Kuantan: “Hampir menitis air mata saya melihat mayat bayi tidak berdosa itu terperosok dalam lubang tandas, tapi demi tanggungjawab, saya dan tujuh rakan yang lain kuatkan juga semangat untuk menjalankan tugas.”
Demikian, kata seorang daripada anggota bomba ditugaskan mengeluarkan mayat bayi baru lahir yang tersumbat dalam lubang tandas Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini semalam.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Adli, 40-an, berkata, dia dan rakan-rakan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan, mengambil masa lebih tiga jam untuk memecahkan tandas bagi mengeluarkan mayat bayi itu, bermula jam 8 pagi.
“Sebaik saja melihat separuh kepala bayi itu terperosok dalam lubang tandas, kami sedar tiada cara lain untuk mengeluarkannya kecuali memecahkan mangkuk tandas itu dengan berhati-hati kerana bimbang ia mencacatkan tubuh bayi berkenaan.
“Kami mengambil masa lebih tiga jam untuk memecahkan tandas itu perlahan-lahan. Kami bergilir-gilir melakukannya. Ketika itu juga hati saya bercampur baur antara sedih dan geram dengan manusia yang membuang bayi itu,” katanya. -HM

Bayi ditemui mati dalam mangkuk tandas hospital
KUANTAN — Seorang bayi lelaki yang dipercayai baharu dilahirkan dijumpai mati dalam mangkuk tandas di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini kira-kira 4.45 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd. Jasmani Yusof berkata, berikutan itu seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun yang dipercayai melahirkan bayi tersebut telah ditahan di hospital berkenaan.
“Bayi lelaki berkenaan telah dijumpai mati di dalam sebuah mangkuk tandas di Wad Teratai 2C dengan keadaan kepala bayi itu terperosok ke dalam mangkuk tandas.
“Anggota bomba terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan bayi yang tersepit di dalam mangkuk tandas itu,” katanya.
Beliau berkata, sebelum itu pihaknya menerima panggilan dari pihak hospital tentang perkara tersebut setelah dimaklumkan oleh petugasnya.— BERNAMA
5 ulasan:
Tiada apa lagi yang mampu dilakukan oleh kerajaan UMNO/BN untuk membetulkan kecelaruan terutama kehidupan golongan muda remaja dalam masyarakat kita kini.
Khabarnya pada 2 Sept nanti satu lagi program yang merosakkan belia muda remaja sedang diatur.
Sembilan ke sepuluh bulan lagi akan muncul lagi kes-kes yang sama iaitu buang bayi.
Pakatan Rakyat amat patut dan diperlukan untuk diberi ruang dan peluang membetulkan keadaan itu.
PRU-13...
Hidup Pakatan Rakyat.
ABU
Kerajaan BN halang kahwin bawah umur walaupun dah baligh, tumbangkan UMNO PRU13
Program BN macam jemput kumpulan K-POP penyebab buang bayi berleluasa?
Bkn takat konsert k-pop jer, mlm sambutan tahun baru ngan ambang merdeka mmg jd program maksiat. Cuba korang perati tiap2 tahun bulan mei ngan september mesti byk kes buang bayi. Bulan mei hasil haramjadah masa ambang merdeka, bulan september hasil haramjadah mlm tahun baru… trend ni dah lama berlaku!!!
kuburkan UMNO BN.mereka perosak. Islam semakin tipis, Melayu terus melayu.
Catat Ulasan