7 Ogo 2012

Pengerusi SYABAS Yang Gajinya Hampir 1/2 Juta Sebulan Tak Hadir Taklimat

Meskipun menerima bayaran RM400 ribu sebulan, Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail gagal menjalankan tanggungjawab apabila gagal hadir dalam satu taklimat penting kepada jawatankuasa menyemak dibentuk Kerajaan Negeri.

Kegagalan Rozali untuk hadir dalam taklimat penting yang diadakan baru-baru ini bagi mendapatkan gambaran sebenar akan perkembangan terkini status bekalan air Selangor mengundang kekecewaan Ahli Parlimen Utara, Tony Phua.

Memetik dari satu laporan wawancara eksklusif Malaysiakini bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini, taklimat tersebut dihadiri oleh semua pegawai profesional tertinggi Syabas. Hanya dua orang yang tidak hadir (dalam mesyuarat), orang yang kita bayar RM400,000 sebulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Ruslan Hassan.

“Semua profesional tertinggi hadir,” kata Abdul Khalid merujuk dengan sinis kepada Rozali, dipetik dari Malaysiakini. Menurut laporan itu juga, pegawai dari Syabas sendiri turut mempersetujui bahawa Selangor tidak mengalami krisis air dengan rizab kritikal dua peratus seperti yang didakwa syarikat itu sebelum ini.

Sebaliknya menurut Abdul Khalid, 35 loji rawatan air di Selangor berkapasiti untuk mengeluarkan 4,960 juta liter air sehari (MLD) iaitu lebih 14 peratus atau 598 MLD daripada bekalan Syabas setiap hari.Tony berkata, penolakan jemputan itu jelas mencerminkan sikap Rozali dan Ruslan yang tidak ikhlas untuk menyelesaikan isu air Selangor.

“Kami tak kira politik, yang penting nak selesaikan isu demi masyarakat negeri Selangor. “Tetapi malangnya Muhyiddin tak hadir dan Rozali yang terima gaji RM400,000 sebulan pun tak hadir. “Tetapi Muhyiddin tolak jemputan ini dan ini jelas Muhyiddin tidak ingin menyelesaikan isu air Selangor, tetapi lebih berminat bermain politik dengannya,” kata Tony ketika dihubungi TVS hari ini.

Tony turut menganggap tindakan Rozali tidak hadir dalam taklimat itu bertujuan untuk melindungi kepentingan diri sendiri dengan memastikan beliau terus diberi kuasa menerajui Syabas. “Tindakan mereka ini sengaja menafikan hak rakyat untuk menikmati perkhidmatan air bersih pada kadar berpatutan semata-mata mahu menawarkan kontrak besar dan lumayan kepada kroni termasuk projek Langat 2,” katanya lagi. -tvs

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Belagak! Bini dia kaa yang rambut merah dalam gambar?

Tanpa Nama berkata...

semoga Allah bukakan pintu hatinya supaya tidak memerah keringat rakyat hasil bumi dr Allah..harap rakyat selangor support pr utk kembalikan semula syabas kpd kerajaan negeri..

Tanpa Nama berkata...

Dia tk hadir sebab dia tak tahu amende pun, selama ni tak wat keja pun pasal tu tak tahu loji tk diselenggara, pump rosak..cuba cek gajinya, rm400k agak agak brape dia sumbang utk parti kesayangannya tu..he he

Tanpa Nama berkata...

Sebelah tu rasanya bini dia... Dulu aku penah terserempak family dia kt KLIA.. diorg ni gaya hidup ala barat. Takde tutup aurat py...tu yg gaji smpi setgh juta tu... sama & seangkatan puak2 UMNO yg lain. Papa kedana rakyat dibuat..cekik darah!

Tanpa Nama berkata...

Bongkak..Bingong...Biol......

Tanpa Nama berkata...

400k kite bg bodoh je..arap x lama krjn selangor nl take over,makin lm tgk puak2 free loader makin sakit ati je..

Tanpa Nama berkata...

Gaji bukan main besau...500 ratus ribu sebulan...Apo kes!! Rozali, ko tolong jwb iklas botul2...btul ke ko buat bisnes sumber air alam semulajadi ni?...besau sgt gaji ko nih, melampau bonar...Stakat CEO jaga air, ko bkan bisnesman sgt pon org nk pandang...Dh la gaji besau bukan main, pastu SEBULAN ko tak datang taklimat...Apo sebab?...bkan susah sgt pon nk kira;
1) gaji ko darabkn setahun 6juta
2) gaji ko darabkn 10 tahun 60juta...melampau bonar...

Tanpa Nama berkata...

Gaji 400k sebulan hang nak bini yang rambut kaler apa pun boleh. Kaler mcm pelangi pong depa rela buat. Tidoq atas duit beb...
Juai ayaq sejuk je !!

Tanpa Nama berkata...

Gaji Pengerusi Syabas 400K, rakyat tak dapat air yang mencukupi.Perlu dinaikkan lagi sampai 600k baru air cukup.Perjanjian apa? Sampai tak boleh nak usik pengerusi yg menyusahkan hidup rakyat?

Tanpa Nama berkata...

tunggu apa lagi,buang pecat sepak keluar dari jawatan tu..membazir duit,hasil tadak

Tanpa Nama berkata...

semoga kekejaman BN ini diganti dengan kejatuhan di Putrajaya

Tanpa Nama berkata...

terajang je pengerusi dan ceo syabas sial haramjadah ni.. air yg Allah bagi free, sanggup di jual nya demi mendapat keuntungan berjuta2 masuk dlm poket dia dan bini dia. mereka2 ini patut di beri makan tawas yg digunakan dlm industri air, untuk mencuci segala jenis najis yg bernanah dlm perut mereka. selepas itu pamkan air masuk dlm perut mereka sampai kembung dan kemudian sepak masuk dlm loji taik indah water.

Tanpa Nama berkata...

Gaji rm 400k sebulan sanggup terima dan rakyat selangor terus menghadapi masalah air. Gaji nak , datang taklimat tak nak , sanggupnya makan gaji beratus ribu , bermewah2 dengan anak bini , lupa halal haram ke . Tak ingat dosa pahala , mati nanti bagi dia bawa duit ratus ribu tu, agak2 apa nak dijawab bila di soal malaikat munkar nakir dalam kubur nanti, atau mungkin tak mati kot . Bertaubatlah sementara ada nyawa dan insaflah , kembali ke pangkal jalan.

Tanpa Nama berkata...

Inilah satu - satu CEO paling kurang ajar di Malaysia. Oh Muhyiddin jemput untuk berbisnes kau pergi tapi MB Selangor jemput untuk bela rakyat kau tolak. Tak apalah memadangkan CEO SYABAS tak dengar nasihat, maka teruskan kau suap keluarga kau dengan rezeki haram hasil kau tindas rakyat. di akhirat kelak rakyat selangor akan tuntut semua hak rakyat kau telah ambil. Masa itu kau nak menyesal sudah tidak berguna.

ahmadyani berkata...

Inilah lelaki yang lebih disayangi UBN berbanding rakyat Selangor. Sekiranya rakyat Selangor masih tidak sedar, apa yang hendak dikata pada rakyat Selangor ini?

Tanpa Nama berkata...

Rakyat selangor dah sedar la ahmadyani. Sultan selangor yang tak sedar sedar !!!!

Tanpa Nama berkata...

Ya betul2 setuju.. tu pasal pilih PR tolak bn. tuanku.. tonton.my je laa ... tgk telenovela....

Tanpa Nama berkata...

Manyak nye gaji ... Ini mengingatkan aku kehidupan sebuah keluarga di sini iaitu : si suami uzur, anak2 masih sekolah, maka kehidupan keluarga ini sangat bergantung kepada upah harian isterinya RM20.00 sehari sebagai pembantu gerai. Bulan puasa ini gerai cuti, ... alahai, tak tahu aku hendak membayangkan kehidupan mereka. Namun si Mamat ni berpendapatan RM400 ribu sebulan?

Tanpa Nama berkata...

Bila dapat pendapatan yang besar, maka susah nak rasa kehidupan orang miskin.

Sebab itulah mereka pertahan cukai kereta yang mahal (bagi rakyat) dan amat murah (bagi mereka). Kadang-kadang dapat kereta percuma berserta dengan pemandu.

Tanpa Nama berkata...

Maklumlah Hobi Permotoran (Motor Besar) Lebih Penting Dari Menghadir Taklimat...Apa Ada Hal Dengan Kerajaan Negeri Selangor Janji Dia Dah Sign Perjanjian..Dah Jalan Pun Sewaktu Era UMNO...Bagi Dia Janji 1/2 Juta Elaun Di SYABAS...Tidak Termasuk Anak Syarikat Kroni Di Bawah Dia..Jumpa Tanya Orang Kampung Dia Bagaimana Sebelum Dapat Projek Dan Selepas Dapat Projek...

Adios Amigos berkata...

.....Nak tau? dengarnya (dulu) dia balik kampung mak bapak dia kat Felda Gedangsa naik helikopter dia sendiri......heheheh.