7 Ogo 2012

Tiga Dihukum Denda Tampal Poster Hina Guan Eng & Ambiga

Hukuman tampal poster menghina

KUALA LUMPUR: Tiga sahabat didenda masing-masing RM700 oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku salah atas tuduhan menampal poster mengandungi gambar dan perkataan berunsur penghinaan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S Ambiga, Februari lalu.

Majistret Zulkpli Abdullah memutuskan demikian terhadap kerani hospital, Muhammad Nizam Ali, 24, pemandu, Hamzah Mahmood, 32 dan juruteknik, Shahir Saarani, 30, selepas mereka menukar pengakuan daripada tidak bersalah kepada bersalah, semalam. Ketiga-tiga tertuduh turut berdepan dengan hukuman penjara 14 hari sekiranya gagal membayar denda.

Bagaimanapun dua lagi tertuduh, juruteknik, Mohd Norizam Che Othman, 31 dan peniaga, Mohd Jamil Jamaluddin, 36, masih mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama.

Mengikut pertuduhan, semua mereka bersama lima lagi yang masih bebas didakwa melakukan kesalahan itu dengan menampal di tempat awam poster mengandungi gambar dan perkataan sedemikian di Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, di sini, jam 3.40 pagi, pada 4 Februari 2012.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 15(2)(a) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda tidak lebih RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. -hm


BERITA SEBELUM INI

5 lelaki dituduh tampal poster hina Guan Eng, Ambiga


Lima lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini terhadap tuduhan menampal poster mengandungi gambar dan perkataan berunsur penghinaan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan bekas Presiden Majlis Peguam Datuk S.Ambiga.

Muhammad Nizam Ali, 24, Hamzah Mahmood, 32, Mohd Norizam Che Othman, 31, Shahir Saarani, 30, dan Mohd Jamil Jamaluddin, 36, didakwa bersama lima lagi yang masih bebas melakukan kesalahan dengan menampal di tempat awam poster mengandungi gambar dan perkataan seperti "Lim Guan Eng Racist", "Lim Guan Eng Anti Melayu" dan "Undi Ambiga Undi Seks Bebas".

Muhammad Nizam dan Hamzah, kedua-duannya penganggur, Mohd Norizam dan Shahir, kedua-duanya mekanik, dan Mohd Jamil, seorang peniaga, dituduh melakukan kesalahan itu di Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, di ibu negara pada 3.40 pagi 4 Feb lepas.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 15(2)(a) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda tidak lebih RM1,000 atau kedua-duanya.

Majistret Zulkpli Abdullah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Mei untuk sebutan semula.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Haderiah Siri, manakala peguam Rezal Mazli Abdul Muin, mewakili kesemua tertuduh.
- Bernama


9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Inilah kerja bodoh orang melayu, aku pun melayu juga tapi aku guna otak nak fikir, tapi melayu nie guna kepala lutut sebab ikut sangat arahan kepala yang diatas tak ada akal. Ha sekarang bila dah kena hukum dimana orang yang kita agung-agungkan itu, padan muka kita.

Yong berkata...

Salam Greenboc
Tak adil! Tak adil! Dalangnyer ngapa tak dihukum? Takkan kerani dan juruteknik ni mampu kuar duit buat poster tu! Sendiri fikirlah!

anak simpang 3 sungai buluh berkata...

cer tengok pekerjaan diorang.Semua yg terlibat dlm kes ni tak lulus SPM dan aku rasa ada yg tak ambil SPM pun. sebab tu diorang bodoh. dah laa bodoh, jadi pencacai mamak/umno penang pulak... kesian.

puak-puak ni, aku berani potong ayam mesti ahli2 pekida. pekida mmg perlukan org2 bangsat mcm ni utk buat kerja kotor. kerja yang dapat upah dan tak payah sesusah pakai otak.. bodoh laa katakan.. mmg jadi makanan org cerdik laa.

Tanpa Nama berkata...

itu la dia tahap pemikiran seorang kerani, pemandu n juruteknik..

sumpah sumpah berkata...

kebodohan yang membawa padah..dah ku madah...

Tanpa Nama berkata...

as salam, pe hal lak nak hina jawatan seseorang...jgn buat kesimpulan bahawa tahap pemikiran org berjawatan begini rendah...yg buat salah diri individu itu sendiri dan kebetulan mereka membawa jawatan itu dlm diri mereka...marahlah atas nama mereka bukan jawatan mereka....

Tanpa Nama berkata...

salam semua. Macamana dgr org2 yang terlibat dalam bersih pulak? Semua nya pun takda otak. Jgn takat nak hina SPM jer takder otak, yang degree, PHd, BSc, pun ramai yg bahalol. Ni lah politik Malaysia. Sama jer...

zax berkata...

as salam, pe hal lak nak hina jawatan seseorang...jgn buat kesimpulan bahawa tahap pemikiran org berjawatan begini rendah...yg buat salah diri individu itu sendiri dan kebetulan mereka membawa jawatan itu dlm diri mereka...marahlah atas nama mereka bukan jawatan mereka....


engkau sendiri pun sama taraf dgn mereka2 itu.. bangang dan tolol..kalau terpelajar, mereka takan buat kerja begitu, membodohkan diri sendiri, menjadi pencacai angkat najis ketua2 mereka.kerana setakat lulus/ gagal PMR dan Darjah 6 la mereka mendapat kerja sebegitu,menjadi barua kpd umngok laknat. senang2 di lembukan dan letak otak kat dlm lubang juboq sialfool. Pastikan ABU

Tanpa Nama berkata...

Siapa yang makan cili, dia yang rasa pedasnya. Pada pendapat saya, bukan soal kelulusan akademik yang jadi persoalan di sini tetapi sikap seseorang di dalam menghadapi apa saja isu yang timbul. Kalau ada PhD pun tapi tak ambil kesah tentang penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin negara, tak guna juga.