26 Sep 2012

Isu Kuota Haji: Jamil Khir Akhirnya Mengaku "Berdusta"

Penolakan kuota haji: Jamil Khir mengaku bukan sebab Bersih.

KUALA LUMPUR 26 September: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengaku permohonan kerajaan Malaysia untuk menambah kuota haji ditolak oleh Kerajaan Arab Saudi bukan disebabkan perhimpunan Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah April lalu.

Menurutnya, permohonan tersebut ditolak disebabkan kerja-kerja pengubahsuaian yang dijalankan di Kota Suci itu.

Ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said yang mahukan penjelasan berkenaan langkah yang diambil kerajaan bagi memastikan kouta haji tidak terjejas akibat perhimpunan tersebut, Jamil Khir cuba mengaitkan kegagalan permohonan tersebut disebabkan Bersih 3.0.

Seraya itu, beberapa Ahli Parlimen Pembangkang bangun mencelah dan menyanggah kenyataan Jamil Khir.

“Renovation Datuk Menteri…Mekah tengah buat renovation,” sanggah mereka sambil disambut lain-lain Ahli Parlimen yang juga tidak berpuas hati terhadap penjelasan tersebut.

Selepas diasak, beliau akhirnya mengaku perhimpunan Bersih yang berlangsung di negara terbabit tidak menimbulkan persepsi buruk kepada Malaysia.

“Ia cuma andaian sahaja… Bila berlaku perhimpunan Bersih di Mekah, ia menimbulkan persepsi mengaitkan dengan Bersih 3.0,” kata beliau dalam Dewan Rakyat.

Kerajaan Arab Saudi mengekalkan kuota 28,000 untuk jemaah Malaysia menunaikan haji tahun ini.

Sebelum ini, isu kuota haji dipolitikkan kerajaan Umno BN kononnya tindakan segelintir rakyat Malaysia mengadakan demonstrasi Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah pada 26 April lepas menyebabkan kerajaan Arab Saudi menyekat tambahan kuota itu.

Ulasan GB

Hairan kita, bagaimana UMNO/BN mempunyai seoramng pendusta dilantik menjadi menteri agama.

Membuat kenyataan secara semborono yang berasaskan andaian dan persepsi semata-mata, bukan dengan fakta semata-mata untuk memburukkan pihak lain tanpa memperdulikan ajaran Islam sendiri yang menghalang seseorang dari berkata dusta.

Demikian hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Akhirnya sikap buruknya itu terserlah sendiri.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

12 ulasan:

pak tam berkata...

Mai la Jamil ooi kita balik kampung tanam jagung.... Laku aaaiii

Tanpa Nama berkata...

malang aku duduk dalam negara yang menteri menjaga agama senang-lenang buat dusta tanpa rasa bersalah.

berapa banyak dia kena tanggung sebab berdusta dengan rakyat Malaysia? Membuat fitnah kepada Kerajaan Arab Saudi? dan peserta perhimpunan bersih.

Tak pasal-pasal menanggung

Joyah Tak Bangang

Tanpa Nama berkata...

adakalanya didunia lagi Allah dah dedahkan apa yang kita cuba sembunyikan.Allah Maha Besar.

Tanpa Nama berkata...

kalau menteri melibatkan agama pun penipu, apa lagi menteri yang lain

Tanpa Nama berkata...

kouta haji utk kroni 1 malaysia apa citer lak...org lain bertahun menabung & daftar aji tup2 kouta haji di sPU DEK MALAUN utk haji 1 malaysia..malaysia bolih

MC_Shaharul berkata...

salah satu tanda org munafik suka ckp dusta..camnie name pak ostad?cet podah....umno2 yg ostad ajar agama pn bila ikot syaitan jd lahanat camtue la...

Tanpa Nama berkata...

kasihan kamu wahai jamil... puak syaitan yang dikenali berjaya menjadikan kamu MUNAFIK. Nauzubillah.

Telok Bakong berkata...

ni macam menteri nikah kawin jer..pura pura alim..hi..hii

Tanpa Nama berkata...

Syarat untuk jadi menteri ialah pandai cakap bohong.

Siakap senohong gelama ikan duri
Cakap bohong lama-lama jadi menteri.Lepas jadi menteri curilah apa yang boleh dicuri.

Andre Irwan berkata...

Tak usah hairan dengan pendustaan yang dilakukan oleh puak munafikun. Lagipun ini bukan kali pertama berlaku perkara sedemikian. Yang bodoh ialah Melayu itu sendiri kerana semata-mata atas dasar Melayu, kezaliman dan penipuan dibenarkan. Patutlah pandangan kaum lain bahawa Melayu boleh dijual beli semata-mata atas nama MELAYU.
Aku ucapkan tahniah kepada Melayu yang ada dalam PR sebab sanggup dicemuh, dicerca, dihina dan difitnah semata-mata hendak menegakkan keadilan. Walaupun terdapat sedikit parasit, ini lumrah adat sebab dalam setandan pisang pun boleh ada sebiji dua yang busuk akibat kurang dibajai dan di"racuni".
Yang paling kesal ialah DIA NI MENTERI YANG MENJAGA AGAMA. Ibarat pepatah Melayu, "HARAPKAN PAGAR, PAGAR YANG MAKAN PADI".

Tanpa Nama berkata...

Semua post2 di atas aku sokong.

Unknown berkata...

Org kampung yg menabung dok tggu tujuh lapan taun nak Q bos aku kroni rilek je baru pergi haji 2010 dah pergi lg tahun ni. Nampak naa tak adilnya Tabung Haji..