1 Sep 2012

Apabila PERKASA Melembukan Diri Mereka Sendiri

Perkasa buat laporan polis isu tak undang Sultan Selangor pada Sambutan Hari Merdeka Selangor


Selangor patuhi prosedur sambutan ambang merdeka - MB

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) telah mematuhi segala amalan dan prosedur dalam menganjurkan sambutan malam ambang kemerdekaan di Dataran Kemerdekaan di sini, Khamis lepas.

Abdul Khalid berkata ini kerana pejabat SUK mempunyai pengalaman luas dalam mengadakan program seumpama itu pada tahun-tahun sebelum ini dan beliau "tidak berasa sangsi dengan keupayaan pejabat SUK menganjurkan sambutan itu dengan betul dan tertib".

"Sambutan ini bukanlah daripada penglibatan parti politik semata-mata tetapi ia dilaksanakan pegawai kerajaan menerusi pejabat SUK untuk beberapa tahun sebelum ini termasuk pentadbiran terdahulu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sebuah pameran kartun di Galeri Shah Alam di bandar itu.

Abdul Khalid mengulas laporan akhbar bahawa kerajaan Selangor pimpinan PKR membelakangkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah apabila tidak menjemput baginda ke majlis sambutan itu.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata satu jawatankuasa khas dianggotai wakil pejabat SUK dan Menteri Besar ditubuhkan setiap kali menjelang sambutan ambang kemerdekaan.

Beliau berkata pihaknya mengadakan perjumpaan dengan Sultan Selangor setiap hari Rabu sebelum mesyuarat exco untuk memaklumkan mengenai segala program yang diadakan di negeri itu termasuk sambutan ambang kemerdekaan.

Menurut satu sumber yang enggan dikenalpasti, adalah menjadi amalan biasa pejabat SUK untuk menjemput Sultan Selangor hanya untuk berangkat ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena sambutan Hari Kemerdekaan, dan bukannya untuk sambutan malam ambang kemerdekaan.

Sementara itu, Yang Dipertua Perkasa Selangor Abu Bakar Yahya meminta polis menyiasat laporan akhbar yang menyatakan kerajaan negeri tidak menjemput Sultan Selangor ke majlis sambutan ambang kemerdekaan.

Beliau berkata sambutan kemerdekaan adalah anjuran rasmi kerajaan negeri untuk rakyat Selangor dan adalah wajar baginda dimaklumkan mengenainya.

"Perkasa Selangor bimbang akan timbul kemarahan rakyat kerana kerajaan negeri Selangor menyisihkan kepentingan Raja-raja Melayu khasnya Tuanku Sultan Selangor dalam sambutan ini.

"Oleh hal demikian, Perkasa bimbang sekiranya ada campur tangan 'orang luar' terhadap pentadbiran kerajaan Selangor," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam. - Bernama

erkasa lapor polis isu undangan untuk Sultan Selangor

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Selangor hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan kerajaan negeri itu ekoran satu laporan yang mendakwa Sultan Selangor tidak menerima undangan ke majlis sambutan kemerdekaan peringkat negeri pada malam 30 Ogos lalu.

"PERKASA Selangor meminta polis menyiasat sekiranya ada campur tangan pihak luar dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor sehingga tidak menjemput Sultan Selangor dalam sambutan ambang kemerdekaan ke-55 peringkat negeri Selangor," laporan itu dipetik.

Laporan berkenaan dibuat oleh setiausaha PERKASA Selangor, Azahar Othman di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam hari ini, ekoran satu laporan akhbar Utusan Malaysia semalam berhubung dakwaan itu.

"Perkasa Selangor bimbang akan timbulnya kemarahan rakyat kerana kerajaan Selangor menyisihkan kepentingan Raja-Raja Melayu khasnya Tuanku Sultan Selangor," kata Azahar lagi dalam laporan polisnya.

Laporan Utusan Malaysia bertajuk "PKR belakangkan Sultan Selangor?" semalam memetik kenyataan setiausaha sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani bahawa Sultan Sharafuddin Idris Shah "tidak dimaklumkan secara rasmi oleh kerajaan negeri mengenai sambutan berkenaan".

Mohamad Munir dalam kenyataannya pada 30 Ogos itu juga menyebut bahawa "Sultan Sharafuddin hanya dijemput berangkat hadir pada majlis tahlil serta bacaan Yasin sempena kemerdekaan negara yang diadakan di Masjid Negeri."

Turut hadir bagi memberi sokongan ialah Yang Dipertua PERKASA Selangor, Abu Bakar Yahaya dan kira-kira 50 orang penyokong pertubuhan pro-Melayu itu.

Sambutan hari kemerdekaan dan hari Malaysia peringkat negeri Selangor diadakan pada malam Khamis lalu di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam.

Antara tetamu yang hadir pada malam itu ialah penasihat ekonomi negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
-mk




8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mengapalah bangang nya ....selalunya sambutan merdeka peringkat negeri hanya MB sahaja yang di libatkan.Banyak negeri yang saya merantau begitulah keadaan nya.Cuma di Selangor ni di kecohkan keadaan nya olih mereka mereka yang nak mencari publisiti dan periuk nasinya.Biasalah ramai pengampu dari yang benar benar memcurah jasa.



gie berkata...

Haha perkasa makan taik lagi bagus, jgn makan nasi. Bodoh mengalahkan lembu

Tanpa Nama berkata...

Perkasa dah mmg lembu… xperlu la diorg nak melembukan diri lagi…
Eh! Bukan Umngok ke yg lembu? Hahahah

Tanpa Nama berkata...

Pada ingatan teman, sepanjang count down di Dataran Merdeka, tak ada pun SPB Yang DiPertuan Agong turut serta.........Apa bicara Perkasa ni..........

Tanpa Nama berkata...

UMNO = LEMBU....PERKASA = TAHI LEMBU

kah..kah..kah..

Andre Irwan berkata...

Manusia berkepala lembu.

Tanpa Nama berkata...

bila mca buat petition mnghalang hudud..perkasa bisu..tuli..ni nmpak nak mlaga laga sultan dgn krajaan selangor dbwah pr..perkasa telah diperkosa oleh kaum2 syaitan smpai sggup buat bnda2 tak berfaedah..tolonglah bntu rakyat yg susah..buat laporan mmbantu yg mmerlukan bntuan..

wak parjoe berkata...

wAK DAH CAKAP LAMA DAH. cOBA TENGOKL SESAPA JE YANG JADI AHLI pKASA NI ? Mereka bukannya cerdik pun, sekolah pun tak tinggi mana so jadi ikut2 je la, Yang sekolah tinggi pulak ada kepentingan peribaDI, ha ha ha