2 Sep 2012

Jika Anwar Tidak Ada Locus Standi, Bagaimana Pula Rosmah Mansor?

Sultan persoal kerajaan Selangor jemput Anwar

KUALA LUMPUR, 2 Sept — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mempesoalkan tindakan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor menjemput Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tetamu kehormat sewaktu Sambutan Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri malam Khamis lalu.

Dipetik Sinar Harian, Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani berkata tindakan oleh PR Selangor itu menimbulkan tanda tanya kerana Anwar tidak menjawat sebarang kedudukan tertinggi di peringkat negeri, sebaliknya hanya bertindak selaku Penasihat Ekonomi negeri.

"Tuanku Sultan melahirkan rasa pelik mengapa Anwar yang tidak berada dalam jawatan tertinggi negeri menjadi tetamu kehormat. Beliau tidak memegang sebarang portfolio rasmi kecuali sebagai Penasihat Ekonomi.

"Kebiasaannya kalau Tuanku tidak dapat hadir dalam program rasmi negeri, Menteri Besar akan menggantikan baginda untuk memberi ucapan," katanya dan menambah, "tetapi mengapa Anwar yang dijemput, ini program rasmi, bukan politik."

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam turut menegaskan, tindakan kerajaan PR Selangor itu yang tidak menjemput Sultan ketika sambutan ambang Kemerdekaan di Dataran Shah Alam bukanlah satu tindakan yang mengejutkan.

Sebaliknya, beliau berkata kerajaan negeri itu juga lebih menghormati Anwar yang tidak mempunyai "locus standi" berbanding Sultan Selangor.

"Soal tidak hormat Sultan Selangor bukan mengejutkan kita ... mereka lebih hormat penasihat ekonomi yang tidak ada locus standi," tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu ketika Majlis Rumah Terbuka BN Selangor semalam.

Tambah Najib, Sultan adalah simbol kepada perpaduan dan kedaulatan negeri dan seharusnya baginda diberi penghormatan.

Namun tindakan PR itu adalah bukti kepada banyak perkara yang cuba diubah dan dilakukan PR, namun tidak berjaya disebabkan Putrajaya masih lagi di bawah penguasaan BN.

"Baginda adalah simbol kepada negeri yang perlu kita hormati," katanya lagi.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyerahkan kepada Setiusaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Khusrin Munawi untuk memberikan penjelasan berhubung isu tersebut.

"Sejak 2007 program merayakan ambang Merdeka bukan melalui Pejabat Menteri Besar, tapi Pejabat SUK," kata Khalid.

Beliau turut menjelaskan terdapat satu jawatan dalam Pejabat Menteri Besar yang diwakili pegawai kerajaan dalam perbincangan untuk melaksanakan program berkenaan.

"Ini bukan penglibatan politik tetapi sambutan ambang Kemerdekaan ini dilaksanakan pegawai kerajaan yang sudah melakukan perkara itu sejak beberapa tahun lalu.

"Saya sudah empat tahun merayakan Kemerdekaan dan semuanya dilakukan pejabat SUK, saya tidak nampak perbezaan yang berlaku ... Penjelasan terbaik boleh dibuat Datuk SUK," katanya.

Tambah Khalid, beliau juga akan berjumpa Sultan Sharafuddin setiap Rabu, dan akan bercakap berkenaan perkara berbangkit berkenaan Rabu ini dengan baginda.

Kerajaan PR Selangor telah menerima tekanan daripada pemimpin BN kerana dikatakan membelakangkan Sultan Selangor apabila tidak menjemput baginda dalam sambutan ambang Kemerdekaan di Shah Alam pada malam Khamis lalu. -TMI

Ulasan GB

Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan tidak mempunyai locus standi untuk dijemput ke Majlis Sambutan Merdeka Negeri Selangor, apa locus stadi yang Rosmah Mansor ada untuk berada di pentas sambutan Merdeka oleh kerajaan Pusat di Dataran Merdeka?

Sejak bila Rosmah Mansor dipilih oleh rakyat atau dipilih untuk berada di dalam barisan kabinet Kerajaan Barisan Nasional?

Rosmah Mansor tidak ada jawatan penting di dalam kerajaan tetapi hanyalah seorang Penaung Permata Negara. Apakah Rosmah lebih besar dari Agong?

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah pun mencemar duli menyertai Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 yang turut disertai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Marzuki Husin dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa.



Laporan sebelum ini
klik untuk baca



8 ulasan:

ahmadyani berkata...

Sultan Selangor yang mempersoalkannya atau Setiausaha Sulit Sultan yang mempersoalkannya? Itu dua perkara yang berbeza.

Tanpa Nama berkata...

Saperti yg kita lazim tahu dalam sambutan ambang kemerdekaan memang jarang kita lihat malah DYMMNSeri Paduka pun tidak berada di lokasi ambang kemerdekaan.

Nazaruddin Mohamad berkata...

Yup, aku sokong persoalan ahmadyani. Lebih baik dipastikan siapakah sebenarnya yang mempersoalkan jemputan ke atas DSAI tersebut supaya rakyat tidak salah belasah pulak nanti. Nanti kang tak pasal2 sultan kena belasah sedangkan yang buat ulasan hanyalah SU Sulit beliau (tak sesuai untuk gunakan gelaran baginda lagi sebab gelaran tersebut dah diambil oleh Razak Baginda. hahaha). Tapi kalau memang betul sultan a.k.a raja yang keluarkan kenyataan tu, rakyat memang tunggu jer untuk belasah beliau pulak!

Tanpa Nama berkata...

Berita baik,
Al-HamdulilLaah.
Semua pihak mencemburui kejayaan DSAI dan Pakatan Rakyat.
Buktinya,
Takde pula pihak yang bising mengapa mereka tak dijemput dalam majlis rasmi yang disana ada najib dan rosmah....
Betul tak...?
Kah... kah... kah...
Hakikatnya mereka sangat sedar dan dah mula yakin bahawa DSAI sedang diperlukan oleh rakyat bagi menggerakan satu peruhan kepimpinan negara.
Jika tidak berada-ada masakan tempua bersarang rendah...
Apa nak ditakutkan akan perubahan tersebut. Sebaliknya bersamalah dengan rakyat.
Jangan buat-buat tidak tahu dan buat-buat tidak faham tujuan rakyat itu.
Marilah bersama rakyat.

kampong lad berkata...

najib ialah pm, itu yg tersurat, yg tersirat dia tu maharaja, jadi bini dia tu maharani la. bila orang buat betui, dia kata salah, maka salah la!, tapi bila dia buat salah pulak, dia kata betui, betui la! macam cerita p.ramlee, kot mana pun dia untung....penyamun pun boleh mati dlm iman, bergilir2 sampai abg jamil mampos...ha ha.

Tanpa Nama berkata...

POLITIK SELANGOR AKAN MERUBAH POLITIK TANAH AIR. Ini yang ditakuti oleh puak2 umno.

Ammy Hassan berkata...

DYMM Sultan adalah Ketua Agama Negeri masing2. Sayugialah segala tindak-tanduk dan pencemaran duli selaras dengan sifatnya Ketua Agama. Sambutan Ambang Kemerdekaan adalah BIDAAH (cuma hasanah patriotik) lantaran DYMM Sultan tidak perlu dinasihatkan untuk mencemar duli ke majlis2 sebegitu, biarlah pimpinan negeri dalam kapasiti kenegerian atau politik berbuat demikian. Majlis Tahlil atau Majlis Rekreasi/ Sukan dan Sambutan Sebenar Kemerdekaan sudah memadai. Letakkan diri Sultan2 kita di tempat Yang Selebih Mulia.

Tanpa Nama berkata...

Sultan kelantan, kedah, terengganu, perlis lebih berkecuali dalam politik berbanding sultan lain