Lubuk Buntar - "Ketika suami saya ditahan polis, tiada sebarang kecederaan pada badannya, namun ketika melihat jenazahnya kelmarin, saya dapat lihat ada kesan luka dan lebam. Ini amat menyedihkan saya."
Begitulah kata Suriati Hussein (gambar), 38, balu kepada seorang tahanan reman yang meninggal dunia kelmarin selepas dihantar pihak penjara untuk menjalani rawatan jangkitan kuman di Hospital Sultanah Aminah, Johor.
Dia yang tinggal di Taman Seri Skudai, Johor berkata, suaminya ditahan polis sebagai suspek kes dera.
Setelah tiga hari direman di lokap Balai Polis Seri Serdang, suaminya dibawa semula ke mahkamah untuk permohonan sambungan reman.
Ketika itu dia berkesempatan bertemu suaminya yang dilihat tidak bermaya serta mengalami bengkak kaki.
"Selepas tempoh reman selama seminggu tamat, mahkamah membebaskan suami dengan jaminan RM7,000 tetapi saya gagal membayar wang jaminan kerana tidak ada duit menyebabkan suami dipindahkan ke Penjara Air Molek.
"Bagaimanapun, pada 18 September lalu kira-kira jam 4.35 pagi, hospital memaklumkan kepada saya bahawa suami sudah meninggal dunia. Apa yang menyedihkan, saya tidak dapat berjumpa dengan suami hingga ke saat akhirnya.
SUMBER GAMBAR
"Selepas jenazah suami dibawa balik ke kampung halamannya di Lubuk Buntar, kira-kira jam 11 malam kelmarin, barulah saya berpeluang menatapnya dan ketika itu saya nampak ada kesan lebam dan luka di tubuh arwah," katanya.
Ibu kepada seorang anak itu mendakwa kecederaan pada tubuh arwah tidak ada ketika suaminya ditahan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Helmi Aris ketika dihubungi berkata, sehingga kini keluarga si mati masih belum membuat sebarang laporan polis berhubung keraguan yang ditimbulkan. -SH

4 ulasan:
penderaan kat balai polis macam neh tolong buat ulasan,jangan sampai nama polis buruk kedepan,undang undang dibuat untuk membuat rasa keadilan bukan memasukan orang kat lokap je,tolong kawan kawan yang pakar benda neh buat aksen atau kajian bagi pihak parlimen untuk merubah salah laku polis.dah sering orang mati kat lokap polis tanpa apa apa penjelasan.Suspek pun ada hak untuk membela diri atau sama didepan undang undang.Yang dimaksud bersalah adalah yang dah diputuskan kat mahkamah.berikan perlindungan juga terhadap suspek sampai bicara ke mahkamah.
Tak boleh dibiarkan...pastikan dibuat bedah siasat secara terperinci. Biar mereka sedar ap yang mereka telah lakukan selam ini.....entah orang yang keberapa yang telah menjadi mangsa didera dan dipukul.
jangan suka buat dzalim satu hari nanti akan terasa juga penyesalan dah banyak cerita kita dengar dan lihat akhir hidup orang yang suka mendzalimi makhluk Allah. Bertaubatlah Allah Maha Pengampun.
Dulu Kugan.. Ah! biar la dia India...
Kmudian Beng Hock... Ah peduli apa dia Tiongbua...
Pastu Ahmad Sarbani... Alaa tu kes trpencil..
Lgi (lupa nama) pserta demo Bersih 3.0.. Eh org tu x nk ikut undng2
Kini & akn slamanya slagi UMNO Umat Melayu Naif Otak nya jdi tungak kepimpinan negara
selagi tu jdi Beban Negara... Rakyat Derita!
Dulu Polis Di Raja Malaysia...
Kini jdi Polis Raja Di Malaysia!
POLIS kini kemaruk Pukol Orang Ikut SukA... Polis awam ke.. Polis Bantuan ke, Polis Penjara ke..
semjanya sama...
Takde cara lain selain tukar Be End ke Pakatan Rakyat..
Catat Ulasan