29 Jul 2012

[PENTING] Berwaspada Dengan Aktiviti Di Facebook, Anda Mungkin Sedang Diekori...

Khusus untuk mereka yang gemar berkongsi maklumat di FB dan online

** PENTING...!!!!

Alhamdullilah, semalam dapat duduk sebilik dengan seorang aktivis keselamatan Capt. Bala Supramaniam. Kalau anda pernah tengok video-video kekejaman di Palestin dan Syria, jangan ingat anda jauh dari kekejaman seperti itu.

Nauzubillah min zalik, ianya berlaku didalam negara kita sendiri, mungkin tidak jauh dari tempat anda tinggal.

Kami ditayangkan dengan gambar-gambar kejadian rogol, bunuh dan buang oleh ramai mangsa yang anda tak akan dapat lihar didalam Metro atau KOSMO.

Yang menyayat hati banyak mangsa-mangsa adalah kanak-kanak, ada yang besar2 anak saya sendiri. Tenunglah anak perempuan anda sekarang, bayangkan dada mereka ditoreh, pungung dikerjakan, disumbat mulut dengan kertas, beras, kemaluan disumbat dengan benda-benda. Ni bukan rekaan tuan-tuan dan puan-puan. Saya tengok gambar tu dengan mata saya sendiri.

Yang lebih menyedihkan 80% mereka yang ditangkap terlepas, kerana tidak cukup bukti untuk didakwa dan ditahan didalam penjara.

Jadi awas tuan-tuan dan puan-puan, dikalangan kita ada perogol, pedophiles, pembunuh bersiri yang bebas mencari peluang utk bertindak.

Dan mereka ni bukan orang kurang siuman. Semuanya bijak belaka. Mereka mengunakan kaedah seperti PHISING dan reverse phsycology utk mendapatkan maklumat peribadi kita.

Jadi anda boleh membuat perbezaan. Saya nak sarankan beberapa perkara mudah di FB yang InsyaAllah boleh menyelamatkan nyawa anda dan keluarga anda.

1. REMOVE semua maklumat berkenaan suami, isteri, anak, ibu, bapa, pakcik yang kita publish di Facebook. Tak perlu unfriend mereka, hanya tukar relationship sahaja.

2.JANGAN post gambar anda, anak-anak, keluarga dan sahabat handai. Jika perlu tetapkan setting SECURITY pada kiriman. Tentukan hanya orang-orang tertentu saja yang boleh melihat gambar tersebut.

3. Aktifkan option untuk review TAG. Ada didalam ruangan Setting. Pilihan ini akan meminta anda utk approve gambar, post yang anda telah di tag.


Jadi ini akan memberikan anda ruang untuk menilai kiriman tersebut samada ianya akan mengancam keselamatan

4. JANGAN lah nak bersayang-sayang, aniversary di FB. Buat offline sahajalah. Tindakan seperti ini akan memberitahu siapa orang kesayangan anda dan boleh jadi target.

5. HENTIKAN post yang boleh menunjukkan anda bersendiri. Seperti "Boringnya, sorang-sorang kat rumah" atau "I nak tido kejap"

6. MATIKAN fungi geo-location pada pengguna Android atau iPhone. Fungsi ini boleh mendedahkan lokasi anda.

7. Review friendlist anda dengan kerap. Ingat 80% penjenayah ni masih terlepas.

8. REMOVE no telefon dari FB. Kerana penguna Android boleh nampak no telefon anda

9. Gambo profile letak lah yang sopan santun

10. REVIEW semula album FB anda. Mana gambar yang tak patut tu delete sahaja !


* Nampak paranoid, tapi kalau korang tengok sendiri baru korang tau. Jangan salahkan pihak berkuasa. Kita sendiri yang expose maklumat peribadi. -Pak Arab/Khairul Amree/suntingan -GB


7 ulasan:

alba berkata...

Terima kasih diatas nasihat dan maklumat ini..!

hulalla berkata...

Terima kasih Tuan kenaran berkongsi maklumat PENTING ini. Mohon Share....

FBooker berkata...

thanks bro.

Tanpa Nama berkata...

Thankyou very much bro

Tanpa Nama berkata...

aku pun nk suggest..lagi mudah...korang jgnla create ape2 akaun pun..fb ke twitter ke..ape2 ajela..macam aku..kehkehkeh...kadang2 private info itu ekslusif ma...mane leh sesuka ati share...

Tanpa Nama berkata...

Yang anak letak mak sebagai friend pun bahaya sebab ada soalan security dr pihak bank tentang credit card tanya nama emak utk reset password.

Tanpa Nama berkata...

capt bala.. nama tu masih lagi dlm ingatan sye.. dia pernah buat ceramah di MISC ttg keselamatan 9 years ago.. segala pengalaman dan ape yg di ajar akan sentiasa jd ingatan dan ikhtibar kepada semua..