2 Sep 2012

[VIDEO & BERGAMBAR] PERKASA Ganggu Tazkirah Anwar Di Masjid - updated


Ahli-ahli Perkasa cuba mencerobohi masjid, membaling kasut yang hampir-hampir mengenai sdr Mahfuz Omar...







Ejen provokasi guna pembesar suara & membunyikan siren ketika tazkirah sedang disampaikan.


Mereka cuba merempuh masuk kedalam masjid Darulaman dalam usaha mereka menghalang DSAI bertazkirah...
Mana Polis, mana menteri jaga KDN punya komen?





Salah seorang ejen provokasi yang berjaya dirakamkan oleh petugas Jelajah Merdeka Rakyat di Masjid al-Husain, Seberang Pumpong, Alor Star sebelum solat Maghrib tadi.


Terkini dari KEDAH....

Ahli Perkasa mencetuskan provokasi ketika DS @anwaribrahim hendak menyampaikan tazkirah.
- Ahli Perkasa mencetuskan provokasi ketika DS @anwaribrahim hendak menyampaikan tazkirah.
- Ahli Perkasa mengeluarkan kata2 kesat & membaling kasut kedalam masjid ketika tazkirah disampaikan.
- Tazkirah Maghrib DS @anwaribrahim diteruskan w/pun lampu masjid & speaker dipadamkan
P/S : Masjid pun dah tak tau nak hormat......lihat dan nilaikan sendiri betapa terdesaknya..

Anwar, Mahfuz diserang dalam masjid

ALOR STAR: Sekumpulan samseng yang dipercayai ahli Perkasa hari ini bertindak ganas dengan menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah.

Menurut laporan Keadilandaily, tindakan biadap itu tercetus apabila beberapa pemuda berhimpun dan memulakan provokasi ketika Anwar hendak menyampaikan tazkirah di dalam masjid Al Husin.

Mereka juga bertindak memadamkan lampu masjid dan alat pembesar suara berulangkali, memaksa Anwar menggunakan loud hailer untuk meneruskan kuliahnya.

Kumpulan terbabit juga mengeluarkan kata-kata kesat dan membaling kasut ke dalam masjid ketika tazkirah disampaikan. Malah, mereka turut menggunakan pembesar suara dan membunyikan siren ketika Anwar menyampaikan tazkirah.

Ketua kumpulan itu yang hanya dikenali sebagai Dato Yusof dikatakan mengugut bertindak lebih keras sekiranya Anwar tidak menghentikan kuliahnya serta-merta.

Bagaimanapun, Anwar menegaskan tiada apa yang perlu ditakutkan menyebabkan jemaah masjid terus mendengar kuliah beliau.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang berada di masjid itu turut menjadi sasaran apabila kasut yang dibaling hampir-hampir mengenai beliau.

Kejadian serangan terhadap ketua pembangkang ini adalah insiden kedua selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan, semalam.
-HD







Anwar di rumah imam masjid.




...bersambung di [BERGAMBAR] Ribuan Manusia Di Ceramah Anwar Di Alor Setar Selepas Diserang



10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sungguh kurang ajar...sembahyang tak nak...semoga allah membalasnya...amin

Tanpa Nama berkata...

YA ALLAH.. Hancurkan umno dan skutunya.. AMINNNNNN.
Jangan lupa ABU...

Tanpa Nama berkata...

Jadilah kamu Golongan menyebarkan Ilmu atau golongan yang belajar Ilmu atau golongan yang mendengar atau golongan yang suka kepada golongan yang di atas, janglah kamu jadi golongan yang kelima iaitu golongan yang MENGHALANG golongan2 di atas, sesungguhnya golongan INIlah yang dilaknat Allah

Tanpa Nama berkata...

er...cume terfikir...cane keadaan sebenarnya adalah sebaliknya...iaitu bukan umno yg dipergunakan..tapi perkasa...nama perkasa digunakan sewenang2nya oleh UMNO utk memburukkan imej PERKASA..(devil hiding behind those evil)...kahkahkah...

Ibrahim Ali...harus beratanggungjawab...(mai ramai2 buat report polis mencemar rumah Allah which is relate to islam..)

ade hati nak bela agama..ptuih....!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

aku ahli UMNO, aku mula benci UMNO membezikan wang dengan upah samsing UMNO ganggu parti politik lain yang sah disisiundang Malaysia.
wahai AHLI UMNO.. tak semua ahli UMNO akan mengundi UMNO jika mempamirkan sikap kurang ajar pada sesama manusia lain,
aku sedar diriku di perbodohkan oleh samsing UMNO yang berkuasa sedang memerintah Malaysia sekarang.

budakhutanmelentang berkata...

semakin hari semakin terang dan jelas ditunjukkan oleh Allah siapa sebenarnya Perkasa nih. Menyampah, meluat dan getik melihat wajah manusianye!!!

Tanpa Nama berkata...

Selagi UMNO memerintah selagi itulah budaya gangster semakin berleluasa dan tidak hairanlah suatu hari ini negara kita bakal menjadi negara mafia sama seperti di mexico.

Tanpa Nama berkata...

Semoga allah jatuhkan BN kerana kezaliman mereka

din siam berkata...

Ahli pkasa ni kumpulan yang ada kekuatan jasmani tetapi tak ada otak dan tak ada ruang nak tinjolkan diri. Pak Brahim cekap, dia dah nampak akan semangat yang dimiliki oleh ketuloi2 ni, lantas dipergunakannya tepat pada masanya, apa lagi tegak la balong mamat2 nie nak tunjuk hero... kesian kat depa ni, last sekali penat saja la !

Tanpa Nama berkata...

Eh pencacai2 perkosa tu dpt RM20 la… byk tu!!! Hahahah