7 Ogo 2012

Kronisme Tegar Di Era Transformasi Najib

Tindakan kerajaan menganugerahkan projek LRT Ampang kepada George Kent adalah bukti ketegaran amalan kronisme dalam kerajaan BN selain menyerlahkan lagi kegagalan konsep transformasi yang dilaungkan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara,Tony Pua berkata, ketika Najib Razak melancarkan Model Ekonomi Baru (MEB) menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 2010,beliau telah mengisytiharkan untuk menghapuskan amalan ‘rent-seeking’ dan naungan.

Namun, penganugerahan projek kepada George Kent itu tidak menggambarkan kenyataan yang cuba dilaksanakan Najib Razak.

“Anugerah ini telah terbukti bahawa bukan sahaja Datuk Seri Najib Tun Razak gagal untuk menghapuskan amalan ‘rent seeking’ dan naungan dalam perolehan Kerajaan dan proses tender.

“Perlakuan ini menjadi semakin terang-terangan dan berkembang pesat di negara ini,” kata Pua dalam kenyataan medianya.

Jelas Pua lagi,sejak minggu lalu, pelbagai pendedahan menunjukkan bahawa George Kent memenangi bidaan walaupun harganya RM167 juta lebih tinggi daripada tawaran asal yang dicadangkan pemilik projek Syarikat Prasarana Negara.

Malahan, George Kent telah dianugerahkan kontrak walaupun gagal kriteria teknikal.

“Eksekutif industri dipetik berkata bahawa “George Kent mungkin perlu subkontrak kira-kira 70 peratus sehingga 80 peratus daripada nilai kontrak kerana ia bukan merupakan pengeluar peralatan asal mana-mana komponen yang diperlukan untuk kerja sistem.

“Eksekutif tertinggi dari Nokia juga telah mengesahkan bahawa mereka telah dihubungi oleh George Kent untuk mengambil bahagian dalam projek itu sebagai subkontraktor,” ujar Pua.

Tambah beliau lagi,Balfour Beatty juga telah didekati untuk projek subkontrak itu tetapi eksekutif rapat kepada kumpulan yang berpangkalan di United Kingdom berkata ia telah “menolak” tawaran itu.

“Anugerah ini menunjukkan bahawa kontraktor Ali-Baba yang masih wujud yang mempunyai pertalian politik.

“Bagaimanakah Datuk Seri Najib Tun Razak boleh terus bercakap tentang “Model Baru Ekonomi” dan “Transformasi Ekonomi” apabila kroni Barisan Nasional (BN) terus memperolehi tender kerajaan yang lumayan melalui rent seeking dan naungan, dan bukan dengan kecekapan, kualiti dan daya saing harga,” katanya. -selangorku

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Inilah kerajaan kita sekarang. Lain yang dicakap lain yang dibuat, seolah -olah rakyat ini bodoh tak tahu kerajaan buat. OI Najib janganlah kau sama rakyat malaysia sekarang dengan rakyat malaysia 70an sebab sekarang ini rakyat semuanya bermaklumat biarpun kau nafikan hak media pembangkang. Bersedia untuk kau tumbang UMNNO dan digantikan dengan pakatan rakyat (PR)yang lebih telus pemerintahannya.

Tanpa Nama berkata...

Beban Negara (BN).Seterusnya terjadilah Barang Naik.Aset Negara semakin hilang dikaut oleh pemimpin BN bekalan untuk 10 keturunannya.

Tanpa Nama berkata...

Rakyat bertambah sakit hati dengan pelakuan pemimpin BN/UMNO. Mereka buat-buat buta mata dan pekak telinga.

Mereka tidak sedar bahawa mereka dipilih rakyat bukan sebaliknya.

Kuasa di tangan rakyat yang akan mengajar BN/UMNO dalam pilihan raya akan datang.