4 Sep 2012

[VIDEO] PR Jangka PRU13 Pada November, TGNA kata Tak Kisah, Janji Undi PR

PR ramal PRU Nov, 'PM belum tentu nasib baik'

KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) menjangkakan bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan November ini, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini.

"Akhir-akhir ini semacam ada indikasi PRU akan diadakan pada tahun ini iaitu November," kata beliau.

Beliau yang mengambil kira angka 11 sebagai nombor 'pilihan' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Pandangan ramai tentang nombor magik boleh diterima pakai tapi belum tentu dia bernasib baik ke tidak, angka 11 dia..." ujar Mustafa.

Beliau berkata demikian apabila merujuk kembali kepada pilihan raya umum pada November 1999.

"Kita pernah adakan pilihan raya pada November tapi Umno kalah teruk," kata Mustafa lagi.Namun demikian, beliau turut menjangkakan pilihan raya paling lewat pada tahun hadapan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat. -SH

Nik Aziz: Tak kisah bila PRU, penting rakyat undi PR

KUALA KRAI - Pas tidak ada sebarang masalah dan bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada bila-bila masa termasuk kemungkinan diadakan pada November ini.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pendiriannya sama seperti sebelum ini yang tidak kisah tarikh PRU13 diadakan asalkan rakyat memberikan sokongan kepada parti itu dan Pakatan Rakyat.

“Saya selalu sebut, pilihan raya nak buat bila-bila pun tak apa tetapi pastikan rakyat mengundi Pas atau Pakatan Rakyat. Kita selama-lamanyasiap sedia,” katanya.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Penutup Festival Makanan dan Buah-buahan Kelantan sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 (TMK@12) di Dataran Cintawangsa, dekat sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membayangkan PRU13 mungkin diadakan pada November ini ketika berucap sempena perasmian serentak mesyuarat perwakilan UMNO di Sandakan, Sabah semalam.

Pada ucapannya, Perdana Menteri menyifatkan 2012 sebagai tahun yang amat unik kerana banyak peristiwa bersejarah ada kaitan dengan angka 11 seperti genap 66 tahun usia Umno dan 55 tahun negara capai kemerdekaan.




3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan UMNO nak buat pilihanraya pada bila - bila pun jawapannya tetap sama iaitu rakyat tetap mahu UMNO turun. Sekarang ini rakyat malaysia cukup bermaklumat dan macam mana kau tipu pun tetap akan terdedah segala perbuatan jahat mu suatu hari nanti Wahai UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Daim Zainuddin bilang angka 11 itu lambang dua batu nesan diatas kuburan umno.

Bukan saya yg kata. Daim yg kata.

Tanpa Nama berkata...

Kemungkinan pilihan raya diadakan pada bulan November adalah tipis kerana pada masa itu peperiksaan SPM dan STPM sedang berlangsung.