata...

Harga saham turun naik memang perkara biasa.

Harga saham jatuh dan tak naik - naik pun biasa.

Bukan nak menuduh atau menghina, tapi mungkin inilah kaedah ALLAH, mentarbiah mereka yang darahnya telah bertukar "biru" dan terus menyokong kerajaan yang korup dan rosak.

Tanpa Nama berkata...

adakah ini tanda kejatuhan BN... kalau ini berterusan sampai pru 13... org felda 100% akan sokong pr....

Tanpa Nama berkata...

KAdang-kadang rakyat naik hairan , ntah berapa lama nak tunggu kuasa YDP Agong agar dapat menyelamatkan resah rakyat dalam terus menerus dizalimi dan ditindas oleh penguasa syaitan yang dikenali ini, dah lebih 50 tahun rakyat diperbodohkan dan disishkan hak rakyat sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan. Royalti Kelantan sehingga kini tiada penyelesaian , GST tunggu masa sahaja, harga barang2 keperluan terus meningkat , kemudahan utility terus mencengkam rakyat.... bila....bila , tolonglah YDP Agung , rakyat tengah menderita akibat kekejaman dan kerakusan syaitan2 yang dikenali ini.

Tanpa Nama berkata...

Yap betul..suppot la rakyat ckit,sekurang2 pn bg kenyataan atau pendirian raja2melayu dlm hal2 berkaitan yg melibat rakyat ,agama dn negara..jgn jauhkn diri dr kami ni

puspawangi berkata...

rujuk dekat Agong, Agong kena rujuk kat PM..kerana Agong hanya akan bertindak atas NASIHAT PM...

Tanpa Nama berkata...


Dah terantuk baru tengadah.
Nasi dah jadi bubur.
Sesal dahulu pendapatan sesal kemuadian tidak berguna.

Tamak dan haloba badan dan minda sengsara.

Syabas kepada penoraka yang baru tersedar setelah menjadi mangsa.

Buktikan pada PRU-13 anda seorang yang berkesedaran dan bertindak bijak. Tidak diperbodohkan lagi.

satuduatiga berkata...

lepas nih hrga getah turun la nak cover hutang..hohohoh...

Sinner berkata...

Harap GB dapat paparkan semula secara ringkas dan padat tentang 'keruntuhan' Amanah Saham Johor (ASJ). Supaya semua orang dapat amik iktibar yg jelas...

Senang nak rujuk dan tunjuk sama.

Tanpa Nama berkata...

Janganlah padankan muka orang Felda. Tetapi Syukur Alhamdulillah, itu sahaja pemgajaran yang harus dan mesti untuk mereka. Susah sangat nak bukakan minda mereka. Dengan cara tergadai tanah nilah agaknya mereka buka mata.