Panas! Poster Lobi Muhyiddin Jadi PM Tersebar!
Nampaknya desas-desus mengenai ura-ura Umno-APCO Johor mahu menobatkan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menggantikan Najib Altanuya ternyata benar!
Ini dibuktikan dengan terpampangnya sebuah poster yang dipercayai dinaikkan di sebuah pusat membeli-belah di negeri karat Umno-APCO sejak beberapa hari lalu.
Menurut salah seorang pengunjung yang ditemui, orang Umno-APCO percaya Muhyiddin lebih layak untuk memimpin Malaysia berdasarkan perkembangan semasa yang tidak memihak Najib Altantuya dipercayai akibat campurtangan isterinya sendiri, Rosmah Mansor dalam hal pentadbiran negara.
Tambahnya lagi, hasil maklumat dalaman, sekiranya Najib Altantuya tidak diturunkan dari jawatannya sekarang, besar kemungkinan Umno-APCO dan Barisan Nasional akan kalah teruk bukan setakat di negeri kelahiran Umno-APCO itu bahkan kebanyakkan kawasan parlimen di Malaysia.
Dengan tajuk poster "Selamatkan Barisan Nasional" di bahagian atas manakala di bahagian bawahnya tertulis "Kami Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai PM Sebelum PRU13" dipercayai diterbitkan oleh Barisan Nasional Negeri Johor, tidak syak lagi ia bakal mencetuskan perang antara kedua-dua pemimpin tertinggi negara yang sudah lama bertelingkah dalam soal dasar dan hala tuju kerajaan.
Sementara Najib Altantuya memilih slogan 'Malaysia dahulu baru Melayu', Muhyiddin pula jelas bertentangan dengan prinsip bosnya yang membuktikan bahawa kedua-dua mereka sudah tidak sehaluan lagi.
Setakat ini belum ada sebarang penafian mahupun kenyataan rasmi dikeluarkan Muhyiddin atau badan perhubungan Umno-APCO dan BN negeri yang diketuai Menteri Besar, Ghani Othman. -jalanpulang
Ulasan GB
Tidak menghairankan. GB sudah membuat pemerhatian satu ketika dulu di SINI. Petikan:
Setelah Pak Lah mengambil alih jawatan PM, pada awalnya sokongan ahli UMNO terhadapnya memuncak sehingga pilihanraya 2004, UMNO BN mencatatkan keputusan terbaiknya di dalam sejarah pilihanraya negara.
Tetapi ahli-ahli UMNO sendiri melihat rupa-rupanya Pak Lah ini terlalu lemah. Sehingga orang-orang Najib pula mengasaknya supaya turun segera (jangan lupa ada manderam ditemui di pejabat Pak Lah - orang kata agen Rosmah yang letak... wallahu alam).
Dan kini Najib berkuasa.
Putaran akan berlaku dimana jika dahulu Pak Lah diasak untuk turun, maka tidak mustahil perkara yang lebih buruk boleh menimpa Najib.
Itu hukum karma, atau di dalam istilah kita, sunnatullah. Pesan Tuhan, sunnatullah itu tidak berubah.

5 ulasan:
tapi smue rakyat nak umngok turun..
najib kami x nk. muhyidin pun kami x mo
uwekk!!!
Tiada komen.Biarkan mereka ber'tetak' sesama sendiri..kita tengok cerekarama ni sambil gelak.Blogger pro-PR adakah berbaloi blog cerita ni?? buang masa saja bro..cukup sekadar ada kat blog pro-BN sudah la.
cuba pikir logik PAS sendiri miskin,lagi mau cetak poster BN ribu2? Lagi baik guna duit tu cetak poster sendiri..n jgn lps ni timbul 'miskin apa?? ada org sponsor tu'. gen-Y tlg jwb utk PAS:Kalo org sponsor sikit2 pun BAIK CETAK POSTER PAS.
Selebihnya.. mintak mana2 saudara/i anak johor cerita suasana politik negeri johor skrg & bagaimana ceramah UAI 'kucar-kacir diserang' rakyat johor. Tahniah ustaz.
Eloklah jatuhkan Najib dan naikkan Muhyiddin. Najib ni lebih nak cari populariti diri sendiri dari nak popular dan ketengahkan Umno. Najib ni lebih memperhabiskan duit negara untuk sokongan diri sendiri.
Muhyiddin boleh diharap untuk membela bangsa melayu. Dia sendiri mengaku dia melayu dulu dan Malaysia kemudian. Muhyiddin yg banyak bersuara minta Pak Lah turun. Najib diam dan cuba 'play safe'. Pak Lah turun Najib yg naik. Najib ni muka tak tau malu. Orang lain yg bekerja dia yg naik. Orang2 Umno kena nyahkan dia cepat. Dia ni tak ada idea. Semuanya dia tiru apa PR nak buat.
Orang Umno kena lantik kepimpinan yg baru. Cepat jangan tangguh2.
Dulu orang Najib asak pak lah turun. kini orang muhyiddin alias NFC lembu nak asak najib turun. Sekarang dan sampai bila - bila rakyat malaysia akan asak UMNO turun pada PRU akan datang.
tgk tv setiap hari byk betul iklan yg memperomosikan Najib. sakit mata. lagi2 kalu ade video klip nd lala tu. camne lagu bodeknye.... piem kite untok semue..... gelinya. kah kah kah
si muhyidin ni plak. korang tgk ler track record dia masa jd MB Johor. bape byk tanah dia da jual. sampai ader tahap geram punye pasal, kubur bapak dia pon orang kencingkan. x pasal2 arwah bapak dia yg terpalit. org muor byk tau pasal ni.
Catat Ulasan